MY FOLLOWERS

Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Thursday, August 30, 2018

Jalan-jalan Cari Makan - Cara Kreatif Sediakan Lemang

Kredit kepada: FB ‎Nor Shafidah Mohamad‎ , Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Gambar ihsan: FB ‎Nor Shafidah Mohamad‎ , Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)


Assalamualaikum......


Ingin tahu cara masak lemang yang kreatif? 










Resepi lemang Alu yang ramai orang tertanya-tanya.. Resipinya sama sahaja seperti lemang buluh, begitu juga rasanya..

Bahan-bahan:

  • Beras pulut - 3 kg
  • Santan - 2 kg
  • Garam secukup rasa
  • Tin minuman
  • Daun pisang
  • Air secukupnya



Caranya:

  1. Basuh beras pulut dan rendam dengan santan dan air. Tambah garam secukup rasa. 
  2. Biarkan pulut terendam selama 1/2 jam
  3. Bersihkan daun pisang dan masukkannya dalam tin minuman yang telah dibersihkan.
  4. Seterusnya masukkan pulut ke dalam tin hingga ke paras yang dikehendaki, sambil masukkan santan sekali sama paras dengan pulut tadi. Jangan terlebih, nanti jadi lembik.
  5. Kemudian, bakar dalam ketuhar selama 1 1/2 jam dengan suhu 180 Celcius (api atas dan bawah)


1 kg pulut = 9 tin

Potong tin untuk keluarkan lemang.


Saturday, August 4, 2018

Jalan-jalan Cari Makan - Kuih Kuba Guling

Kredit kepada: Sanrie Sport Ventures
Gambar ihsan: Sanrie Sport Ventures, Sinar Harian Edisi Terengganu


Assalamualaikum.....


Sudah lama tidak menulis dalam segmen ini. 




Bulan Ramadan 2018 kali ini rasanya tidak sama dengan tahun-tahun yang lepas. Kali ini penulis berpeluang bergiat aktif dalam bisnes berkaitan makanan. Bukanlah bisnes yang utama sebab ini hanyalah projek sampingan atau side project penulis bersama rakan bisnes, khas untuk bulan Ramadan. Kali ini kami mengambil peluang untuk perkenalkan satu kuih tradisi lama tang berasal dari Thailand. Di Terengganu, kuih ini dikenali sebagai kuba guling. 

Berkenaan bahan-bahan untuk membuatnya ada disiarkan dalam beberapa entri di laman Facebook. Pengunjung boleh cari sendiri dengan menaipkan 'kuba guling' di enjin carian Facebook.






Pun begitu, dimaklumkan, kuih kuba guling versi yang dijual di gerai kami tidak menggunakan arang tempurung untuk memberikannya warna hitam seperti yang dijual di tempat lain. Sebagai alternatif, kami gunakan bahan lain yang lebih baik sebagai pewarnanya dan ia selamat untuk dimakan. 

Seperkara lagi, secara umumnya, kemungkinan kuantiti bahan dalam ramuan yang disiarkan di media sosial atau mana-mana buku resipi juga tidak tepat. Yang menjadikan satu-satu masakan itu sedap di mulut pelanggan ialah kemahiran si tukang masak itu sendiri, secekap mana dia memasak dan menjadikan masakan itu kena dengan citarasa pelanggan. 


Cerita asalnya, kami sebenarnya menjual air buah di gerai di bazar Ramadhan kali ini. Walaubagaimanapun, sambutannya sangat rendah dan seperti tenggelam dalam persaingan dengan gerai-gerai lain yang turut menjual air. Untuk 10 hari pertama, kutipan juga tidak menjadi seperti yang diharapkan. 

Maka, kami memilih untuk menutup sekejap perniagaan kami bagi memberikan peluang untuk kami mencari solusi yang terbaik bagi menghidupkan bisnes di gerai ini. Hasil perbincangan dan hasil maklumat yang beredar di media sosial, kami mendapati satu kuih yang menjadi viral ketika itu iaitu kuba guling. 

Tiada jalan lain, jadi kami pilih untuk mengambil peluang yang tersedia ini untuk mengusahakan dan menjual kuih ini. Hasilnya, sambutan sangatlah menggalakkan. Ada harinya, walaupun stok dibawa agak banyak, jualan menjadi sangat laris hingga ia habis dalam masa 20 minit, atau paling lama sejam. Oleh sebab itu juga setiap kali bisnes dibuka, kami turut memesan kepada pelanggan yang datang lewat supaya datang awal disebabkan sambutannya. 






Yang menarik, sambutan yang diberikan juga telah menarik perhatian pihak Sinar Harian Edisi Terengganu untuk memaparkan berita kami di akhbarnya. 

Pengunjung boleh KLIK SINI untuk lihat artikel beritanya. 



Thursday, December 14, 2017

Sekadar Luahan - Bestnya Daging Arnab Goreng

Kredit kepada: Archer's Crew, Zootoopia
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....


Asalnya pagi tadi, saya dengan rakan bisnes dijemput untuk hadir pada sebuah program bagi mempromosikan memanah tradisional yang kami usahakan. Oleh sebab terfikir untuk luaskan peluang menjana kewangan, kami putuskan untuk tutup segmen kami selepas Zohor dan selepas itu ke tempat lain untuk buka gerai. Tambahan sebab petang ini cuaca cerah dan sesuai untuk aktiviti luar. Sama seperti hari lain ketika cuti hujung tahun, lokasi yang kami biasa buka gerai akan dikunjungi ramai orang dari serata tempat. Ada juga yang datang dari jauh. Adakalanya sampai sesak.

Selepas tutup gerai, kami singgah ke sebuah studio haiwan peliharaan. Puas melihat-lihat semua haiwan dalam studio, kami layan pula arnab yang di luar. Niatnya untuk singgah sekejap sebab kawan itu kali pertama ke studionya, tetapi sebab disuruh tunggu, maka kami pun tunggu sahaja. Kami ikut sahaja kata tuan empunya tempat.

Dua ekor arnab kemudian diambil dan disembelih. Oleh sebab hari ini masing-masing belum makan apa-apa dari pagi, jadi kami pun terimalah pelawaan tuan rumah untuk dijamu dengan daging arnab goreng. Sedap ke? Memang sedap walaupun dagingnya sedikit liat.



Perancangan untuk buka gerai petang ini? Ditangguhkan ke petang esok.

Rancangnya lain, datang pula rezeki lain.

Saturday, July 8, 2017

Jalan-jalan Cari Makan - Ayam Kukus Chinese

Kredit kepada: FB Resipi Sedap
Gambar ihsan: FB Resipi Sedap



Assalamualaikum.....





Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong 20-24 (macam buat nasi ayam)
2" halia dihiris nipis
5 batang daun bawang dipotong panjang
Garam secukup rasa

 

Bahan untuk perap:

3 sdt kicap cair
2 sdt minyak bijan
1 sdt lada serbuk hitam
Garam secukup rasa.
Gaul semua bahan dan lumur pada ayam perap lebih kurang 1 jam

 


CARA PENYEDIAAN:
  1. Panaskan kukusan pada api besar 
  2. Susun ayam atas pinggan kukusan 
  3. Taburkan halia dan daun bawang 
  4. Kukus sehingga empuk.







Sunday, June 4, 2017

Kesihatan - Makanan Yang Membantu Menurunkan Tahap Kolesterol Dalam Darah

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Bila sebut tentang mendapatkan info berkenaan menguruskan kolesterol darah tinggi, timbul kekeliruan.


Daripada kajian terbaru yang dibuat selepas membuat beberapa ujian tentang kesan sesuatu makanan yang khusus terhadap kolesterol dalam darah, ada makanan yang boleh membantu menurunkan tahap kolesterol dalam darah. Antaranya kekacang, legum, sterol tumbuhan dan minyak zaitun.

Makanan ringan atau jajan pula meningkatkan kolesterol terutama LDL.


Tahukah anda berapa tahap kolesterol dalam darah masing-masing? Kalau belum tahu, kenalah pergi berjumpa dengan pegawai kesihatan atau doktor berdekatan anda.


1. Makan kekacang




Kekacang termasuk jenis yang dipanggang, kacang ginjal, kacang pis, lentil, boleh menurunkan tahap kolesterol dalam darah.

Keputusan selepas ujian ke atas 26 orang secara rawak, melibatkan 1037 orang yang ada paras kolesterol yang normal atau tinggi dicampur sekali. Data menunjukkan kolesterol LDL menurun sebanyak 5% sebagai tindakbalas memakan 130g kekacang setiap hari. Ini bersamaan makan setin atau 1/3 daripada setin 400g tin kacang bakar.

Kekacang yang dimasak tinggi dengan fiber dan protein sayur. Ia merendahkan kolesterol darah dalam banyak cara. Fiber boleh larut dan tidak larut membantu merendahkan penyerapan kolesterol dalam perut dan turut meningkatkan jumlah bakteria baik dalam usus.

Legum dan kekacang dimasak mengambil masa lebih lama untuk dihadam berbanding makanan diproses.



2. Makan sterol tumbuhan, marjerin dan sapuan keju
 

Sterol tumbuhan atau phytosterol adalah sama secara kimia dengan kolesterol darah dan ditemui dalam sebahagian makanan tumbuhan termasuk kacang. Sterol tumbuhan adalah daripada sumber tumbhuan dan kemudian ditambah dengan marjerin, sapuan atau susu.

Sterol tumbuhan juga bersaing untuk diserap dengan sumber lain seperti udang, yang dibuat dalam limpa.

Satu kajian semula merumuskan 2g sterol tumbuhan sehari membawa kepada penurunan 8-10% kandungan kolesterol LDL.

Jenis lemak yang bercampur dengan sterol tumbuhan itu penting. Satu analisis meta ke atas 37 ujian terkawal secara rawak melibatkan sekitar 2100 orang, mendapati ada penurunan lebih besar bagi jumlah kolesterol dan LDL bila sterol tumbuhan dicampur dengan marjerin atau sapuan berasal daripada minyak kanola atau biji sesawi, berbanding minyak soya atau bunga matahari.



3. Makan kacang




Kacang tinggi dengan protein dan lemak, tetapi berbeza dalam jumlah lemak poli tak tepu, lemak mono tak tepu dan lemak tepu. Kajian semula ke atas 25 ujian yang makan lebih kurang 67g kacang sehari atau setengah cawan, membawa kepada penurunan 5.1% dalam jumlah kolesterol dan 7.4% LDL.


Lagi banyak makan kacang, lebih banyak penurunan kolesterol. Orang yang tinggi kandungan LDL atau mereka yang tidak lebih berat akan alami banyak peningkatan. Peringatannya setengah cawan kacang mempunyai 400 kalori atau 1600kJ. Jadi kenalah makan banyak kacang  berbanding makanan lain. Setengah cawakn kacang sehari boleh kurangkan 5% kolesterol.



4. Gunakan minyak zaitun



Minyak zaitun ialah komponen utama diet Mediterranean dan sumber predominen bagi lemak. Ia mengandungi kandungan lemak tak tepu mono yang tinggi.

Lebih daripada 80% kandungan kompaunnya yang preholik akan hilang ketika proses menapis, jadi minyak zaitun dara adalah pilihan yang lebih baik.  

Satu kajian kepada 8 ujian melibatkan 350 orang yang mengambil minyak zaitun preholik yang tinggi mendapati kesan sederhana dalam menurunkan tekanan darah dan kesan kecil menurunkan LDL teroksida dengan tiada kesan signifikan pada keseluruhan atau kolesterol LDL.

Sebaliknya, ujian lain dipilih daripada 7400 lelaki dan wanita dengan risiko tinggi sakit jantung untuk ikut 3 diet iaitu diet Mediterranean ditambah minyak zaitun dara atau diet Mediterranean ditambah kacang, atau diet terkawal. Selepas 4.8 tahun, mereka yang ambil minyak zaitun dan kacang menghadapi 30% kurang risiko sakit jantung, strok atau kematian disebabkan sakit jantung berbanding yang dikawal.


Dalam satu ujian, 47 lelaki dan wanita dipilih secara rawak untuk menggantikan 4.5% daripada pengambilan biasa minyak zaitun atau mentega selama 5 minggu dan tukar pula dengan kumpulan lain untuk 5 minggu lagi. Pengkaji mendapati jumlah kolesterol dan paras LDL tinggi secara signifikan selepas mengambil mentega berbanding minyak zaitun.

Penurunan lebih banyak pada mereka yang tinggi kolesterol ketika bermula.


5. Elakkan makan jajan

 


Satu perubahan besar yang manusia boleh buat ialah dengan meninggalkan makan makanan yang tidak sihat atau jajan dan menukarkannya dengan makan lebih makanan yang berkhasiat. Manfaatnya mereka menurunkan paras kolesterol, kurangkan berat badan dan turunkan tekanan darah.



Sumber rendah kolesterol:   SINI   |  



Monday, April 17, 2017

Petua - Buatkan Sayur Kekal Segar

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....





Bagaimana untuk buatkan sayur yang anda simpan kekal segar?

Caranya:
Satukan semua sayur dalam satu bekas yang besar dan rendam bersama air tambah sedikit garam selama 10 minit.
Toskan selama beberapa minit.
Rendamkan balik sayur dalam air sahaja tanpa garam selama 5 minit sahaja.
Toskan lagi sampai air menghilang dari sayur. Kemudian, masukkan sayur ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais.




Pemilik resepi : Pn Nurul Aima
Group : GeNg SuKa mAsaK & MaKAn SEdAp (SuKmA).




Artikel - Van Damme Pun Jadikan Rasulullah Sebagai Contoh

Kredit kepada: Kaki Share
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Jean-Claude Van Damme merupakan pelakon berasal dari Belgia yang terkenal dengan aksi-aksi stunt yang ngeri lagi bahaya. Dengan tubuhnya yang kelihatan sado dan sihat di usia 55 tahun, Van Damme ternyata memiliki cara yang tak diduga dalam menjaga kesihatan tubuhnya. Van Damme mengaku mencotohi amalan hidup dari Nabi Muhammad s.a.w..

Dalam sebuah sesi wawancara, Van Damme ditanya mengenai pola pemakanan yang sihat. Van Damme kemudian menjawab bahawa dia mengikuti pola pemakanan seperti yang dicontohkan Nabi Muhammad s.a.w. dalam ajaran Islam. Beliau berkata, "Bacalah.. Buku-buku dari Muslim, banyak perkara-perkara baik yang boleh dicontohi di situ. Nabi Muhammad sangat cerdas," ungkap Van Damme di awal penjelasannya.

Van Damme menilai Nabi Muhammad s.a.w. sebagai manusia yang cerdas karana Nabi Muhammad dapat mengetahui apa yang baik dan tidak baik bagi tubuh seorang manusia di masa depan. Seperti yang telah diketahui, Rasulullah telah memberikan contoh gaya hidup yang menghindari makanan atau minuman yang memiliki kandungan tidak baik bagi kesihatan tubuh. Salah satu yang contoh ialah alkohol.

“Beliau (Nabi Muhammad) mengetahui apa yang baik untuk masa depan, mengenai tubuh,” tambah Van Damme.
Bukan hanya mengikuti gaya hidup ala Rasulullah, Van Damme juga menyeru agar peminat-peminatnya untuk membuktikan sendiri manfaat baik daripada meniru gaya hidup Rasulullah. Bagi Van Damme, semua yang diperlukan untuk menjaga kesegaran tubuh badan telah ada dalam ajaran mengenai pola pemakanan sihat yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad.

“Percayalah pada saya, kamu mendapatkan semua yang kamu perlukan di situ,” nasihat Van Damme.



Sumber rujukan:  SINI  | 


Thursday, March 2, 2017

Kesihatan - 7 Sumber Makanan Bagi Melembapkan Kulit Dari Dalam

Kredit kepada: Bustle.com
Gambar ihsan: Google Images
 


Assalamualaikum.....



1. Ikan

Ikan berlemak seperti salmon, tuna, hering, dan trout ada kandungan asid omega-3 yang tinggi yang membantu mendapatkan kelembapan dan kekuatan kulit. Simptom kekurangan omega-3 antaranya kulit kering, jadi banyakkan makan ikan dan makanan kaya omega-3 seperti biji flaks supaya kulit kekal terhidrat.


2. Kekacang

Kekacang kaya dengan vitamin E yang mampu menjaga kulit. Vitamin E melindungi kulit daripada kerosakan sel oksidatif. Ia juga boleh melindungi kulit daripada sinaran UV. 




5. Tiram

Salah satu makanan yang mengandungi zink yang tinggi yang membantu membaiki kulit dengan membentuk kolagen, selain kacang, daging, dan germa gandum.




3. Avokado

Avokado kaya dengan vitamin E, lemak mono tidak tepu dan antioksidan lain. Buah ini bukan sahaja mengekalkan kelembapan kulit, ia juga mengelakkan kulit daripada penuaan dan mengurangkan inflamasi.
 


4. Keledek

Sayur ini kaya dengan beta karotin juga ada vitamin A yang membantu mengelakkan kulit kering. Antioksidan ini membantu membaiki tisu yang rosak dan menghalang penuaan pramatang.




6. Minyak zaitun

Minyak zaitun mengandungi vitamin E, lemak mono tak tepu dan asid omega-3, menjadikannya sumber nutrisi yang baik untuk kulit. Ia membantu melindungi kulit daripada sinaran UV dan masalah kulit seperti kekeringan dan ekzema.



7. Timun

Ia mengandungi silika  dan membantu meningkatkan kelembapan dan keanjalan kulit. Timun juga mengandungi vitamin A dan C yang membantu menenangkan kulit dan melawan kerosakan.



Sumber kulit lembap dan sihat:  SINI  |




Thursday, December 15, 2016

Kesihatan - Jus Lemon dan Kunyit

Kredit kepada: Huffington Post
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Lemon ada banyak khasiatnya. Antaranya ia membekalkan sejumlah zat yang diperlukan tubuh seperti kalsium, zat besi, magnesium, potasium, enzim, antioksidan, serta fiber. Ia boleh membantu sistem pencernaan, meningkatkan sistem imun, menghidrat dan meanmbah tenaga. Untuk menjadikannya lebih baik, boleh ditambahkan sedikit kunyit. Ia akan menjadikan minuman lemon ini bertenaga dan boleh membersih dalaman anda.





Apa ia boleh buat untuk tubuh anda?

Merangsang sifat anti-keradangan dalam air lemon. Curcumin, merupakan kompaun aktif dalam kunyit ialah satu kompaun yang kuat yang menyamai keberkesanan banyak jenis ubat anti-keradangan.


Meningkatkan kuasa otak. Lemon adalah sumber terbaik bagi potasium dan magnesium perangsang otak sementara kunyit didapati boleh mengurangkan risiko gangguan kognitif seperti dementia dan Alzheimer.  


Aktiviti antioksidan. Lemon dan kunyit mempunyai aktiviti antioksidan yang kuat bagi memastikan kulit anda dalam keadaan baik dan menjauhkan anda daripada tumor. 

Memperbaiki pencernaan. Mengambil kunyit dalam minuman dan makanan setiap hari mampu merangsang pundi hempedu, mengurangkan kembung dan angin, mencegah inflamasi dalam saluran usus sementara jus lemon membantu mengeluarkan dan membuang toksin daripada sistem pencernaan.


Bagus untuk jantung. Curcumin mengurangkan kolesterol LDL, menghalang pembekuan darah dan membuang plak daripada arteri.


Membantu mengurangkan berat badan. Lemon membantu membakar lebih banyak kalori daripada makanan yang dimakan.

Ciri pembersih. Lemon dan kunyit merangsang limpa untuk menghasilkan lebih enzim. Ia membolehkan limpa bekerja dengan lebih efektif bagi membuang toksin dan bahan buangan lain.


Resipi air lemon berkunyit.

1 gelas air suam
1 sudu teh serbuk kunyit atau akar kunyit yang dikisar
Jus lemon
Secubit lada hitam
Madu atau sirap mapel sebagai perasa (pilihan)
Secubit kulit kayu manis


Campurkan jus lemon, lada hitam, kunyit, madu, kulit kayu manis dalam segelas air suam. Minum pada awal pagi dengan perut kosong untuk mendapat kesan terbaik. Kacau sedikit ketika minum untuk elakkan kunyit tenggelam ke dasar gelas.


Minum biar sihat:  SINI  |    


Kesihatan - Tubuh Anda Berasid atau Beralkali??

Kredit kepada: Simple Capacity
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Dr. Otto H Warburg, juga pemenang hadiah Nobel yang menemui punca sebenar kanser, mendapati bahawa punca asas terjadinya kanser ialah kerana kekurangan oksigen. Ini membawa kepada keadaan berasid dalam tubuh. Dr. Warburg juga mendapati sel-sel kanser bersifat anerobik iaitu tidak menggunakan oksigen dan ia tidak mampu hidup dalam keadaan adanya paras oksigen yang tinggi dalam tubuh, sebagaimana didapati dalam keadaan beralkali.


Semua sel normal ada keperluan penuh untuk oksigen tetapi sel-sel kanser boleh hidup tanpa oksigen dan ia adalah tanpa pengecualian. Kurangkan paras oksigen dalam selnya sehingga 35% selama 48 jam dan ia akan berubah menjadi sel kanser.


Satu diet yang penting ialah dengan mengekalkan paras pH yang normal dalam tubuh. PH tubuh akan seimbang apabila paras alkali dan asid dalam semua sel tubuh berada dalam keadaan seimbang. Tubuh mesti seimbangkan paras pH dalam darah dengan sedikit beralkali pada paras 7.365 untuk terus hidup. pH tubuh yang tidak seimbang akan mengganggu aktiviti sel dan fungsinya. pH tubuh yang terlalu berasid akan membawa kepada masalah kesihatan yang serius seperti kanser, penyakit kardiovaskular, diabetes, osteoporosis dan pedih hulu hati.


Jika tubuh dibiarkan berada dalam keadaan berasid terlalu lama, ia akan mempercepatkan proses penuaan. Kebanyakan masalah kesihatan berpunca daripada keadaan tubuh berasid. Ini kerana parasit, bakteria, virus, berkembang dalam persekitaran berasid. Persekitaran beralkali akan meneutralkan bakteria dan patogen-patogen yang lain.  


Oleh itu, mengekalkan keseimbangan pH tubuh menjadi satu daripada perkara penting bagi mengoptimumkan kesihatan tubuh.


Ubat keasidan tubuh

Bahan-bahan: 1/3 sudu teh soda penaik, 2 sudu teh jus lemon segar, atau cuka epal cider.

Caranya:
Campurkan semua bahan. Kombinasi berasid akan menyebabkannya berdesis. Campurkan lagi serbuk penaik hingga hilang semua bunyi berdesis, kemudian isi gelas dengan 8 auns air. Minum semua sekali. Campuran ini akan meneutralkan pH dan mencipta persekitaran beralkali dalam tubuh. Ia membantu mengurangkan keasidan dan masalah asid perut.



Sumber perut penuh asid:   SINI   |  



Friday, November 18, 2016

Kesihatan - Diet Untuk Kempiskan Perut

Kredit kepada: tenmuchasaludblog.com
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Tidak kira lelaki atau perempuan, bahagian lemak yang paling susah untuk dibuang ialah di bahagian perut. Ini yang orang selalu gelarkan sebagai boroi. Perut yang menggeleber dan menonjol ke depan membuatkan penampilan diri kelihatan tidak elok. Semua yang menghadapi masalah ini pasti akan cari pelbagai cara untuk membuangnya.

Betul ke semua itu hanya lemak sahaja? Ada satu artikel menyatakan, anda bukannya gemuk tetapi dari sudut dalaman, anda sebenarnya ada banyak bahan buangan yang tersangkut dalam badan, mungkin dalam perut atau usus (patutlah bila selesai senaman push-up, akan terasa mahu membuang! Hahahahaha...) 


Satu kaedah yang dicadangkan ialah air Sassy. Diambil bersempena nama pakarnya, Cynthia Sass. Kaedahnya mudah sahaja. Resipinya ialah menukarkan air biasa kepada air yang boleh membakar lemak. Ia juga memperbaiki dan menguatkan kesihatan secara menyeluruh. Air ini akan membantu memperbaiki tahap pencernaan dan keseimbangan, dan mempunyai hampir 0 kalori.


Ada juga satu kaedah dipanggil 'Diet Perut Kempis' dicipta oleh Cynthia Sass dan berdasarkan pengambilan air bagi mengurangkan berat badan. Walaupun anda minum sehingga 8 gelas air sehari, anda masih perlukan pertimbangkan tentang pengekalan air dalam tubuh dan keseimbangan elektrolit.



Bahan-bahan diperlukan:

2 liter air
1 sudu teh halia segar yang diparut
1 biji lemon saiz sederhana, dipotong nipis bentuk bulat
1 biji timun, dibuang kulit dan dipotong nipis bentuk bulat
12 daun pudina kecil


Caranya:
Campurkan semua bahan dalam satu jag atau bekas besar dan simpan semalaman dalam peti sejuk. Minum 4-5 gelas sehari.


