MY FOLLOWERS

Showing posts with label hidupan liar. Show all posts
Showing posts with label hidupan liar. Show all posts

Monday, January 14, 2019

Hidupan Liar - Ular Sawa Tikus Depan Rumah

Kredit kepada: owner, links
Gambar ihsan: owner
Video: Youtube


Baru-baru ini, saya pulang ke rumah selepas satu urusan. Baru sahaja parkir kereta di depan rumah dan sebelum keluar dari kereta, saya ternampak seperti ada yang merayap di depan kaki pintu. Bila diperhatikan, rupa-rupanya seekor ular cuma tidak pasti ia spesis berbisa atau tidak.

Perlahan-lahan saya perhatikan ia merayap dan diam di tepi kasut (lihat foto) dan saya pun mengambil gambar. Tidak lama kemudian ia merayap semula dan melengkungkan badan. Khuatir kalau ia berbisa dan akan menyerang, saya terus angkat kaki sampai terlanggar ampaian baju (hahahaha..) 

Kemudian ia pun melepaskan diri dan tidak nampak pula ke mana ia menghilang.





Seperkara yang tidak hilang ialah foto dan kemudahan untuk mencari sedikit maklumat mengenainya...

Baru tahu rupa-rupanya inilah yang dipanggil ular sawa tikus.


Ular sawa tikus ini ialah salah satu jenis ular yang biasa ditemui dalam hutan, kawasan lapang, berbatu, berbukit dan sawah padi. 

Ular sawa jenis ini merupakan spesis bertaburan yang terbanyak di antara semua jenis ular sawa di Asia. Peminat ular mengatakan spesis ini sebagai antara yang paling menarik. 

Ia dibezakan dengan spesis lain melalui warna pada kepalanya yang keperangan atau warna tembaga dan ada tiga jalur. Warna badannya pula seakan kelabu atau kuning-coklat dengan 4 jalur hitam pada badan. 

Ular sawa tikus boleh membesar sehingga 230 cm panjang dan mampu menetaskan antara 5 ke 12 biji telur setahun dengan anaknya sepanjang 25-30 cm. 

Kepalanya jenis petak dan tidak berbisa. 

Ular ini akan mempertahankan diri bila terasa diancam. Ia akan meluruskan lehernya, meratakan tekaknya dan menyerang lawannya untuk mempertahankan diri. Ular dewasa berupaya memanjangkan dirinya bergantung kepada jarak serangannya. Walaubagaimanapun, seperti juga spesis lain, ia biasanya lebih suka melepaskan diri berbanding berlawan. 

Bila berlawan menjadi mustahil baginya, ular ini akan 'berlakon' mati atau lemah, membalikkan badan dan membuka sebahagian mulutnya untuk memanjangkan lidahnya.



Sedikit maklumat:

Nama saintifik: Coelognathus (formerly Elaphe) radiatus
Nama lain: Copperhead Ratsnake, Copper-headed Trinket Snake, Copperhead Racer
Jenis toksik: Bukan berbisa
Lokasi: Semenanjung Malaysia
Panjang: 1.6-1.7 m
Sifat lain: Gementar dan boleh menggigit tetapi tidak berbisa. Ia akan terus menyerang sehingga letih. Bila tidak dapat melepaskan diri, ia akan 'berlakon' seolah-olah mati.


Beberapa pautan berkaitan:

KLIK SINI  |   KLIK SINI   |   KLIK SINI
KLIK SINI  |   KLIK SINI   |   KLIK SINI
KLIK SINI  |   KLIK SINI   |   KLIK SINI  (video)



Saturday, August 4, 2018

Hidupan Liar - Haiwan Pun Boleh Senyum :-)

Kredit kepada: Mother Nature Network
Gambar ihsan: Mother Nature Network


Assalamualaikum.....


Senyum jangan tak senyum!



























Untuk lebih banyak senyuman:  KLIK SINI   |   :-)  




Wednesday, November 22, 2017

Hidupan Liar - Kelawar Spesis Baru Yang Macam Star Wars Jedi Master Yoda :-)

Kredit kepada: Yahoo News UK
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Sejenis kelawar dengan hidung seakan tiub dinamakan sempena watak Yoda dalam filem Star Wars, dikenalpasti sebagai spesis baru.

Kelawar ini dijumpai dalam kawasan terpencil hutan hujan di Papua New Guinea. Kelawar buah Hamamas dinamakan semula mengikut perkataan 'gembira' dalam bahasa Papua kerana penampilannya yang seperti tersengih disebabkan rahangnya yang lebih bulat daripada kelawar buah yang lain.

Kini ia telah didaftarkan secara rasmi sebagai spesis baru dengan nama spesifik Nyctimene wrightae sp. Nov. sempena nama Dr Deb Wright yang juga ahli konservasi yang telah menghabiskan masa 20 tahun kehidupannya dengan kerja konservasi di Papua New Guinea.


 Yoda – nampak seperti watak dalam filem Star Wars


Ahli biologi di University of York, Dr Nancy Irwin dengan pasukannya yang telah mengkaji sebanyak 3,000 spesimen kelawar buah di 18 buah muzium seluruh dunia berkata, "Kebanyakan ciri morfologi yang memisahkan spesis ini dengan yang lainnya ada kaitannya dengan rahangnya yang lebih bulat dan lebih lebar yang membuatnya nampak seperti sentiasa tersenyum."


"Oleh sebab kebanyakan orang Papua di kawasan terpencil tidak pernah menonton filem Star Wars, maka spesis ini lebih sesuai kalau diberikan nama tempatan - Hamamas, yang bermaksud 'gembira' ."



Seperti juga dalam keluarga Nyctimene, salah satu spesis terawal direkodkan sejak 1769, kelawar dibezakan dengan ciri ganjilnya dengan lubang hidung terjulur keluar.

Kelawar ini dengan hidung tiub, warna terang, belang tebal di atas belakang dan berbintik telah menarik perhatian ramai sejak 250 tahun lalu dan turut diabadikan dalam setem Papua New Guinea.    

Namun para saintis masih terus mencari spesis baru dalam kumpulan itu.

"Tiada gambaran bagi kelawar dalam kumpulan siklotis yang membuatkan proses mengenali kelawar sangat sukar. Negara ini mengeluarkan setem dengan gambar yang dilukis tetapi tidak dapat memberikan nama spesis ini. Kini dengan fotograf, ilustrasi dan petunjuk spesis lain dalam kumpulan menjadikannya lebih mudah untuk membezakan tiga spesis dalam satu kumpulan." kata Dr Irwin.



Sumber hidupan dari hutan:   SINI   |  


Tuesday, October 31, 2017

Hidupan Liar - Zootopia di Acara Kids Frenzy di Stadium Negeri Kuala Terengganu 2 hingga 7 Oktober 2017

Kredit kepada: Souq Marketing, Zootopia, Archer's Crew
Gambar ihsan: Owner 



Assalamualaikum.....


Seksyen Zootopia ini dibuka kepada pengunjnug pada sepanjang hari acara Kids Frenzy yang diadakan di Stadium Negeri Kuala Terengganu pada 2 hingga 7 Oktober 2017. 

Seksyen Zootopia ini adalah bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai pengalaman mengenali, menyentuh, membelai, memberi makan sambil berhibur bersama dengan haiwan peliharaan yang dibawa ke acara ini. Antaranya labah-labah Tarantula, katak Pacman, biawak Iguana, landak, kucing, kura-kura, arnab, ular sawa, burung, ayam, itik serta hamster. 


















Acara Kids Frenzy dibuka kepada pengunjung dari jam 9 pagi hingga 10 malam. 

Tuesday, May 30, 2017

Hidupan Liar - 6 Tahun Untuk Dapatkan Shot Terbaik Burung Kingfisher

Kredit kepada: 24H Viral Photos
Gambar ihsan: 24H Viral Photos



Assalamualaikum.....


Seorang jurufoto hidupan liar Alan McFadyen, dari Scotland akhirnya berjaya mendapat satu shot foto yang paling sempurna setelah berusaha selama 6 tahun untuk mendapatkannya, iaitu foto yang memaparkan seekor burung Kingfisher menjunam ke permukaan air dengan percikan paling sedikit.

Usaha ini bukanlah sesuatu yang mudah. Alan telah berkunjung ke tasik itu beberapa kali dalam seminggu. Usaha selama 6 tahun itu telah menghasilkan lebih daripada 700,000 shot sehingga dia berjaya mendapatkan shot yang diinginkan. 

Alan dalam satu temubual menyatakan dia telah menghabiskan lebih daripada 4200 jam untuk mendapatkan shot yang terbaik. Pada mulanya dia merakamkan foto 5 kali seminggu kemudiannya hampir setiap hari di tasik itu. 

Untuk mendapatkan foto itu juga perlukan kesabaran yang sangat tinggi kerana burung Kingfisher hanya singgah 5 kali sahaja dalam sehari. 

Kalau anda sendiri, adakah anda juga mempunyai tahap kesabaran yang sama untuk mendapatkan hasil sebaik ini?









Perlunya kesabaran tahap tinggi:  SINI   |   



Monday, April 17, 2017

Seni dan Kreativiti - Paparan Alam Yang Jarang Dilihat

Kredit kepada: Crazy Freelancer
Gambar ihsan: Crazy Freelancer


Assalamualaikum........


Bukan setakat jarang tetapi ada antaranya memang tidak pernah dilihat. Mungkin juga sebab kita tidak terdedah dengan fenomena alam di dunia sebelah sana, mungkin juga tidak kenal dengan orang kreatif dari negara lain. Boleh jadi juga faktor geografi tempat tinggal kita sekarang ini menyebabkan kita tidak berpeluang untuk lihat keadaan yang pelik-pelik berlaku...


Hasil karya menggunakan warna pensel



Biawak yang bersalin kulit




Bunga api di saat sebelum ia meletup menghasilkan percikan api yang cantik


Keadaan tanah selepas insiden disambar kilat


Fenomena matahari terbenam bertindih dengan gerhana matahari


Batuan kimia dengan warna yang boleh berubah-ubah


Mesin menyusun bata jalanan


Monumen pedang di Norway



Penyu singgah atas obor-obor


Hasil menggunakan laser pada kulit telur


Keadaan gigi anak-anak sebelum tumbuh gigi pertama


Ais di permukaan air pada musim sejuk


Rupa mekanisma jam hasil kerja pereka jam terbaik dunia


Tidak pernah dijumpa:   SINI   |  



Friday, March 17, 2017

Hidupan Liar - Bentuk Hidupan Laut Dalam Yang Pelik-pelik....

Kredit kepada: Dailymail.com
Gambar ihsan: Dailymail.com

 
Assalamualaikum.....


Sebelum ini rancangan National Geographic dan beberapa lagi laman web lain pernah memaparkan bentuk hidupan yang pelik-pelik seperti ini untuk pengetahuan penonton. Memang, semakin dalam semakin banyak yang pelik diketahui. 

Kewujudan ekosistem yang penuh misteri di dasar laut memang sesuatu yang tidak boleh dilupakan. Banyak bentuk hidupan ada di sana.

Satu laman Twitter milik seorang nelayan Rusia menjadi tumpuan apabila memaparkan banyak penemuan aneh yang tidak dikenali. Nelayan ini bekerja di sebuah pelabuhan di barat laut Rusia dan dia mula kongsikan penemuannya bermula awal tahun ini sebagaimana dilaporkan oleh Moscow Times.

Nelayan ini, Fedortsov juga berkongsi penemuan ini di Flickr.  Antara yang dikongsi ialah jerung dengan gigi pelik, jerung hantu, labah-labah laut, haiwan seakan lintah, serta yang seperti tapak sulaiman.







Labah-labah laut, satu spesis antropod marin dengan 8 kaki yang panjang



Dengan mata buntang berwarna merah dan bibir merah, hanya dikenali sebagai spesis grenadier atau rattail. Boleh ditemui di dasar Artik ke Antartika.





Di kalangan nelayan, mereka masih tertanya-tanya ini spesis apa. 
Dengan rahang yang besar dan gigi tajam, boleh jadi ia ikan naga (dragonfish) dari kelompok Malacosteus






Jerung dengan gigi berlapis. Dikatakan sebagai relik hidup disebabkan ciri primitif dimilikinya


Spesis jerung laut dalam




Ikan dengan gigi besar hanya dikenali sebagai ikan sarung hitam (black scabbard fish)


Nelayan juga ada memaparkan foto spesis chimaera, satu spesis yang dikenali sebagai jerung hantu. Matanya akan menyinar bila terkena cahaya.



Membongkar misteri laut dalam:   SINI   |