MY FOLLOWERS

Thursday, August 30, 2018

Artikel - Pertandingan Memanah Piala Sabasun 11.8.2018

Kredit kepada: TAC, Sabasun
Gambar ihsan: owner


Assalamualaikum.....


Acara ini dianjurkan oleh pihak Sabasun Gong Badak disertai oleh seramai 120 orang pemanah dari seluruh negara.

Selain dari kategori dewasa, ia turut membuka penyertaan bagi 60 orang pemanah cilik.

Acara dimulakan sekitar jam 8.30 pagi. Setiap peserta yang mendaftarkan diri akan diberikan nombor peserta dan sijil penyertaan.

Di acara ini, pihak Sabasun juga memberi laluan kepada Sahabat Ideal Enterprise dan 916 Archery untuk menjual barangan keperluan memanah bagi memudahkan peserta dan pengunjung mendapatkan barangan mereka seperti anak panah, busur, beg kuiver, sarung tangan dan juga aksesori memanah yang lain.

















Makan minum turut disediakan. Pengunjung diberi pilihan membeli dari gerai yang dibuka atau ke kafe Sabasun yang telah sedia menanti.

Acara ini diadakan bagi kategori dewasa dan kanak-kanak. Ia diadakan dalam format 6 arrow 10 end, dengan jarak 18 meter dan 23 meter. Hadia disediakan berupa wang tunai dan pingat.

Acara ini tamat sekitar jam 6 petang sesudah selesai majlis penyampaian hadiah.




Jalan-jalan Cari Makan - Cara Kreatif Sediakan Lemang

Kredit kepada: FB ‎Nor Shafidah Mohamad‎ , Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Gambar ihsan: FB ‎Nor Shafidah Mohamad‎ , Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)


Assalamualaikum......


Ingin tahu cara masak lemang yang kreatif? 










Resepi lemang Alu yang ramai orang tertanya-tanya.. Resipinya sama sahaja seperti lemang buluh, begitu juga rasanya..

Bahan-bahan:

  • Beras pulut - 3 kg
  • Santan - 2 kg
  • Garam secukup rasa
  • Tin minuman
  • Daun pisang
  • Air secukupnya



Caranya:

  1. Basuh beras pulut dan rendam dengan santan dan air. Tambah garam secukup rasa. 
  2. Biarkan pulut terendam selama 1/2 jam
  3. Bersihkan daun pisang dan masukkannya dalam tin minuman yang telah dibersihkan.
  4. Seterusnya masukkan pulut ke dalam tin hingga ke paras yang dikehendaki, sambil masukkan santan sekali sama paras dengan pulut tadi. Jangan terlebih, nanti jadi lembik.
  5. Kemudian, bakar dalam ketuhar selama 1 1/2 jam dengan suhu 180 Celcius (api atas dan bawah)


1 kg pulut = 9 tin

Potong tin untuk keluarkan lemang.


Saturday, August 4, 2018

Artikel - Hari-hari Yang Malang...

Kredit kepada: OMG
Gambar ihsan: OMG


Assalamualaikum....

Ada hari orang bernasib baik, ada harinya lain pula ceritanya.

Yang diharap itu adakalanya menjadi sebaliknya...


Ada kawan berdepan hari membosankan di sekolah...  


Hari ini bercadang hendak memasak pasta, malangnya....


Gempa bumi ke?


Errkk..?? 


Terlupa tutup lubang air....


Kiri: Hasil setelah bersusah payah selama 2 bulan.  Kanan: Selepas jatuh tertindih



Kadang-kadang tergelincir


Keletihan ..... tapi rasanya sempat habiskan sepotong ..


Bukan rezeki bila makanan tertumpah di jalanan


Bayangkan bila bangun pada esok pagi dan dapati keadaan ini....


Terasa kehampehannya .....  


Rasanya ini di luar negara jer kot... 


Apa hal ....?? 


Bila terlalu ikut telunjuk GPS ... 


Khemah ditiup angin... 


Semestinya hari jadi yang tidak dapat dilupakan...


Biasanya juga, nak bubuh sikit tapi terlebih..


Bila sedang asyik buat kerja, tiba-tiba bateri habis... hahahaha


Hari yang malang:  KLIK SINI   |   

Hidupan Liar - Haiwan Pun Boleh Senyum :-)

Kredit kepada: Mother Nature Network
Gambar ihsan: Mother Nature Network


Assalamualaikum.....


Senyum jangan tak senyum!



























Untuk lebih banyak senyuman:  KLIK SINI   |   :-)  




Jalan-jalan Cari Makan - Kuih Kuba Guling

Kredit kepada: Sanrie Sport Ventures
Gambar ihsan: Sanrie Sport Ventures, Sinar Harian Edisi Terengganu


Assalamualaikum.....


Sudah lama tidak menulis dalam segmen ini. 




Bulan Ramadan 2018 kali ini rasanya tidak sama dengan tahun-tahun yang lepas. Kali ini penulis berpeluang bergiat aktif dalam bisnes berkaitan makanan. Bukanlah bisnes yang utama sebab ini hanyalah projek sampingan atau side project penulis bersama rakan bisnes, khas untuk bulan Ramadan. Kali ini kami mengambil peluang untuk perkenalkan satu kuih tradisi lama tang berasal dari Thailand. Di Terengganu, kuih ini dikenali sebagai kuba guling. 

Berkenaan bahan-bahan untuk membuatnya ada disiarkan dalam beberapa entri di laman Facebook. Pengunjung boleh cari sendiri dengan menaipkan 'kuba guling' di enjin carian Facebook.






Pun begitu, dimaklumkan, kuih kuba guling versi yang dijual di gerai kami tidak menggunakan arang tempurung untuk memberikannya warna hitam seperti yang dijual di tempat lain. Sebagai alternatif, kami gunakan bahan lain yang lebih baik sebagai pewarnanya dan ia selamat untuk dimakan. 

Seperkara lagi, secara umumnya, kemungkinan kuantiti bahan dalam ramuan yang disiarkan di media sosial atau mana-mana buku resipi juga tidak tepat. Yang menjadikan satu-satu masakan itu sedap di mulut pelanggan ialah kemahiran si tukang masak itu sendiri, secekap mana dia memasak dan menjadikan masakan itu kena dengan citarasa pelanggan. 


Cerita asalnya, kami sebenarnya menjual air buah di gerai di bazar Ramadhan kali ini. Walaubagaimanapun, sambutannya sangat rendah dan seperti tenggelam dalam persaingan dengan gerai-gerai lain yang turut menjual air. Untuk 10 hari pertama, kutipan juga tidak menjadi seperti yang diharapkan. 

Maka, kami memilih untuk menutup sekejap perniagaan kami bagi memberikan peluang untuk kami mencari solusi yang terbaik bagi menghidupkan bisnes di gerai ini. Hasil perbincangan dan hasil maklumat yang beredar di media sosial, kami mendapati satu kuih yang menjadi viral ketika itu iaitu kuba guling. 

Tiada jalan lain, jadi kami pilih untuk mengambil peluang yang tersedia ini untuk mengusahakan dan menjual kuih ini. Hasilnya, sambutan sangatlah menggalakkan. Ada harinya, walaupun stok dibawa agak banyak, jualan menjadi sangat laris hingga ia habis dalam masa 20 minit, atau paling lama sejam. Oleh sebab itu juga setiap kali bisnes dibuka, kami turut memesan kepada pelanggan yang datang lewat supaya datang awal disebabkan sambutannya. 






Yang menarik, sambutan yang diberikan juga telah menarik perhatian pihak Sinar Harian Edisi Terengganu untuk memaparkan berita kami di akhbarnya. 

Pengunjung boleh KLIK SINI untuk lihat artikel beritanya.