MY FOLLOWERS

Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

Sunday, July 21, 2019

Kesihatan - Sindrom Savant

Kredit kepada: Wiki
Gambar ihsan: Google



Sindrom Savant ialah satu keadaan seseorang dengan ketidakupayaan mental yang signifikan yang menunjukkan sesetengah kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada kebiasaan. Kemahiran tertentu si empunya badan yang cemerlang biasanya dikaitkan dengan memori. Ini termasuk pengiraan pantas, kebolehan artistik, pemetaan atau kebolehan muzikal. Biasanya satu kemahiran istimewa yang menonjol. 






Mereka yang hadapi sindrom ini umumnya mempunyai gangguan perkembangan neuro seperti autism spectrum disorder (ASD) atau yang pernah alami kecederaan otak. Hampir separuh kes dikaitkan dengan autism dan mungkin dikenali sebagai "autistic savants". Biasanya keadaan menjadi jelas ketika kanak-kanak tetapi ada juga kes berkembang kemudian ketika dewasa. Ia tidak dikenali sebagai gangguan mental dalam DSM-5.   

Keadaan ini sangat jarang. Satu jangkaan ialah ia menjejaskan satu dalam sejuta orang. Kes penghidap savant kurang di kalangan perempuan berbanding lelaki. Penemuan hal ini secara perubatan kali pertama ialah pada 1783. Antara penghidap autism, ada 1 dalam 10 ke 200 penghidapnya ada sindrom savant pada tahap tertentu. Dijangka kurang daripada ratusan penghidap savant mempunyai kemahiran luar biasa yang masih hidup. 


Petanda dan simptom

Kemahiran savant biasanya dijumpai dalam satu atau lebih dalam 5 bidang besar ini - seni, memori, aritmetik, kemahiran muzikal dan ruang. Jenis yang paling biasa ialah 'kalendar manusia' (calendrical savants) yang boleh mengira hari dalam seminggu pada tarikh tertentu dengan laju dan tepat atau ingat semula memori peribadi dari tarikh tertentu. Memori lebih tinggi adalah kunci seperti 'superpower' dalam kemahiran savant. 


Dianggarkan separuh daripada penghidap savant adalah autistik dan separuh lagi selalunya ada corak kecederaan sistem saraf pusat atau penyakit tertentu. Dianggarkan 10% daripada penghidap autism mempunyai sebahagian corak kemahiran savant.







Kalendar manusia


'Kalendar manusia' (calendrical/calendar savants) ialah seseorang yang walaupun ada kekurangan intelektual boleh namakan hari dalam seminggu pada tarikh itu atau sebaliknya dalam masa beberapa saat. Savant jenis ini kebanyakannya autistik. Jarangnya ada jenis ini kemungkinan disebabkan motivasi untuk kembangkan kemahiran ini dalam populasi umumnya. Sebaliknya, tidak mudah untuk masuk dalam kemahiran melibatkan sosial.


Mekanisma


Psikologikal

Satu teori menjelaskan bahawa savant ialah kombinasi bakat dan defisit. Dicadangkan individu dengan autism cenderung ke arah memproses secara terperinci dan cara kognitif ini mempengaruhi individu sama ada dengan atau tanpa autism kepada bakat savant. 

Hipotesis lain menyatakan savant ialah bersistem hiper, dengan itu memberikan tanggapan pada bakatnya. Bersistem hiper ialah keadaan ekstrim yang mengkelaskan orang berdasarkan pada kemahiran mereka dalam berasa empati terhadap orang lain melawan mensistemkan fakta tentang dunia luar. Perhatian kepada perincian dalam savant sebagai kesan kepada persepsi yang bercambah atau hipersensitiviti deria dalam diri individu unik ini. Ia juga disahkan bahawa sesetengah savant boleh beroperasi dengan cara masuk terus ke maklumat di paras rendah dan kurang diproses yang wujud dalam otak manusia yang biasanya tidak ada pada kesedaran penting.






Neurologikal

Dalam sesetengah kes, sindrom savant boleh berlaku disebabkan kecederaan kepala yang teruk di bahagian kiri pada lobus temporal anterior. Sindrom savant ini pernah dibuat replika secara artifisial menggunakan stimulasi magnetik transkranial kepada bahagian otak ini yang hilang upaya sementara. 



Sesetengah kebolehan yang jauh lebih tinggi:  SINI  |  






Kesihatan - Heat Stroke aka Strok Haba

Kredit kepada: Wikipedia, Arynews, Homesteadworld
Gambar ihsan: Google 


















Strok haba atau juga dikenali sebagai strok matahari ialah keadaan penyakit akibat serangan haba yang teruk, juga diistilahkan sebagai hyperthermia dengan suhu badan melebihi 40.6 °C (105.1 °F) disebabkan oleh pendedahan kepada haba persekitaran dengan kekurangan thermoregulasi.


Ini berbeza daripada demam dengan peningkatan fisiologikal pada suhu asas dalam badan. Kata 'strok' dalam 'strok haba' ialah satu kesilapan nama yang tidak melibatkan sebarang sekatan atau pendarahan dalam aliran darah ke otak.


Kaedah pencegahan termasuk minum air yang banyak dan mengelakkan haba berlebihan dan kelembapan adalah sangat perlu dalam situasi tempat yang tidak ventilasi seperti tempat parkir kereta, yang boleh memanas dengan cepat.   


Rawatan yang diperlukan adalah penyejukan tubuh dengan seberapa segera.



Simptom dan tanda...

Biasanya strok haba terjadi dengan hyperthermia dengan suhu melebihi 40.6 °C (105.1 °F) dengan keadaan disorientasi dan kurang berpeluh.


Sebelum terjadi, ada tanda-tandanya seperti pening, kekeliruan, sakit kepala dan lemah badan. Kalau terjadi ketika mangsa tidur, tanda-tandanya lebih sukar untuk dikesan. Bagaimanapun, dalam situasi lain, mangsa mungkin akan berpeluh berlebihan.

Kanak-kanak mungkin akan alami penyitaan atau seizure.




Strok haba terjadi bila regulasi terma yang terlebih disebabkan kombinasi penghasilan haba metabolik secara berlebihan, haba persekitaran yang tersangat tinggi, dan pembebasan haba yang tidak cukup, yang akhirnya menyebabkan suhu badan menjadi tidak normal. 

Bahan yang menghalang penyejukan dan menyebabkan dehidrasi seperti alkohol, stimulan, ubat-ubatan dan perubahan berkaitan fisiologi mempengaruhi keadaan strok haba itu sama ada 'classic' atau non-exertional heat stroke (NEHS) yang kebanyakannya berlaku di kalangan yang sudah berusia dan individu yang lemah dalam situasi musim panas dengan pengudaraan yang kurang. Exertional heat stroke (EHS) boleh berlaku di kalangan orang muda yang tiada masalah kesihatan atau perubatan. Kebanyakannya berlaku di kalangan atlet, buruh, anggota tentera dalam aktiviti di cuaca panas atau mereka yang terlibat menggunakan PPE dalam kerjanya. 

Dalam persekitaran panas atau lembap, adalah penting untuk kenalpasti tahap kelembapan yang boleh mengurangkan keupayaan badan untuk sejuk sendiri menerusi perpeluhan dan penyejatan. Bagi manusia dan haiwan berdarah panas, suhu badan yang tinggi boleh mengganggu reaksi biokimia yang mengawal enzim dalam badan yang penting untuk respirasi sel dan fungsi banyak organ utama. 



Langkah pencegahan

Risiko terkena strok haba boleh dikurangkan dengan pemantauan bagi mengelak terlebih panas dan dehidrasi. Pakaian yang longgar membolehkan perpeluhan dan sejatan berlaku untuk sejukkan tubuh. 


Dalam cuaca panas, perlu banyakkan minum air bagi menggantikan cecair yang hilang sewaktu berpeluh. Rasa dahaga menandakan tubuh seseorang perlukan minum air. Petunjuk lain ialah warna urin. Warna kuning gelap petanda bagi dehidrasi. 



Rawatan


Suhu badan mesti diturunkan secepat mungkin. Mangsa perlu dialihkan ke tempat yang lebih sejuk sama ada dalam bangunan atau di tempat teduh. Pakaian ditanggalkan untuk membolehkan pengeluaran haba. Kaedah penyejukan aktif perlu juga digunakan. Contoh: rendamkan mangsa dalam air sejuk atau gunakan baju hipertermia. Memberi tekanan sejuk pada badan, kepala, leher, dan kelangkang akan membantu menyejukkan badan mangsa. Boleh juga letakkan mangsa berdekatan kipas dan penyaman udara.


Merendamkan badan mangsa dalam tab air sejuk dikenali sebagai kaedah berkesan untuk sejukkan badan mangsa. Kaedah ini perlukan beberapa orang untuk dilaksanakan dan mangsa perlu dipantau sebaiknya sepanjang dia dirawat. Elakkan kaedah ini kalau mangsa tidak sedarkan diri tetapi kalau tiada pilihan, gunakan kaedah ini dengan kepala mangsa berada di atas paras air. 


Keadaan mangsa harus diperhatikan dan distabilkan oleh petugas perubatan yang terlatih. Degup jantung dan pernafasannya perlu dipantau dan CPR dibuat kalau jantung mangsa terhenti.



Jangan main panas:  SINI  |   SINI  |   SINI  |   






Tuesday, July 9, 2019

Artikel - Program Memanah di SK Landas, Ajil pada 28.6.2019

Kredit kepada: owner, SSV, SK Landas
Gambar ihsan: owner


Sekitar bulan Ramadan 2019, kami dari Sanrie Sport Ventures menerima satu jemputan untuk kelas asas memanah bagi mengisi slot program perkhemahan di Sekolah Kebangsaan Landas, Ajil. 












Kami mengadakan kelas ini pada tarikh 28.6.2019 iaitu pada penghujung Syawal 1440H. Program ini diadakan di padang sekolah berkenaan sekitar jam 2.30 petang, iaitu selepas solat Jumaat. Seramai 50 orang pelajar darjah 4 dan 5 dan beberapa guru bertugas yang mengikuti perkhemahan telah menyertai kelas ini. 

Kelas ini berakhir sekitar jam 5.30 petang.






Artikel - Sekitar Majlis Raya Madrasah Darul Salam, Losong pada 13.6.2019

Kredit kepada: owner, Madrasah Darul Salam
Gambar ihsan: owner


Pada 13.6.2019 pihak kami dijemput oleh Madrasah Darul Salam di Losong bagi memeriahkan lagi majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan. Jemputan ini atas dasar kami selaku jurulatih yang mengajar memanah bagi murid-murid madrasah ini. 










Majlis bermula sekitar jam 10.30 pagi dan diadakan di perkarangan madrasah berdekatan kantin dan dewan. Selain para guru dan jurulatih kelab, majlis ini turut dihadiri ibu bapa pelajar madrasah ini. Pelbagai juadah termasuk kuih-muih dihidangkan dan ia adalah sumbangan daripada ibu bapa pelajar serta guru. 

Bagi mengisi sambutan raya kali ini, beberapa permainan diadakan antara guru dan murid. 

Selesai sesi permainan, para pelajar meneruskan aktiviti sambutan di dewan. 

Majlis selesai sekitar jam 1.00 petang.






Artikel - Sekitar Majlis Raya dan Memanah di Wafiq Archery, Gong Kapas pada 20.6.2019

Kredit kepada: owner
Gambar ihsan: owner



Majlis sambutan Hari Raya anjuran Wafiq Archery diadakan di perkarangannya selepas solat Isyak. Majlis jemputan Hari Raya ini juga disertai dengan pertandingan memanah. Setiap pemanah yang bertanding perlu mendaftarkan diri di kaunter yang disediakan. 

Jarak panahan ditetapkan sejauh 25 meter dan disertai sekitar 40 orang. Hadiah disediakan berupa hamper. 














Antara juadah yang disediakan ialah kuih muih, nasi lemak, laksam, dan sate. Para hadirin yang memeriahkan majlis pada malam ini adalah dari kalangan pemanah dari pelbagai kelab serta penduduk berdekatan. 








Sunday, June 16, 2019

Artikel - Memanah di Sukan PASTI Al-Ihsan di Kubang Lembek, Manir 1.5.2019

Kredit kepada: SSV, PASTI
Gambar ihsan: owner




Sempena cuti sekolah dan Hari Pekerja pada 1.5.2019, pihak Sanrie Sport Ventures telah dijemput untuk membuka gerai memanah santai di Kubang Lembek, Manir. Jemputan ini adalah bagi memeriahkan lagi acara Sukan PASTI Al-Ihsan Kubang Lembek. Acara ini bertempat di padang bola berhadapan PASTI Al-Ihsan. Acara ini telah dirasmikan pada sebelah pagi oleh Al-Fadhil Ustaz Hamdi bin Dato' Haji Harun. 

Gerai memanah ini dibuka kepada semua ibu bapa dan murid dengan bayaran hanya RM3 untuk 10 panahan. 










Gerai ini dibuka seawal jam 9 pagi dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, walaupun berdepan dengan cabaran cuaca yang agak panas hingga ke tengahari. 

Makan minum disediakan oleh pihak penganjur. 

Gerai ini ditutup sekitar jam 12 tengahari, sama dengan waktu berakhirnya acara sukan ini.




Artikel - Liga Memanah Terengganu (LMT) ke-7 Mini Stadium Sungai Tarom, Setiu 27.4.2019.

Kredit kepada: SSV, Pengurusan LMT
Gambar ihsan: owner



Liga Memanah Terengganu (LMT) kembali lagi untuk edisi kali ke-7. Liga kali ini diadakan di Mini Stadium Sungai Tarom, Setiu pada 27.4.2019. 

Liga kali ini diadakan dengan 3 kategori iaitu cilik, dewasa lelaki dan dewasa wanita. Edisi kali ini disertai oleh kelab seperti KMK, DTG, TAC, Aswat, Al-Istiqamah, Bowman Training 5, APB, Owl 916, Madrasah Darul Salam dan juga persendirian. Semua peserta yang menyertai diberikan sijil penyertaan oleh pihak penganjur. 

Liga kali ini diadakan dengan format 3 anak panah bagi setiap pusingan dan pada jarak 10 meter bagi kategori cilik, dan 18 meter bagi dewasa. 

















Acara dimulakan jam 9 pagi dengan kategori cilik dan dewasa wanita. 

Hadiah disediakan bagi setiap kategori untuk tempat pertama hingga ketiga. Hadiah juga disediakan bagi cabutan bertuah, berdasarkan nombor badan peserta. 

Pihak TAC dan AMT juga ada membuka gerai jualan yang menjual barangan memanah seperti busur, anak panah, aksesori serta alat ganti anak panah. Kanopi memanah fun shooting juga dibuka kepada mereka yang ingin memanah secara santai dengan bayaran RM5 untuk 10 panahan. 

Makan minum untuk peserta disediakan oleh penganjur. 

Thursday, March 28, 2019

Artikel - Himpunan Belia dan Beliawanis Terengganu, Stadium Negeri Kuala Terengganu 22-23.2.2019

Kredit kepada: SSV, owner
Gambar ihsan: owner



Satu himpunan yang dinamakan Himpunan Belia dan Beliawanis Terengganu telah diadakan di Stadium Negeri Kuala Terengganu pada 22-23.2.2019 yang menghimpunkan ramai anak muda negeri ini.

Himpunan ini merupakan kali pertama diadakan menghimpunkan anak muda dari pelbagai peringkat usia.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang dua hari himpunan ini berlangsung. Program himpunan ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.





















Himpunan anak muda Terengganu ini juga mendapat liputan di pelbagai saluran media. Pautannya turut disediakan di sini.

Klik Sini: 
Sinar Harian  |  Twitter Dr SAMTeganu Kita 1  |  Teganu Kita 2  |  Utusan  |  Buletin Online  |