MY FOLLOWERS

Friday, October 14, 2016

Kesihatan - Nicotinamide Riboside (NR) Untuk Tingkatkan Fungsi Sel Stem

Kredit kepada: ScienceDaily.com
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Dalam beberapa kajian telah menunjukkan bahawa nicotinamide riboside (NR) begitu berkesan dalam meningkatkan metabolisme. Sekumpulan pengkaji dari EPFL's Laboratory of Integrated Systems Physiology (LISP) diketuai oleh Johan Auwerx telah mendedahkan lebih banyak rahsia berkenaan bahan ini. Satu artikel ditulis oleh Hongbo Zhang, seorang pelajar PhD dalam kumpulan ini telah diterbitkan dalam jurnal Science dan menyatakan kesan positif bahan ini dalam fungsi sel stem yang bersifat restorative atau pemulih.


Seperti mana tikus dan mamalia lain, dengan bertambah usia, keupayaan menjana semula sesetengah organnya seperti limpa dan ginjal; dan otot termasuk jantung; akan berkurang. Keupayaannya membaiki tisu disebabkan sesuatu kecederaan juga terjejas dan boleh membawa kepada gangguan lian yang biasa dialami disebabkan faktor umur.


 



Mitokondria juga berguna dalam sel stem


Hongbo Zhang ingin memahami bagaimana proses janaan semula berkurangan selari dengan umur. Untuk itu, dia bekerjasama dengan beberapa universiti di Kanada dan Brazil. Dengan pelbagai penanda digunakan dia dapat mengenal pasti rantaian molekul yang mengawal bagaimana mitokondria berfungsi dan bagaimana ia berubah dengan umur yang meningkat.


"Buat kali pertama, kita dapat menunjukkan kebolehannya untuk berfungsi dengan baik adalah penting untuk sel stem." kata Auwerx. 

Dalam keadaan biasa, sel-sel stem akan bertindak balas kepada isyarat yang dihantar ke seluruh tubuh, menjana semula organ-organ yang rosak dengan menghasilkan sel-sel baru yang spesifik setidak-tidaknya dalam tubuh yang masih muda.

"Kami dapati faktor keletihan dalam sel stem menjadi salah satu punca kepada janaan semula yang lemah atau kemerosotan dalam sesetengah tisu atau organ." kata Hongbo Zhang.    


Inilah sebab kenapa para pengkaji mahu mencergaskan semula sel stem dalam otot dalam tikus dewasa. Mereka melakukannya dengan mensasarkan pada molekul yang membantu mitokondria berfungsi dengan baik. Mereka memberikan NR kepada tikus berusia 2 tahun. Sebatian itu yang hampir kepada vitamin B3 menjadi petanda NAD+ iaitu molekul yang memainkan peranan dalam aktiviti mitokondria. Hasilnya begitu memberangsangkan dengan janaan semula otot yang lebih baik bagi tikus yang menerima NR dan ia dapat hidup lebih lama daripada yang tidak menerima NR.


Kejayaan dalam perubatan regeneratif

Satu kajian yang selari juga menunjukkan kesan yang setanding pada sel stem di otak dan kulit.

"Kerja ini boleh memberi implikasi penting dalam bidang perubatan regeneratif. Kita tidak memperkenalkan sebatian asing ke dalam tubuh tetapi mengembalikan keupayaan tubuh untuk membaiki dirinya dengan produk yang boleh diambil bersama makanan." kata Auwerx.

Kerja ini juga ada potensi bagi merawat penyakit yang boleh memberi kesan dan membawa maut kepada golongan muda seperti distrofi otot atau myopathy


Sehingga kini belum ada lagi kesan negatif ditemui dengan penggunaan NR walaupun pada dos tinggi. Namun peringatan masih perlu bila melibatkan eliksir yang muda. Ia akan meningkatkan juga fungsi semua sel termasuk yang patologi. Kajian lanjut masih diperlukan untuk pemahaman yang lebih baik.  




Tingkatkan fungsi sel anda:  SINI  |


No comments: