Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Apakah kesannya jika berhenti senaman secara tiba-tiba? Satu kajian terbaru yang dilakukan terhadap kembar seiras diterbitkan dalam sebuah jurnal perubatan Medicine and Science in
Sports and Exercise menyelongkar kesan dramatik daripada amalan ini.
dalam satu kajian di Finland, pengkaji mengkaji 10 pasang kembar seiras lelaki. Setiap kembar berusia dalam 30an, dan dibawa ke tempat yang sama. Mereka juga ada DNA yang sama. Bezanya mereka melalui amalan senaman yang berbeza. Seorang kurang bersenam disebabkan faktor pekerjaan masing-masing dan secara purata, kembar yang aktif melakukan senaman 2 kali seminggu. Pasukan pengkaji meletakkan mereka dalam siri ujian untuk mendapat jawapan kesihatan mereka secara menyeluruh.
Hasilnya menunjukkan jarak perbezaan yang jauh antara kembar itu. Kembar yang aktif mempunyai peratus lemak yang rendah, tahap endurans lebih baik, tahap insulin normal. Manakala yang seorang lagi menunjukkan lebih lemak, tahap endurans tidak baik, dan tanda awal penyakit metabolik. Bukan sahaja badan, otak mereka juga berbeza. Kembar yang aktif mempunyai lebih kawasan kelabu iaitu kawasan yang memproses maklumat dalam otak, khususnya yang mengawal keseimbangan dan fungsi motor.
Meskipun ujian kecil, namun kesimpulannya jelas: berhenti bersenam akan menyebabkan perubahan yang akan menjejaskan kecergasan kardio anda dan kekuatan diri dan boleh membawa kepada keadaan kronik seperti berlaku diabetes.
KLIK SINI untuk ke sumber asal.
No comments:
Post a Comment