MY FOLLOWERS

Sunday, April 5, 2015

Artikel - Melihat Solar Eclipse

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....


Pemerhati melihat ke langit dengan begitu teruja menyaksikan fenomena gerhana matahari penuh yang  menjadikan kawasan utara Eropah itu gelap buat seketika. Fenomena ini dapat disaksikan di kepulauan Svalbard di Norway berdekatan Kutub Utara. Pengunjung di kepulauan Artik dapat melihat sinaran korona matahari penuh seperti cincin berlian yang hanya muncul ketika gerhana penuh. Di kawasan kepulauan Faeroe yang turut berlaku gerhana penuh ini, pengunjung sedikit kecewa apabila fenomena itu tidak dapat dilihat sepenuhnya kerana ditutupi awan. 

Sekitar 20,000 pengunjung membanjiri kawasan kepulauan Faeroe dan Svalbarduntuk melihat fenomena ini. Ia berlaku apabila kedudukan matahari, bulan dan bumi berada sebaris. Ketika gerhana penuh, bayangan bulan menghalang sinar matahari menyebabkan sinarnya kelihatan pada bahagian tepi bulan. Ketika gerhana separa, hanya sebahagian sinar matahari dipancarkan.

 "Ada pengunjung terkejut melihat betapa pantasnya ia berlaku." kata Sigrun Skalagard yang menyaksikan gerhana ini di utara Faeroe. Burung menjadi senyap dan anjing menyalak selama 2 minit 45 saat. Ramai tidak perasan apa-apa yang pelik ditunjukkan oleh haiwan liar.

Gerhana ini juga terjadi apabila bulan melalui titik terdekat pada bumi dalam orbitnya dan menambah tarikan gravitinya pada lautan yang membentuk ombak lebih kuat. Kesannya dapat dilihat di beberapa kawasan di utara Kanada yang dikenali antara kawasan ombak terbesar di dunia. 

Menurut maklumat NASA, gerhana penuh terakhir di Australia pada November 2012 dan seterusnya di Indonesia pada Mac 2012.














KLIK SINI untuk lebih banyak foto.


No comments: