MY FOLLOWERS

Showing posts with label paranormal. Show all posts
Showing posts with label paranormal. Show all posts

Sunday, January 17, 2016

Paranormal - Kelibat Penunggang Kuda?

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....





Kalau di negara luar, ada yang kata biasanya nampak makhluk halus atau hantu di kawasan kubur. Kalau di negara kita, di mana biasanya orang kata boleh nampak hantu? Tidak semestinya di kawasan kubur. Kalau sesuatu tempat seperti kediaman yang sudah lama ditinggalkan pun akan dihuni oleh makhluk-makhluk sebegini. 

Di satu kawasan perkuburan di Daventry, Northamptonshire, jurufoto Richard Durham sempat merakamkan satu detik penampakan seperti hantu menunggang kuda. Foto ini dirakamkan pada hari tahun baru. 

Jurufoto ini sedang menguji kamera Nikon D5300 barunya pada 9 pagi ketika dia merakamkan foto itu berdekatan satu batu nisan di situ. Kawannya Heather Burton terkejut dan menjadi yang pertama menyatakan ada kelibat hantu penunggang kuda dalam foto itu dan dia tidak menyangka akan merakamkannya. Seorang rakan lain pula memberitahu sesuatu yang pelik apabila anak perempuannya yang berusia 3 tahun selalu bersikap pelik bila berada di sekitar kawasan itu. Dia berhenti dan tangannya seperti menunggang kuda. Seorang lagi rakannya juga menyatakan anaknya juga menunjukkan sikap yang sama bila melalui kawasan itu.

Penduduk tempatan berkata sebuah pub berdekatan dihantui oleh lembaga penunggang kuda itu.



Sumber nampak yang pelik-pelik:    SINI  |  


Monday, October 26, 2015

Paranormal - Kisah-kisah Hantu Yang Belum Pernah Didengari

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....





Setiap negara ada kisah ngeri atau seram mereka sendiri. Bila dibaca kisah yang dikongsi, ada antaranya langsung belum pernah didengari. Di Singapura, mungkin ada yang biasa dengar cerita Hospital Changi yang lama, nenek dan cucu sedang meronda kawasan tentera (?) dan kisah budak bermain guli atas atap rumah. Berikut adalah cerita yang sempat diperoleh daripada beberapa individu (bukan nama sebenar) yang sudi membuka mulut untuk menceritakannya.


1. Kisah pontianak dalam tandas sekolah - Jane Surin, 29, Pengurus Studio Tarian

"Kisah berlaku ketika saya di tingkatan 3 di sekolah perempuan di kawasan timur. Waktu itu jam 6.30 petang, saya, Mel, dan Calli pergi ke tandas. Ada khabar angin tentang perkara pelik berlaku dalam tandas ini. 

Mel tunggu di luar dan saya ikut Calli masuk ke tandas. Ketika Calli dalam tandas, saya mengikat rambut di sinki. Melihat dalam cermin, saya ternampak seorang perempuan berdiri dalam salah satu kubikel, memakai uniform sekolah kami dan wajahnya berpaling hadap ke dinding. Di lehernya ada benang merah. Yang peliknya, tangannya dihulur seperti memanggil saya. Saya sangat takut dan terus meluru keluar dan beritahu Mel apa yang saya nampak tadi. Dia beritahu kalau seseorang ikat benang merah dari kaki katil mereka ke pokok pisang, pontianak akan terikat dengan hajat orang itu. 

Bila Calli keluar dari tandas 10 minit kemudian, dia terkejut tengok saya ada di luar. Dia kata dia bercakap dengan saya dalam tandas tadi dan saya pula respon kata ‘Ah. Ah. Ah.’. Mel dan saya terus pegang Calli dan lari sekuat hati dari tandas itu. 

Sejak dari hari itu, kami tidak lagi menggunakan tandas itu."


2. Pasar berhantu - Wong Ah Sian, 76, Pesara

"Saya tinggal di rumah kedai di Tiong Bahru setentang dengan sebuah pasar basah lama, dengan beberapa unit, digelar sebagai rumah perang sebab sudah wujud sejak Perang Dunia Ke-2. Saya besarkan semua tujuh orang anak saya di sini.

Saya tidak ceritakan pada mereka kisah ini sehinggalah mereka dewasa dan bertanya kenapa saya hendak berpindah.

Pada satu malam, ketika tengah malam sesudah semua orang tidur, saya biasa dengar bunyi bising dari seberang jalan, dari arah pasar basah yang lama itu. Ia kedengaran seperti suasana bising orang berniaga pada sebelah pagi setiap hari tetapi semua kedai sudah tutup pada masa itu.

Bunyi akan jadi lagi bising bila tiba perayaan dipanggil Chinese Seventh Month. Pada masa itu, saya akan tutup semua tingkap dan langsir sebab takut dengan apa yang saya mungkin lihat.

Rumah itu sudah dijual lebih dari 10 tahun yang lalu."


3. Ada 'orang asing' dalam rumah baru - Colin Ng, 37, Juruterbang

"Pada tahun 1987, ketika saya berusia 9 tahun, keluarga saya berpindah ke sebuah rumah pangsapuri. Sebagai penganut Katolik, menjadi kebiasaan keluarga kami untuk panggil paderi untuk merahmati rumah kami. Sebelum memulakan upacara, saya terasa ada sesuatu yang aneh dalam bilik. 

Sebab saya anak tunggal, saya tidur seorang. Satu hari, selepas balik dari pertemuan keluarga, saya berbaring untuk cuba tidur. Kemudian saya terdengar bunyi berdengkur yang kuat seperti orang bernafas dengan hidung kemudian hembus dengan mulut. Terasa seram juga, saya anggap itu cuma dengkuran ayah saya dan terus tidur. 

Selepas beberapa malam, saya cuba siasat sendiri jika itu memang dengkuran ayah saya. Jadi saya berjalan melepasi bilik mereka dan dapati ia senyap sahaja. 

Bila mahu masuk sahaja bilik, saya terdengar lagi dengkuran itu. Bila mahu ke katil, saya dengar dengan jelas bunyi itu datang dari satu sudut bilik yang menempatkan almari baju. Pada masa itu saya sudah takut dan nadi saya berdenyut kencang. Saya terus baring dan tidak bergerak dan cuba lihat pada hujung kaki pada sudut gelap dari arah datangnya bunyi itu tetapi tiada sebarang penampakan. 

Saya mula berdoa tetapi bunyi itu masih belum berhenti. 

Dengan saki baki semangat yang ada, saya terus capai bantal peluk dan selimut dan terus meluru ke bilik ibu bapa saya dan tidur atas katil mereka. Saya cuma beritahu bilik saya panas dan terus tidur. 

Selepas itu, berada dalam bilik saya buatkan saya rasa kurang senang. Selepas kedatangan paderi ke rumah kami, tiada lagi insiden seperti itu." 


4. Dirasuk saka yang marah - Zulhelmi Ahmad, 27, Pembantu Pesawat

"Datuk saya ada waris (macam saka) diwarisi turun-temurun, yang melindunginya selama bertahun-tahun. Lain orang, lain warisnya tetapi datuk saya hanya menggunakan ayat suci al-Quran untuk melindungi dirinya. 

Oleh sebab datuk saya adalah lelaki terakhir dalam susr galur keturunannya, waris berkenaan menuntut untuk dapatkan pemilik baru. Datuk saya mula sakit dan lemah, dan waris itu mula menjadi agresif dan memberontak. 

Pada satu malam, ketika keluarga melawat datuk, waris merasuk anak saudara perempuan saya yang muda. Dia mula menjerit "Dia milik aku!"

Kami ketika itu di tingkat 7. Pakcik saya boleh dengar jeritannya sampai ke kedai kopi, ketika itu dia di tingkat bawah. Di satu masa, dalam keadaan dirasuk, dia boleh tolak ibunya ke dinding. 

Kami terus baca ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk melemahkan dan menghalau makhluk halus ini. Selepas itu, anak saudara ini tidak sedar apa yang dibuatnya ketika dirasuk itu. 

Datuk saya meninggal dunia dan sejak dari itu, kami tidak lagi dengar atau mengalami sebarang gangguan daripada waris. Tidak tahulah sama ada ia hilang atau bergantung pada orang lain pula. Tidak kira apa pun, saya tidak mahu tahu."


5. Kemarahan roh di 'rumah merah' - Mr Lai, 31, Ejen Hartanah

"Insiden ini berlaku pada tahun 1996 ketika saya dan kawan sekolah menengah bertemu di sebuah chalet di Pasir Ris. Ketika waktu lapang, dia ajak saya untuk meneroka sebuah 'rumah merah' yang ada berdekatan tempat itu.

Kawan saya ini ada kelebihan 'boleh nampak' dan ajak saya untuk berjalan rapat dengannya.

Rumah itu dikelilingi pagar tetapi kami masih boleh masuk ikut bahagian yang berlubang di kawasan belakang. Sudahlah gelap, bila kami masuk sahaja, terasa seram sejuk.

Tiba-tiba kawan saya suruh patah balik. Ketika itu juga muncul cahaya terang seperti kilat dari luar yang menakutkan kami, dan kami pun terus keluar dari tempat itu.

Bila sampai di chalet, dua orang kawan saya mula muntah-muntah, dan ada seorang lelaki yang 'boleh nampak' itu cuma duduk dengan pandangan yang semacam. Dia demam selepas itu. Salah seorang kawan dan saya yang beragama Katolik tidak apa-apa.

Kami kemudian bercerita apa yang berlaku, salah seorang lelaki mendedahkan bahawa dia tidak sengaja terpijak 'hidangan' di luar rumah itu yang mungkin menjadi sebab roh di rumah itu marah. Kami tidak  bercerita mengenainya lagi selepas itu."



Sumber seram giler:  SINI  |   



Saturday, September 26, 2015

Paranormal - Misteri Gangguan Roh Wanita

Kredit kepada: Seram Kot
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....




Seperti satu kebiasaan, rumah sewa yang sepatutnya mahal, tiba-tiba menjadi murah sering dikaitkan dengan kejadian yang menyeramkan. Ini kerana tuan rumah seperti terdesak untuk mencari penyewa tanpa memaklumkan perihal yang berlaku di rumah tersebut. Seperti yang berlaku di Seksyen 2 Shah Alam. Namun KisahBest.My difahamkan rumah sewa di Shah Alam sebenarnya tidak benar seperti yang didakwa oleh pemilik dan jiran terdekat. Jom ikuti kisah di bawah ini.

“Abang dah jumpa rumah yang sesuai untuk kita. Kalau tak ada masalah, hujung bulan ni kita pindah. Rasanya sesuai untuk kita berdua. Kalau ada saudara mara yang datang pun senang sebab rumah tu besar,” ujar Amil kepada isterinya, Niza.

“Rumah kat mana, bang. Senang ke saya nak pergi kerja,” tanya Niza membalas cakap suaminya. “Di kampung seberang. Sewanya pun murah, RM400 sebulan. Rumah teres dua tingkat. Masa pusing-pusing di kampung seberang, abang ternampak papan tanda rumah untuk disewa. Tuan rumah pun tak banyak tanya, terus sahaja setuju bila abang cakap nak sewa. Malah dia tak minta pun dulu duit pendahuluan macam orang lain. Lagipun tak seronoklah duduk di rumah mak. Sekurang-kurangnya kita perlu berdikari,” jelas Amil bersungguh-sungguh.

Baru sebulan berkahwin, sememangnya Amil mahu hidup berdikari. Dia tidak mahu menyusahkan keluarga mentuanya apabila tinggal bersama. Lagipun dia perlu suasana yang tenteram kerana kerjaya sebagai pelukis membuatkan dia lebih senang berseorangan agar ilhamnya lebih kreatif. Cukup bulan, pengantin baru ini mengambil keputusan berpindah rumah. Biarpun keluarga mentuanya tidak berapa bersetuju tetapi selepas menjelaskan sebab-sebabnya, mereka mengizinkan tambahan pula mereka bersetuju untuk sekerap mungkin balik menjenguk keluarga mentua.

Seharian mengemas, menyebabkan Amil dan isterinya keletihan malam itu. Dia tidur agak nyenyak tetapi malangnya mata Niza tidak juga mahu lelap. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dadanya rasa berdebar-debar yang alang kepalang. Sejenak dia memusingkan tubuhnya, suaminya tidur begitu nyenyak sekali, siap berdengkur. Puas dia mengiring, kiri dan kanan, malangnya matanya tidak mahu lelap. Sejenak Niza bangun dari perbaringannya, dia mahu minum air bagi menghilangkan dahaganya. Semasa dia mahu meneguk air, serentak itu satu bunyi dentuman pintu agak kuat berbunyi. Dia menjerit ketakutan. Matanya meliar. Puas dia memangdang kiri dan kanan. Puas hatinya berfikir, kenapa pintu bilik air berdentum kuat sedangkan bukan ada angin yang bertiup. Meremang bulu romanya, segera dia minum dan bergegas naik ke tingkat atas. Suaminya masih lagi tidur selena-lenanya. Malam itu sedikit pun dia tidak dapat melelapkan matanya.

“Kenapa mata sayang nampak sembap. Tak tidur lena ke duduk rumah baru,” gurau suaminya.

“Entahlah bang, mata Niza tak boleh lelap walaupun seketika. Rasa macam ada mata yang mengintai dan melihat apa yang kita buat. Malam tadi pun masa abang tengah nyenyak tidur, Niza turun ke bawah untuk minum air. Tak semena-mena pintu bilik air berdentum tertutup dengan sendiri. Niza rasa tak sedap hatilah bang tinggal di sini,” jelasnya.

“Ada-ada sajalah Niza ni, abang tak ada rasa apa yang ayang rasa. Agaknya ayang tak biasa lagi kot, tinggal di rumah baru. Hah! Kalau ada hantu nak kacau, kejutkan saja abang, tahu lah abang kung fu dia,” gurau Amil sambil menunjukkan gaya kung fu nya.

“Hah! Abang ingat nak keluar hari ni, ada urusan dengan Hamid. Dia nak bincang mengenai pameran lukisan secara solo dengan abang. Insyallah, kalau jadi projek ni, nampak gayanya kita berbulan madu di luar negaralah,” gurau Amil lagi bagi menyedapkan hati isterinya.

“Abang balik tak tengahari ni. Kalau balik saya nak masak lebih, nanti tak adalah nak membazir sangat.”

“Insyallah, kalau bincang habis cepat, abang balik cepat,” guraunya lagi. Malam itu, sekali lagi Niza tidak dapat lagi melelapkan matanya. Puas dia berpusing kiri dan kanan dan ketika mahu turun ke tingkat bawah, dia nampak bayang-bayang seorang kanak-kanak kecil sedang melompat-lompat ruang tengah rumah. Gementar hatinya. Mana ada budak kecil tinggal di sini, fikir hatinya. Serentak itu, dia menggigil ketakutan dan pantas berlari mengunci bilik tidurnya.

Gangguan demi gangguan dialaminya setiap hari sehingga Niza jatuh sakit. Jika hari sebelumnya dia ternampak bayang kanak-kanak melompat-lompat di ruang tamu rumah, kali ini dia terpandang satu wajah yang mengerikan. Dengan lidah yang terjelir dan rambut kusut masai, wajah mengerikan itu terus memandang dirinya. Niza meracau-racau apabila terpandang wajah hodoh itu.

Puas suaminya meminta bantuan bomoh tetapi semuanya mengaku kalah kerana rumah yang mereka duduki itu agak keras. Seorang kawan memperkenalkan dirinya dengan Ustaz Amran. Tiga hari tiga malam ustaz Amran mengubati isterinya dan alhamdulilah, sembuh sepenuhnya. Mengikut Ustaz Amran, roh wanita yang telah dilihat Niza telah lama berkeliaran di rumah tersebut kerana membunuh diri disebabkan tidak tahan didera suaminya. Dia telah mengelar pergelangan tangan anak kecilnya yang berusia tiga tahun kerana tidak tahan dengan sikap suami yang main kayu tiga.

Patutlah tuan rumah segera meyewakan rumah itu kepada Amil tanpa banyak soal. Rupanya tersimpan misteri yang tidak terungkap sebelum ini.




Seram lagi menakutkan:  SINI  |    




Thursday, September 3, 2015

Paranormal - Tanda-tanda Ada Gangguan Jin Dalam Rumah

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....



1. Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
2. Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
3. Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
4. Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
5. Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

 
CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )
...
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."

2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :

AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas
Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan dilarang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.

3.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.

Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satu pun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

 
SUMBER: Misteri dan keajaiban alam dan Facebook


Selebihnya, jika ada, akan dikongsikan lagi..

 

Wednesday, July 15, 2015

Paranormal - Belalang Jelma Sebagai Belalang Pelesit


Kredit kepada: Ooo Media Network
Gambar ihsan: Ooo Media Network, Um Fabolous



Assalamualaikum.....




Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya sendiri.

Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk ke rumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

Hantu pelesit dikatakan akan dipelihara oleh wanita bagi tujuan membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Selain itu hantu pelesit juga digunakan bagi mendapatkan wang. Hantu pelesit akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa.

Hantu pelesit biasanya dikatakan disimpan dalam botol kecil dan diberi makan darah yang dititik daripada hujung jari tuannya setiap kali bulan mengambang. Hantu pelesit adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah tuannya. Dengan itu hantu pelesit tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu pelesit akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.

Hantu pelesit akan membuat tuannya susah untuk mati kerana tiada tuan baru untuk menjaga dia kelak, kecuali ada anak yang sanggup menjaga hantu itu. Dia akan menjaga tuannya sehingga dia dimusnahkan oleh tuannya sendiri.

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syirik dalam agama Islam. Pembela pelesit dikatakan tidak akan mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik. Ia takut dengan tahi besi iaitu (sejenis besi lebihan dari proses peleburan besi). Menurut pandangan pengamal perubatan tradisional, rupa pelesit adalah seperti seorang tua yang amat hodoh berambut putih panjang. Cara ia berjalan mirip seekor penguin. Ia menumpang ke badan belalang hijau sebagai tunggangannya. Cara untuk mengenali rupa belalang pelesit adalah dengan melihat di atas kepalanya terdapat tanda merah dan tirus. Apabila dicabut kepalanya akan nampak juraian rambut yang halus.


Cara mengatasinya :
  1. Cabut kepalanya dari badan secara perlahan-lahan.
  2. Perhatikan teliti, pasti terdapat rambut si bomoh tersebut. Cara lain, simpan belalang pelesit tu di dalam botol. Pasti terseksa si bomoh tu…



Sumber rujukan: SINI  |  SINI  | 




Saturday, May 30, 2015

Paranormal - Beza Antara Kucing Sebenar Dengan Jelmaan Jin

Kredit kepada: Majidah Mansor (FB)
Gambar ihsan: Majidah Mansor (FB)


Assalamualaikum.....

Petikan daripada salah satu komen yang disiarkan di laman utama Facebook.







Dah tahu ke belum??



Wednesday, May 13, 2015

Paranormal - Gelagat Setan di Majlis Kenduri

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....

Menurut cerita yang disampaikan oleh Tok Dahaman, pada suatu hari dia bersama isterinya berjalan bersama-sama untuk menghadiri kenduri di hujung kampung. Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Maka terpaksalah mereka berdua menunggu sehingga hujan berhenti sebelum meneruskan perjalanan. Apabila hujan telah reda, ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 1.00 tengahari. Setibanya mereka di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati tiga orang kanak-kanak tanpa pakaian sedang menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman, dia merasa sungguh hairan, siapa pula yang meninggalkan anak mereka dalam keadaan sebegitu? Tetapi, dia mula mengesyaki bahawa ketiga-tiga kanak-kanak itu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka bertiga berkepala botak, berperut buncit, bermata besar dan memiliki telinga yang capang dan tajam sementara jari-jari tangan mereka amat panjang, begitu juga kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebabnya mereka menangis di tepi jalan.





Menurut salah seorang kanak-kanak itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yang amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman kemudian bertanya, "Di mana rumah...?" Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sahlah yang kanak-kanak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.

Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri mengenai rumah mereka yang telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada kanak-kanak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia melalui pandangan mata kasar. Lantas anak syaitan itu memberikan Tok Dahaman sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Bapa kanak-kanak itu dapat dikenali dengan tengkorak kecil yang digantung di lehernya manakala ibunya pula memakai tulang ayam bersilang di rambutnya. Anak syaitan itu berpesan supaya meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka pula dalam kesejukan.

Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman segera menyuruh isterinya mencari syaitan betina itu di atas rumah sementara dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat orang lelaki.

Sebaik sahaja menyapu minyak tersebut di kening, mereka melihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dengan orang ramai. Ada sebahagian yang sibuk di tempat memasak mengganggu di kawah gulai dengan memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana orang yang memasak tidak membaca Bismillah). Syaitan-syaitan tersebut ada yang meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk. Ada juga yang muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, ada yang duduk di atas kepala dan riba manusia. Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan di majlis itu. Orang ramai yang melihat gelagat Tok Dahaman dan isterinya merasa hairan dengan kelakuan mereka.




Menurut Tok Dahaman lagi, dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana mereka lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri. Setelah puas mencari, akhirnya berjumpalah dia dengan bapa syaitan tersebut.

Ketika itu, bapa syaitan itu sedang makan dengan gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepadanya serta memberitahu bahawa rumahnya telah runtuh. Bapa syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihatnya.

Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaaan menjadi lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan orang perempuan bahkan lebih teruk kerana ada di kalangan syaitan betina yang turut datang sambil membawa anak. Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu mereka. Mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yang membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah.

Akhirnya ibu syaitan itu ditemui oleh isteri Tok Dahaman di biliki pengantin yang sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam bersilang yang ada di rambutnya, yang berbau busuk dan kotor. Rupa syaitan betina itu sungguh menggerunkan. Keadaan menjadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman seperti bercakap dengan cermin tempat bersolek.



Pengajaran

Untuk seharian itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai di situ tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu. Terpulanglah pada orang sama ada mahu percaya atau sebaliknya. Begitulah halnya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak memulakan sesuatu. Tidak kiralah untuk makan, memulakan perjalanan atau mahu masuk ke tandas sekalipun, sebutlah nama Allah sekurang-kurangnya bacalah Bismillah.



Menyentuh mengenai adab ketika makan, terdapat teguran dalam hadis sahih:

Hadis no. 154 (Adab ketika makan)

Daripada Umar bin Abu Salamah, sewaktu aku diasuh oleh Rasulullah s.a.w., tanganku meraba-raba di dalam talam hidangan makanan; maka Rasululllah bersabda kepadaku: "Wahai anak! Sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kanan engkau, dan makanlah apa yang terdekat dengan engkau."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Rujukan:
  1. Majalah Iktibar, Edisi Pengenalan, Cetakan Pertama 1999.
  2. 300 Hadis Bimbingan, Ustaz Zahazan Mohamad, Telaga Biru Publication Sdn. Bhd.

Tuesday, December 23, 2014

Paranormal - Angkara Tengkorak Terbang

Kredit kepada: Laman Syok.org
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....

Di sini ingin saya berkongsi pengalaman Ayah kepada rakan berubat. Saya pergi bersama.



Hampir 5 tahun Ayah kepada rakan saya sakit-sakit badan. Antara rawatan yang pernah dilalui oleh beliau:
  • Rujuk kepada Doktor Pakar serta diagnos dengan ujian darah, MRI dan sebagainya tetapi tidak sembuh juga.
  • Berjumpa tukang urut dan berkali-kali mengurut tidak juga sembuh.


Selain sakit-sakit badan, Ayah beliau sentiasa rasa mengantuk, tiada selera makan dan sentiasa serabut pemikiran tetapi tidak tahu apa yang diserabutkan.

Takdir Allah menemukan rakan saya dengan seorang lelaki di utara tanah air yang sudi berikhtiar untuk merawat Ayah beliau.

Jadi pada hari Sabtu malam Ahad kami berempat bertolak ke rumah Hamba Allah tersebut dengan persiapan yang telah diberitahu sebelumnya. Antara bahan yang dibawa adalah limau purut, sirih, 4 batang paku 5 inci dan telur ayam.

Selepas Isya', lebih kurang jam 9.00 malam kami sampai di rumah Hamba Allah tersebut. Ketibaan kami disambut oleh Adik Hamba Allah dengan mesra. "Tadi dalam perjalanan Hang Pa mai takda apa-apa ka?". "Alhamdulillah tak ada apa-apa kami nampak" balas rakan saya. Ada 3 orang pesakit lagi yang juga menunggu untuk rawatan. "Sat na Pak Kiyai belum sampai lagi" kata Adik Hamba Allah (Adik Pak Kiyai). Dalam 30 minit kemudian, pintu bilik rawatan dibuka, "Sapa yang mai paling awal masuk dulu". Jam 11.30 malam baru tiba giliran Ayah rakan saya.

Masuk sahaja dalam bilik tersebut kami berempat memberi salam dan rakan saya menerangkan hajat sebenar datang berubat. Saya terperasan, tiada pintu selain pintu yang kami masuk tadi. Saya diamkan dalam hati, mungkin Kiyai sudah masuk sejak dari awal.

Kiyai minta Ayah rakan saya berlunjur kepadanya, "Bawa limau dak?" tanya Kiyai, rakan saya berikan limau. Kiyai membaca Selawat dan Surah Annas, "Sayyidina Muhammad..." ucap Kiyai ambil limau purut dipotong hanya mengacukan tangan, limau terbelah dua.

"Beri salam dan sebut nama kamu" kata Kiyai kepada Ayah rakan saya. Kata Kiyai "Ada orang niat jahat pada kamu, kamu kenal orang ini dan orang ini telah meninggal dunia. Rumahnya dekat sahaja dengan rumah kamu. Kamu pun kenal." kata Kiyai sambil berpaling pada saya. "Ada apa-apa yang kamu ingat kisah-kisah lama berkaitan tanah yang kamu beli buat rumah?" tanya Kiyai, Ayah rakan saya termenung sejenak mengingatkan sesuatu. Selepas seketika "Ya Pak Kiyai ada, arwah marah saya beli tanah tu dan tak sangka sampai ke tahap ini" keluh Ayah rakan saya. "Kamu kena maafkan dia dan jangan ingat-ingat lagi pada arwah!" tegas Kiyai.




Kiyai mengarahkan Ayah rakan saya berpaling membelakangi beliau. Paku diletakkan di hujung kaki. "Kamu sebut nama dan beri salam", arah Kiyai kepada saya. Kiyai suruh kami semua baca Ayat Kursi berterusan sehingga disuruh berhenti. Kiyai mengambil tongkat dan didirikan di sebelah belakang Ayah rakan saya. "Sebut nama dan beri salam," kata Kiyai kepada Ayah rakan saya. Tongkat tersebut dilepaskan dan bergerak sendiri memukul perlahan-lahan belakang Ayah rakan saya.

Kiyai kata: "Arwah guna tengkorak orang lelaki Siam (Thailand) memuja untuk sihir kamu, arwah berniat supaya kamu mati secara perlahan-lahan dan terseksa. Ada perca kain kapan yang ikat pasung dagu yang ditanam pada perdu pokok pisang rumah kamu. Ada perasan dak kelibat dalam rumah kamu?" "Ada Pak Kiyai tapi tak jelas rupa", kata Ayah rakan saya.

"Dalam rumah kamu ada dia letak dua ekoq, bila kamu kuat beramal, jin tu takut dan lari balik ke rumah tengkorak di Thailand ni. Bila kamu lalai dia pi dok ngan kamu makan zat dari tubuh badan kamu, dia juga duduk atas bahu kamu sambil tutup muka kamu sebab tu kamu rasa letih dan mengantuk, kita bawa jin tu mai sini malam ni".

"Kamu sebut nama dan bagi salam", kata Kiyai kepada saya. "Ambil teloq ayam ni angkat dengan telapak tangan ke atas" kata Kiyai pada saya. "Nampak dak, dia ada sebelah kiri kamu", kata Kiyai. "Tak nampak Kiyai," sambil tersengih kerang busuk patik jawab. "Ada dengar suara dia?" "Tak dengar Pak Kyai." jawab saya. "Minaljinnatiwannaasss 3x, dengar tak," dengar Pak Kiyai. Bunyi mcm "eeeeeeee" menjerit nyaring sambil mendengus seperti marah, kami semua dengar. Kiyai ambil telur dalam genggaman saya tadi dan beliau ramas, hancur telur tu tanpa setitik lendir, kering. "Dia makan, itulah yang dia nak buat pada kamu", kata Kiyai kepada Ayah rakan saya.

Sambil menggenggam telur ayam yang keempat (kami bawa 10 biji, 3 sudah diberi makan pada 'benda itu'). Seru Kiyai "Hei Syaitan, baliklah engkau ke asal datang mu, jangan kacau dan ganggu keluarga ini sampai bila-bila pun." kemudian Kiyai sebut Saiyyidina Muhammad dan membaling telur itu ke sebelah kiri dan telur itu terus ghaib.

Kata Kiyai, "Balik malam ni, insya Allah jika kamu tidoq mimpi didatangi seseorang dan melarang kamu dari ambil tengkorak tu malam esok tak payah mai. Jika kamu tidak bermimpi apa-apa esok mai bawa semua yang asas tadi, sarung tangan getah dan guni, kita nak bawa kepala tu mai sini dan kena buang. Esok pagi tengok kat perdu pisang ada dak perca kain kapan, kalau ada ambil masuk dalam plastik dan jangan sentuh terus dgn tangan, berbisa." Kami pun bersalaman dan balik, masa keluar dari rumah Kiyai jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi.

Atas takdir Allah, Ayah rakan saya tidak mendapat sebarang mimpi. Pukul 8.00 pagi keesokannya saya sudah terpacak di depan rumah rakan saya sebab begitu teruja untuk turut sama mencari perca kain kafan yang dimaksudkan. Sampai jam 11.00 pagi kami berempat gagal menemui perca kain kafan berkenaan.

Jam 4.00 petang semua persiapan untuk acara penuh debaran telah disiapkan. Untuk kali pertama dalam hidup saya menempuh pengalaman yang membawa kepada rasa kerdilnya diri saya dan betapa Agongnya Allah SWT. Malam tersebut tepat jam 10 malam kami berempat tiba di hadapan rumah Kiyai dengan dua buah kereta. Sebuah Toyota HILUX dan sebuah lagi Nissan Grand Livina. Saya imamkan Solat Isya’ sebab kami semua belum solat Isya’ dekat ruang menunggu yang tidak berpintu.

Selesai solat Isya’, saya curi jengukkan kepala sebab begitu ingin tahu Kiyai masuk ikut mana dalam bilik rawatan atau memang dia sudah sedia menanti. Adik Kiyai muncul di hadapan ruang menunggu memberi salam kepada kami sambil melangkah masuk duduk bersama kami. Kiyai belum sampai kata Adik Kiyai dan benarlah sebab tiada siapa dalam bilik rawatan itu.

Sekitar jam 11.00 malam lampu bilik Kiyai menyala, adik Kiyai maklumkan kepada kami Kiyai sudah ada dalam bilik. Masya Allah, masa bila dia melintas di depan kami? Kami betul-betul duduk bersembang dengan adik Kiyai depan-depan pintu bilik. Saya simpan dalam hati sampai saat ini, biarlah antara Kiyai dengan Allah swt. Mungkin ada hikmahnya, apa yang pasti hati dapat merasa keagungan Allah SWT.

Kami berempat masuk ke bilik rawatan setelah dipelawa oleh adik Kiyai. Kami memberi salam dan terus bersalaman dengan Kiyai. Kiyai bertanyakan hal mimpi dan perca kain kafan. Ayah rakan saya maklum tiada mimpi yang menghalang untuk mengambil kepala tersebut. Perca kain itu menurut Kiyai ada cuma kami tidak nampak. “Guni bawa dak?”, Kiyai tanya.

“Malam ni atas izin Allah kita akan ambil kepala tu dan bawa ke sini. Kepala tu kepala orang betul na, kena kuat semangat. Bersedia tak ni?,” kami pun angguk tanda bersedia. Pesan Kiyai, kepala tersebut ada dalam sebuah rumah kosong di Thailand. Kepala itu boleh terapung sambil menunjukkan tinggi boleh sampai ke bumbung rumah beliau. Kiyai suruh Ayah rakan saya berlunjur mengadap beliau. Seperti biasa dimulai dengan Selawat dan memotong limau purut. “Ya Sheikh, kita ambil semua bawa mai sini malam ni, insya Allah kita bagi selesai malam ni.”, Kiyai berkata2 dengan seseorang disebelah kanan beliau. Kami tak nampak, wallahu ‘alam.

"Kamu rasa panas tak?" tanya Kiyai kepada Ayah rakan. "Ya, panas muka dan kepala sangat berbahang", berpeluh Ayah rakan. Memang benar, kami yang ada dalam bilik itu semua rasa bahang kepanasan. Kiyai memberitahu bahang itu datangnya daripada syaitan dan jin-jin yang jahat, mereka asalnya dari api dan panas. “Dah dekat nak sampai dah, depa terbang mai ke sini,” kata Kiyai.

Kiyai arahkan kami semua pusing membelakangkan beliau dan baca ayat kursi berterusan serta pejam mata. Apa yang didengari atau berlaku jangan buka mata dan beralih kedudukan.



Tiba-tiba, bunyi benda jatuh terhempas yang teramat kuat dan berat. Rasa angin hempasan yang amat kuat dalam bilik rawatan yang seluas kira 2.5m x 3m. Mata masih pejam, tiba-tiba bahu saya sebelah kiri dipukul dengan kuat. Kemudian Kiyai arahkan kami buka mata dan pusing mengadap beliau. Masya Allah, ada bungkusan kain merah yang diikat dengan perca kain putih di hadapan sedang bergerak-gerak dan berbunyi menjerit-jerit. “Sapa kene sentuh?” Kiyai tanya sambil memandang saya. “Dia sangat marah kat kamu, badan rasa miang-miang tak?” Saya jawab “Ya Pak Kiyai”. Kiyai buka ikatan kain yang berwarna putih. Kepala itu tiba-tiba bergerak ke arah saya. Terkejut yang amat. Kiyai kata jangan takut, selagi kepala ini  duduk dalam kain merah ni kepala ni tak boleh terapung, cuma bergerak sedikit sahaja.

“Kamu pakai sarung tangan ambil perca kain kafan ni masuk dalam plastik. Satgi keluar terus bakar dan pastikan tak terhidu asap bakaran kain ni.” Kata Kiyai pada saya. Kebetulan kaki kebas, tersentuhlah buku lali saya dengan kain putih tu. Ya Allah secara tiba-tiba rasa miang gatal dan sakit yang menyucuk yang amat sangat. Mula-mula saya diamkan kemudian sebab tidak tahan sakit, terus angkat kaki julurkan pada Kiyai. Kiyai tersenyum sambil tanya “Kain kena kaki ka?” Kiyai sedut dan buat masukkan kembali pada perca kain putih (kafan). Masa dia tarik dari kaki, bunyi menjerit yang nyaring sekali. Alhamdulillah kaki saya pulih seperti biasa.

“Nak tengok ka kepala ni? Mai letak tangan atas kepala ni’” kata Kiyai kepada rakan saya dan saya. Kami berdua letak di tangan atas kepala itu dan rasa kepala tu bergerak-gerak. Ayah rakan saya memberitahu "Takpa la Pak Kiyai, tak payah buka la, yang ni pun dah tak tahan (kepala itu menjerit-jerit sambil bergerak-gerak). "Kalau buka kepala tu akan terapung lagi la seram."

“Kepala ni satgi ikat elok2 kat belakang HILUX, ikat kuat2. Syaitan ni tinggi, boleh terbalik HILUX, kereta kecik tak mampu nak bawa berat. Jika kereta rasa macam senget atau sukar untuk dikawal stop dulu hingga reda. Kepala ni kena pi buang kat tengah hutan atau kat laut malam ni juga (tengok jam dah pukul 1 pagi)” pesan Kiyai. Pergh! Kami semua putuskan untuk membuangnya di laut. Saya ditugaskan untuk lepaskan kepala tersebut ke laut (ada ikrar saya ucap pada masa itu).

Kepala itu diikat di belakang HILUX dengan 4 penjuru ikatan (kepala dalam guni kat tengah2 ruang belakang HILUX). Sambil duduk mengikat pun kepala itu masih bergerak-gerak dan menjerit. Ayat Kursi terus menerus kami baca.

Sebelum bergerak untuk membuang kepala, saya pergi membakar perca kain kafan yang adadalam plastik itu. Jangankan mahu membakar kain, plastik pun tidak terbakar. Nasib baik juga adik Kiyai menemani saya. Rakannya 3 beranak pula sedang menguruskan ikatan kepala dalam guni di belakang HILUX. Adik Kiyai pukul dengan cemeti secara empat penjuru, “Bakar sekarang”, kata Adik Kiyai. Alhamdulillah barulah api makan plastik dan sekaligus kain kafan. Syukur Alhamdulillah.




Tugasan terakhir, jam 2.30 pagi baru kami bertolak keluar dengan HILUX. Terasa amat berat dengan kelajuan maksimum 80km/j sahaja. Ayat Kursi terus menerus dibaca hinggalah sampai ke tepi laut. Alhamdulillah saya laksanakan amanah Kiyai dengan sempurna sekali dengan baju yang saya pakai turut saya buang ke laut. Kiyai beritahu kepala itu akan terus ghaib sahaja sebab ia kepala yang dipuja.

Dalam perjalanan, adik rakan saya (tuan punya HILUX) minta tolong menghantar dia sampai ke rumah dia, rupa-rupanya dia buka mata masa saat kepala itu akan jatuh terhempas. Kepala itu tawaf keliling kami. Masya Allah...patutlah dia kecut semacam!



KLIK SINI untuk ke pengalaman menyeramkan... hehehe

Wednesday, October 15, 2014

Paranormal - 10 Fenomena Misteri

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Yahoo Entertainment



Assalamualaikum.....







Kalau baca dalam majalah Mastika, ada ruangan X-Files yang memaparkan kejadian-kejadian misteri di seluruh dunia. Kisah pembunuhan, kehilangan dan bermacam lagi. Dalam video di Yahoo ini, pasangan kembar dikatakan hidup kembali, kereta ditolak oleh satu 'kuasa' yang tidak diketahui, penemuan Bigfoot pada 1960an, anjing cuba terjun dari jambatan, objek misteri yang terbang, kru kapal yang dibunuh secara misteri, antara fenomena paranormal yang tidak dapat dijelaskan. 


KLIK SINI untuk paparan video senarai 10 peristiwa paranormal ini.



Wednesday, August 6, 2014

Paranormal - Kisah Benar Ustaz Melihat Jin

Kredit kepada: i-Malaysiakini
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....



Kisah ini diceritakan sendiri oleh Ustaz Abdul Aziz kepada Johan Iskandar (wartawan) mengenai seorang nelayan yang gara-gara membela hantu raya bertujuan membantu setiap pekerjaan hariannya ke laut menangkap ikan sebelum ditimpa penyakit misteri yang berbulan-bulan ditanggung sehingga menghembuskan nafas terakhir disisi keluarganya.

Suausana sedih melanda keluarga arwah Wak Kejo setelah mengalami sakit misteri berbulan-bulan, akhirnya Wak Kejo menghembus nafas terakhir. Keperitan yang ditanggung Wak Kejo semasa nazak memberi keinsafan kepada isterinya, Tija serta 3 anak bujang lelakinya Samad, Seman dan Saiful.

Menurut penduduk kampong arwah Wak Kejo cukup gagah dan masih tegap seperti orang muda walaupun usianya yang sudah mencapai 80-an. Setaiap hari Wak Kejo tidak pernah mengeluh apabila melakukan kerja hariannya ke laut menangkap ikan. Kalau dilihat dari segi kerja Wak Kejo, orang muda pun tidak mampu melakukan sepertinya. Tetapi bagi wak Kejo kerja berat menarik pukat bersendirian tidak pernah membuatnya sakit atau letih. Begitu juga dengan selera Wak Kejo membuatkan isterinya merasa hairan.

Selalunya pada usia seperti Wak Kejo orang lain sudah kehilangan selera makan dan nafsu seks. Tetapi berbeza dengan Wak Kejo yang selalu bertenaga dan berselera besar. Isterinya pula menyangka suaminya cukup sihat dan kuat kerana mengamalkan ubat akar kayu. Oleh kerana kekuatan yang luarbiasa, Wak Kejo menjadi buah mulut penduduk kampong yang memuji dan kagum dengan kehebatannya.

Kerjanya di laut, dia sangat kuat. Biasanya dia hanya bersendirian melakukan kerja sebagai seorang nelayan. Subuh lagi dia sudah keluar ke laut dan sekitar jam 8 pagi dia sudah pulang membawa banyak hasil laut yang cukup berbaloi untuk keluarganya. Oleh kerana ketiga-tiga anaknya bekerja di bandar Wak Kejo melakukan semua kerja itu seorang diri walaupun ramai yang meregui kemampuannya.

Walaupun gagah mana, takdir tidak boleh di elak. Akhirnya Wak Kejo jatuh sakit secara mengejut. Peliknya dia tidak menghadapi sebarang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis mahupun buah pinggang. Sakit yang dialaminya cukup menyeksanya sehingga dia terbaring kaku di atas katil. Walaupun sakit seleranya tetap sama seperti dulu.

Selalunya rutin makan Wak Kejo ialah nasi bersama seekor ayam bakar. Sebaik saja makanan itu dihidangkan kepadanya, sekelip mata saja Wak Kejo boleh habiskan seperti orang sedang lapar sangat. Dia selalu merenget meminta makanan walaupun baru sebentar tadi sudah dihidangkan kepadanya. Isterinya cukup hairan dengan sikap suaminya yang luarbiasa itu. Sepanjang hidup bersama Wak Kejo belum pernah dia melihat suaminya melantak semua makanan itu dalam masa singkat.

Semakin hari penyakitnya semakin parah. Setiap hari ada saja penduduk kampong datang ke rumahnya melawat dan membaca Yassin. Setiap kali dibacakan Yassin, Wak Kejo akan meraung kepanasan. Beberapa orang doctor pernah datang ke rumah Wak Kejo untuk merawat penyakitnya, namun selepas diperiksa mereka berkata Wak Kejo tidak mengalami sebarang penyakit. Mereka percaya Wak Kejo mengalami penyakit tua. Semakin hari mukanya semakin pucat dan hitam seperti kepanasan cukup menggerunkan.

Isteri dan anak-anaknya tidaksanggup melihat penderitaan yang di alami Wak Kejo. Akhirnya mereka memanggil Ustaz Aziz yang tinggal di kampong seberang untuk membantu masalah itu.

"Dah berapa lama Wak Kejo sakit Mak Tija?" Tanya Ustaz Aziz yang duduk disebelah suaminya.

"Adalah lima bulan," balasnya sayu.

"Masya Allah," ucapnya perlahan sambil mengeleng kepala melihat wajah Wak Kejo.

Ustaz Aziz kemudiannya membaca sesuatu sambil menyentuh dahi Wak Kejo perlahan-lahan. Dia membaca beberapa surah untuk meringankan kesakitan Wak Kejo.

"Jangan sentuh aku! Panasss! "Jerit Wak Kejo sebaik saja Ustaz Aziz menyentuh dahinya buat kali ketiga.

Beberapa orang penduduk kampong sedang membaca Yassin da nada yang sedang duduk di ruang tamu rumah Wak Kejo tersentak mendengar jeritan kuat Wak Kejo. Walaupun Wak Kejo kelihatan nazak, tapi suaranya amat kuat bertenaga. Ustaz Aziz dapat merasakan kelainan suara itu yang dianggap bukan suara Wak Kejo.

Ustaz Aziz terus membaca ayat al-Quran dengan diikuti bacaan Yassin oleh penduduk kampung. Keadaan Wak Kejo semakin gelisah. Dia cuba meronta ke kiri dan kanan seperti kesakitan. Selama sejam Wak Kejo meronta dan meraung kepanasan. Dia beberapa kali meminta air untuk minum kerana terasa badannya terlalu panas. Akhirnya tanpa disedari wak Kejo menghembuskan nafas terakhir. Tiba-tiba saja badanya yang gempal bertukar menjadi kurus kering seperti sudah lama meninggal dunia.

"Mak Tija, Wak Kejo sudah meninggal dunia. Pergilah panggil tukang mandi mayat segera. Jangan lengah-lengahkan lagi. Mayat arwah perlu dikebumikan segera," kata Ustaz Aziz tenang.

Sementara menunggu tukang mandi mayat tiba, mereka membiarkan jenazah arwah Wak Kejo di ruang tamu rumah itu. Memandangkan hamper masuk waktu Isyak, semua tetamu kemudiannya turun dari rumah ke surau tidak jauh dari situ untuk solat Isyak. Selepas solat Isyak, jenazah Wak Kejo dimandikan dan dikapan. Jenazah arwah kemudian dikebumikan di tanah perkuburan Islam di hujung kampong pada malam tersebut.

Selesai kebumian, pada malam itu tinggallah Mak Tija, 3 orang anaknya dan beberapa orang ahli keluarganya. Kerana letih kebanyakkan mereka tertidur. Tidak beberapa lama kemudian, Mak Tija terdengar bunyi seperti sesuatu menyusur di bawah rumahnya tempat arwah Wak Kejo dimandikan tadi.

Pada mulanya, Mak Tija ingatkan kucing, bagaimanapun bunyi itu semakin kuat seperti sesuatu sedang menjilat air. Mak Tija cuba memberanikan diri turun ke bawah rumahnya sambil membawa lampu picit. Sebaik saja dia menyuluh ke arah bunyi suara itu, Mak Tija terkejut apabila melihat sesusuk tubuh manusia tinggal rangka menyerupai suaminya sedang menjilat air mayat.

Mak Tija mula rasa takut, bulu romanya tegak berdiri. Namun dia masih menyuluh kea rah lembaga itu dengan berani. Lembaga itu sedang berlutut di bawah rumah. Pada mulanya Mak Tija cuba merahsiakan perkara itu kepada sesiapa walaupun keluarga terdekat tetapi kerana takut perkara itu berulang kembali dia menceritakan perkara itu kepada Ustaz Aziz saja pada keesokannya.

Ustaz Aziz bersetuju membantu Mak Tija dan berjanji akan datang ke rumahnya pada lewat malam. Seperti mana yang dijanjikan, Ustaz Aziz melihat sendiri lembaga seperti arwah Wak Kejo sedang menjilat-jilat air mayatnya bagai kehausan. Ustaz Aziz kemudiannya segera membaca ayat Kursi dan secepat kilat lembaga itu hilang dari pandangan mereka. Sejak peristiwa itu, lembaga Wak Kejo tidak lahi pulang ke rumahnya.

Setelah diselidik latar belakang arwah Wak Kejo, rupanya selama ini arwah Wak Kejo ada membela hantu raya untuk membuat dia kelihatan muda dan kuat tanpa perlu diketahui isteri serta anak-anaknya. Setiap kerja yang dilakukan Wak Kejo semuanya dibantu oleh hantu raya itu. Kerana itulah dia lebih suka bersendirian pergi menangkap ikan kerana bertemankan hantu raya yang dibelannya.

Kejadian serupa ini banyak berlaku di mana-mana apabila individu tertentu bersekongkol dengan jin atau syaitan. Perkara ini haruslah menjadi pengajaran kepada kita semua supaya dapat menghindarkan diri dari kejadian yang dimurkai Allah SWT. Nauzubillah..



KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Thursday, May 22, 2014

Paranormal - Kisah di Bilik Mayat

Kredit kepada: Blog Bahni
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.........




Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik mayat berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.” Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.“Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. "Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini." kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.

Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!” Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?


Wallahu’alam….



KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Tuesday, March 4, 2014

Paranormal - Misteri Volkswagen Kuning

Kredit kepada: Kisah Best
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Sejak lebuh raya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut, ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai, kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Kisah ini juga telah difilemkan dalam filem seram yang berjudul ”Volkswagen Kuning” arahan Shahidan Kassim. Filem ini berkisarkan kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang – Bukit Meru.

Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Jelapang – Bukit Meru adalah berpunca daripada Volkswagen Kuning .


Cerita Kedua: Oleh Bahtiar

Sekadar mengimbau kembali peristiwa aku dengan adik aku penah bertembung dengan Volkswagen kuning pada tahun 2000 dahulu. Waktu itu sekitar pukul 12.00 malam. Aku dalam perjalanan untuk pulang ke Pulau Pinang untuk menjenguk isteri yang sedang berpantang di sana.

Seingat aku sewaktu turun bukit selepas tol Jelapang dan selepas terowong itu, aku ambil lorong sebelah kiri sahaja, sebab memandu secara perlahan.

Tiba-tiba di belakang kereta aku ada sebuah kereta lama. Aku memang tidak perasan pun entah bila kereta tersebut ada berdekatan belakang keretaku. Jadi aku tidak endahkannya. Tiba-tiba dia berikan lampu dongak…klip klip sahaja. Maklumlah kereta lama lampu dongaknya pun bukannya cerah. Ingatkan pada mulanya kereta tersebut menghadapi masalah dengan lampunya.

Aku buat tidak tahu sahaja. Aku rasa dia sudah mainkan lampu dongaknya dalam 10 minit. Aku sudah terasa cuak juga, ingatkan orang jahat yang sengaja mahu kenakan aku.

(Masa itu pun tak tahu lagi cerita pasal hantu Volkswagen Kuning ni)

Jadi tidak timbul rasa takut. Selepas itu aku nampak pada cermin belakang kereta kuning itu mahu memotong kereta aku. Lantas aku biarkan sahaja dia memotong sebab mahu tenguk juga muka orang dalam kereta itu.

Bila dia potong saja, memang jelas kereta Volkswagen warna kuning tetapi pemandunya memang tidak kelihatan pun. Mungkin sebab malam. Memang laju juga pemandu tersebut memandu.

Memang aku pun tidak syak apa-apa lagilah. Selepas itu, aku pun sembang-sembanglah dengan adik aku sebab ingin hilangkan rasa mengantuk. Aku rasa adalah dalam 10-15 minit. Tiba-tiba kereta tadi ada di belakang kereta aku semula. HAHHHH!!!! Terkejut aku. Adik aku pun cuak juga ketika itu. Aku pun tanyalah adik aku.

”Bila masa pulak kita potong kereta tu tadi?” Adik aku kata mana ada potong sebab kita berada di lorong sebelah kiri sahaja dari tadi. Aku dengan adik aku semakin cuak!

Kereta itu masih berterusan memberikan lampu dongak. Aku beritahu adik aku “Ni kompom orang jahat nak pekena kita ni” Maka aku suruh dia bersiap sedia manalah tahu kalau terjadi apa-apa. Kemudian dia potong kereta aku sekali lagi. Aku nekad untuk tengok betul-betul rupa si pemandu kereta kuning itu. Rupa-rupanya … tiada pemandu! Tidak nampak pemandunya sebab cahaya daripada lampu kereta yang datang dari arah bertentangan terpantul ke dalam kereta Volkswagen itu.

Memang sah tidak ada orang.. FUHHH!!! Gerun juga aku! Aku pun beritahu adik aku supaya buat tidak tahu sahaja, seperti tiada apa yang berlaku.

Sampai sahaja di rumah ibu mertua aku, aku terus certiakan dengan bapa saudaraku yang aku diganggu ketika memandu di lebuh raya tadi. Dia cuma cakap “Takde apa-apa tu..esok sajalah aku cerita”

Hahhh… mungkin sebab hari sudah pun lewat malam dan dia tidak mahu aku terbawa-bawa cerita itu. Keesokannya barulah dia ceritakan pada aku tentang kisah sebenar mengenai kereta Volkswagen kuning itu.


Sumber : Idanradzi



KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Sunday, December 22, 2013

Paranormal - Kehadiran Wanita Berdarah Dari Kemalangan

Kredit kepada: KisahBest
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....



Bunyi dentuman petir yang kuat diikuti dengan kilat sabung menyabung mengejutkan Mazni yang sedang leka mengulang kaji pelajaran. Pucat lesi muka anak dara berusia 17 tahun itu kerana terperanjat. Mazni bingkas bangun. Rasa takut menyelubungi segenap sanubari gadis manis berambut ikal mayang itu. Bunyi desiran air hujan di malam hari tu tambah meresahkan hatinya menyebabkan Mazni berasa tidak bertahan lama di biliknya. Tanpa menutup lampu bilik dia terus ke ruang tamu dan duduk memeluk tubuh di sofa. Matanya merenung jauh entah ke mana. Malam itu Mazni sendirian di rumah. Ibu dan ayah serta dua orang adiknya ke rumah Pak Langnya ada kenduri doa selamat pada malam itu.

Mazni enggan pergi dengan alasan hendak mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia sudah hampir. Sebelum pergi, ibunya mengingatkan bahawa mereka mungkin pulang agak lewat kerana mahu menolong apa yang patut. Ibunya juga berpesan agar Mazni tidak lupa mengunci semua pintu dan tingkap. Sebaik sahaja mereka pergi, Mazni segera mengunci pintu dan tingkap. Kemudian dia terus berkurung di dalam biliknya dan mengulang kaji pelajaran. Ketika sedang asyik menelaah, hujan turun dengan lebatnya diselangi kilat sabung-menyabung. Kesunyian yang begitu mencengkam tiba-tiba mengundang resah dan takut di hati Mazni. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam .

Mazni masih bertelekup di sofa. Hendak menonton televisyen bagi menghilangkan kesunyian, kilat dan petir yang masih berdentum dan sabung-menyabung menyebabkan hasratnya itu terhalang. Saat itu timbul rasa kesal kerana menolak pelawaan ibu dan ayahnya tadi. “AH kenapalah lambat sangat ayah dan ibu balik ni?” keluhnya untuk sekelian kali. Untuk menghilangkan rasa takut, Mazni membaca ayat Kursi dan beberapa ayat al-Quran yang lain. Namun rasa cemas yang tidak kunjung hilang itu menyebabkan dia akhirnya mengambil keputusan untuk tidur.

Baru sahaja hendak merebahkan badan Mazni terdengar satu dentuman yang sangat kuat. Untuk menyedapkan hati dia membuat andaian itu adalah bunyi petir. Tiba tiba telinganya menangkap bunyi pintu rumah diketuk orang. Apabila dibuka tiada sesiapa di luar. Mazni menutup semula pintu tetapi ketukan berbunyi lagi. Sebaik sahaja pintu dibuka, mazni melihat seorang wanita berusia dalam lingkungan dua puluhan berdiri di depannya. Wanita itu basah kuyup dan dia mengendong seorang bayi. Bajunya koyak dan ada kesan darah. “Maaf, kereta kakak rosak terlanggar pembahagi jalan di simpang sana. Boleh kakak tumpang berteduh sebentar dik?” kata wanita itu memecah kesunyian. Suaranya begitu perlahan hampir tak kedengaran. “EH, masuklah kak,” kata mazni seolah-olah baru tersedar dari khayalan.

Setelah mempersilakan wanita itu duduk di sofa, Mazni lantas ke bilik ibunya mancari pakaian untuk mengantikkan pakaian wanita itu yang lencun dek hujan. Juga mencari tuala bagi membalut tubuh anak wanita itu. Sementara wanita itu bersalin pakaian, Mazni bergegas ke dapur menyediakan minuman panas untuk mereka. “Maaf menyusahkan adik,” kata wanita tadi sebaik sahaja mazni meletakkan secawan nescafe panas di depannya. “Tak apa. Sekurang kurangnnya saya ada kawan,” jawab Mazni sambil menjeling bayi wanita itu yang senyap sahaja sejak tadi. Mungkin sudah tertidur agaknya. Tidak banyak yang dibualkan oleh mereka berdua. Biar pun banyak yang ingin ditanyakan oleh Mazni, tetapi mulutnya bagaikan terkunci. Sedangkan wanita itu seolah-olah lebih senang menyendiri. Mungkin dia ada masalah apabila melihat wajah wanita itu yang seolah-olah dalam kesedihan.

Tiba-tiba, “Maaf dik. Kakak kena pergi sekarang.” kata wanita itu sambil meluru keluar. Mazni tidak sempat menahan dan hanya mampu memandang sambil terpinga-pinga. Beberapa minit kemudian kedengaran daun pintu diketuk orang. “Mesti kakak tadi. Ha itulah. Hujan belum berhenti dah nak pergi,” omel Mazni dalam hati sambil berlari mahu mambuka pintu. Namun alangkah terkejutnya Mazni apabila melihat seorang wanita berlumuran darah sedang mendukung bayi yang pecah kepalanya tercegat di depannya. Wajahnya amat menakutkan. Dia seolah-olah berada dalam kesakitan dan inginkan bantuan. Tubuh Mazni menggeletar dan akhirmya dia rebah tidak sedarkan diri .

Ketika membuka mata, sayup-sayup Mazni mendengar suara ibu bertanyakan apa yang sudah berlaku. Tetapi mazni tidak mampu menjawab. Dia hanya memeluk erat ibunya sambil menangis semahu-mahunya. Keesokan pagi, sambil bersarapan pagi ibunya menceritakan satu kemalangan ngeri yang berlaku dekat simpang berhampiran rumah mereka. “Kasihan pemandu wanita dan bayinya meninggal. Tu sebab kami terlewat semalam..” Hati Mazni berdebar-debar mendengar kata-kata ibunya. Dan debaran itu tambah kencang bila ayah menyampuk. “Berita kemalangan tu ada dalam akhbar hari ini. Gambar perempuan itu dengan anaknya pun ada. Nah tengok,” katanya sambil menghulurkan surat khabar itu kepada Mazni. Dengan tangan menggeletar akhbar itu disambut. Tidak salah lagi memang itulah wanita dan anaknya yang datang berkunjung ke rumahnya malam tadi.



KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Sunday, December 15, 2013

Paranormal - 20 Tahun Diseksa Diganggu Dan Dirogol Jin

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Gangguan jin saka adalah perkara yang boleh dikatakan kerap juga berlaku dalam sesetengah keluarga masyarakat Melayu. Ia adalah keadaan bila mana seseorang itu dihuni tubuhnya atau didampingi oleh jin (berbagai jenis) sama ada dia sendiri mahukan perkara itu atau dia terperangkap (oleh perbuatan orang lain), atau atas faktor keturunan. 

Seorang guru wanita yang telah berkahwin lebih 3 tahun (tapi belum dapat anak) kini sedang diganggu saka dan masih dalam peringkat berubat. Punca saka itu adalah dari bapa mertuanya (kini sudah meninggal).

Khabarnya semua adik-beradik suaminya juga diganggu oleh saka tersebut. Gangguan itu agak menyukarkan juga. Petik suis lampu tidak menyala, terdengar bunyi seakan anak kucing mengiau, bunyi seperti orang main guli, bunyi kerusi ditarik, bunyi mencakar-cakar, termasuklah rumah berdentum dan bergegar. Hal itu menyeramkan bulu roma hinggakan guru wanita itu tidak berani balik ke rumahnya sekembali dari kerja. Dia duduk di masjid sementara menunggu suaminya pula pulang dari kerja (suaminya kerja hingga jam 10 malam).

Di waktu malam pula, walaupun suaminya ada di sisinya, dia tetap diganggu dengan berbagai bunyi hingga sukar untuk tidur. ‘Saya dan adik beradik selalu terlihat lembaga hitam yang besar seakan manusia setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling’

“SAYA menerima qada dan qadar ini serta reda atas setiap ujian Allah SWT tetapi kadang-kadang saya terfikir mengapa seseorang itu sanggup ‘mengorbankan’ keluarga sendiri demi mewarisi adat nenek moyang yang jelas bertentangan dengan Islam.”



Begitulah luahan seorang wanita selepas membaca rencana mengenai angkara Saka yang disiarkan dalam Dimensi, tiga minggu lalu. Wanita yang hanya mahu menggelar dirinya Alia, menghantar emel untuk berkongsi pengalamannya lebih 20 tahun dihantui Saka yang diwariskan datuk kepada ayahnya. Berikutan itu, Alia menetap di luar negara untuk mengelak pelbagai gangguan mistik dan menyeramkan angkara saka itu. Ikuti luahannya:

Datuk meninggal dunia ketika saya masih kecil, baru darjah dua. Sebelum meninggal, datuk sebelah ayah lumpuh selama setahun.

Sejak kematian datuk, selalu ada kesan lebam di badan saya terutama paha ke bawah tetapi ibu anggap ia perkara biasa kerana kanak-kanak sering bermain, kerap jatuh dan terlanggar. Ketika saya di sekolah rendah, ayah bekerja di negeri lain menyebabkan kami tinggal berasingan. Ketika ketiadaan ayah, saya dan adik beradik lain selalu terlihat kelibat lembaga hitam yang amat besar dan berbentuk seakan manusia di rumah kami. Lembaga hitam itu setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling.

Saya selalu demam terkejut melihat lembaga berkenaan. Saya beritahu ibu tapi ibu kata itu hanyalah khayalan kanak-kanak. Disebabkan ayah bekerja di negeri lain, dua minggu sekali barulah dia pulang melihat kami. Dua atau tiga hari sebelum ayah pulang, saya dan ibu pasti terdengar suara ayah memanggil tetapi apabila berlari ke pintu dan membukanya, saya hanya terlihat kelibat lembaga hitam.

Ibu selalu mengadu sakit pinggang dan bisa di kaki. Badannya terasa seperti dicucuk jarum halus apabila ayah pulang. Dalam rumah pula, selalu muncul serangga seperti belalang bersaiz empat hingga lapan sentimeter panjang, berwarna hijau keperang-perangan dan merah malah serangga itu berbunyi sungguh kuat dan berdesing.

Ketika kami berpindah tinggal bersama ayah apabila saya di sekolah menengah, keadaan menjadi bertambah teruk. Saya selalu lewat bangun ke sekolah kerana setiap malam, badan terasa dihimpit lembaga hitam yang besar. Apabila bangun tidur, lebam sebesar syiling 50 sen atau lebih besar kelihatan di kaki dengan kesan gigitan. Pinggang terasa seperti paku mencucuk. Sebelum datang haid, saya ada lebam di paha dan kitaran haid juga tidak normal malah kadang-kadang tiada langsung.

Sebelum muncul lebam, serangga seperti belalang muncul dalam rumah bersama bau bangkai yang amat busuk selain bau darah hanyir. Perkara ini kerap berlaku pada malam Jumaat dan badan saya akan berasa panas. Saya sering mengadu kepada ayah sebaliknya dimarahi dan memberi pelbagai alasan. Disebabkan terlalu kerap menghidap penyakit itu, saya, ibu dan adik-beradik lain mengambil ujian darah kerana khuatir menghidap leukimia. Ujian darah bagaimanapun mengesahkan kami sihat.

Disebabkan keadaan kami semakin mudarat dan pemeriksaan kesihatan moden gagal mengesan sebarang penyakit, kami cuba berubat tradisional dan ramai pengamal perubatan mengatakan kami terkena sihir. Ada antara mereka menyuruh kami mandi air garam, air daun, air tujuh masjid, tujuh kolah, tujuh perigi, air zamzam, meletak jala dalam rumah dan pelbagai kaedah lain tetapi lebam, bisa badan dan sakit pinggang tidak berkesudahan malah semakin teruk.



Perangai ayah juga berubah sejak kami tinggal bersamanya. Setiap malam Jumaat, dia bergegas ke rumah nenek tapi sebelum itu akan mengamuk dan naik berang tanpa sebab hingga kami ketakutan.

Kami terus berubat tradisional dan daripada seorang pengamal perubatan, kami diberitahu masalah ibu dan saya berpunca daripada ‘belaan’ keluarga suami. Dia menyatakan lebam itu akibat jin belaan memakan darah sebagai perjanjian menjaga harta benda dan anak cucu yang dibuat lama dulu oleh keturunan ayah. Beliau menyuruh ibu membawa ayah berjumpa dengannya jika hendak berubat. Pengamal perubatan menjelaskan sendiri kepada ayah tapi sebaik mendengar penjelasan itu, ayah benar-benar marah dan tidak percaya. Dia menuduh keluarga ibu terbabit.

Kali ketiga kami datang untuk berubat, pengamal perubatan itu tidak lagi mahu menerima kedatangan kami kerana keluarganya kacau bilau dan isteri pengamal perubatan itu dirasuk lembaga hitam dan berbulu. Yang peliknya, sesiapa saja termasuk pengamal perubatan yang hendak menolong saya dan ibu pasti dilanda musibah pelik-pelik. Sejak itu, saya dan ibu sakit bertambah teruk – selalu demam, tidur malam terasa dihimpit dan bermimpi dirogol lembaga hitam besar.

Sehinggalah kami bertemu seorang ustaz untuk berubat. Selepas diperiksa, ustaz itu mula menerangkan dengan terperinci perkara sebenar: “Keturunan sebelah ayah dulu ada membuat perjanjian dengan makhluk itu melalui perantaraan seseorang yang dianggapnya sebagai ‘wali’ ketika menuntut. Wali itu menghadiahkan ‘khadam’ untuk menolong menjaga harta benda dan keturunan anak cucunya, membuka kebun selain menjadikan orang lain melihatnya gagah, kuat dan berasa gerun.

“Selepas datuk meninggal, makhluk itu terbiar lama, tidak diberi layanan dan ganjaran seperti janji tuannya dulu menyebabkan ia mengamuk dan mahukan layanan. Sebelum kehadiran makhluk jin besar keturunan Ifrit jantan atau digelar hantu raya dalam budaya Melayu itu, akan ada bau busuk dan serangga seperti belalang atau serangga lain.

“Makhluk itu berbulu seperti mawas, amat ganas dan memakan darah dan air mani manusia untuk hidup, akan menggigit dan meninggalkan tanda kepada semua keturunan keluarga ayah,” katanya.

Ustaz itu juga menerangkan, makhluk itu kadang-kadang menyerupai ayah dan sering merogol ibu dan saya ketika tidur. Apabila kami tidur, kadangkala bermimpi melahirkan anak kecil.


Sumber: FB