Untuk kesan lebih cepat dan lebih baik, minum pada waktu pagi sebelum sarapan. Anda akan rasa seperti hilang 1 paun berat selepas 2 jam.

Pakar nutrisi menyatakan pengambilan air ini secara biasa, disertakan dengan aktiviti fizikal, boleh mencairkan lemak pada perut dan membantu mengurangkan gelembung pada perut.


Walaubagaimanapun, kaedah ini tidak disyorkan kepada mereka yang hamil, masih menyusu bayi, atau kepada mereka yang mempunyai masalah perut atau ada alahan kepada mana-mana bahan dalam senarai di atas.



Sumber yang suka perut kempis:  SINI  |     


Friday, October 14, 2016

Kesihatan - Diet Daging dan Sayur Untuk Panjangkan Umur

Kredit kepada: ScienceDaily.com
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Satu kajian mendapati ada peningkatan jangka hayat sebanyak 3.6 tahun bagi mereka yang mengamalkan diet sayuran atau menjadi vegetarian selama melebihi 17 tahun dan mortaliti mereka lebih panjang daripada mereka yang makan daging.


Satu tinjauan berskala besar melibatkan lebih 1.5 juta orang mendapati mortaliti lebih tinggi bagi mereka yang makan daging, terutamanya daging yang diproses pada hari-hari biasa. Tinjauan ini dikendalikan oleh ahli fizik dari Klinik Mayo, Arizona. Tinjauan ini dengan tajuk "Is Meat Killing Us?" diterbitkan dalam Journal of the American Osteopathic Association.   





Pihak penulis juga menganalisa enam kajian yang menjelaskan kesan-kesan diet sayuran dan daging kepada mortaliti dengan matlamat memberikan panduan berdasarkan bukti kepada ahli fizik bahawa mereka sepatutnya tidak menggalakkan pesakit memakan daging. Cadangan mereka ialah pakar menasihatkan pesakit untuk menghadkan makan produk berasaskan haiwan dan makan lebih banyak sayuran berbanding daging.


"Data ini menunjukkan bahawa diet anda berpotensi memberi kesan buruk atau baik. Bukti berasaskan klinikal ini boleh membantu ahli fizik bagi memberi kaunseling kepada pesakit tentang peranan penting diet dalam hidup mereka." kata Brookshield Laurent, DO, profesor pembantu di Institute of Technology College of Osteopathic Medicine di New York.


Sementara itu, penemuan di Eropah dan Amerika agak berbeza, dengan data menunjukkan peningkatan tinggi dalam mortaliti bagi pengambilan daging pada jumlah paling kecil. Pada 2004, analisis memeriksa kaitan dengan mortaliti daripada penyakit kardiovaskular dan sakit jantung. Dalam kajian itu, lebih 1.5 juta orang terlibat, dan pengkaji mendapati hanya daging diproses signifikan dengan peningkatan risiko bagi mortaliti pelbagai punca. Pada 2003, tinjauan ke atas lebih 500,000 orang peserta mendapati pengurangan risiko antara 25% hingga hampir 50% bagi mortaliti pelbagai punca bagi pengambilan daging yang sedikit dibandingkan dengan pengambilan daging yang banyak. 



Mari makan lagi daging dan sayur:  SINI  |    



Tuesday, August 9, 2016

Jalan-jalan Cari Makan - Makan Malam Tepi Pantai di Uptown Kontena Dapo Pata, Tok Jembal, Kuala Terengganu

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....



Sebelum ini ada seorang rakan memaparkan entri di Facebook memperkenalkan tempat makan dengan suasana menarik tepi pantai iaitu Dapo Pata di Kampung Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu. Nama Dapo Pata itu sendiri datangnya dari sebutan loghat Terengganu iaitu dapur (dapo) dan pantai (pata). 


Kini ia menjadi satu lagi destinasi baru kepada pelanggan yang mahu menikmati makan malam dalam suasana indah dan tenang tepi pantai. Berbeza dengan destinasi di tempat lain apabila bangunan tempat makannya dibina secara kreatif dan berkonsepkan hipster dengan menggunakan susunan beberapa kontena. Pengunjung boleh menikmati hidangan di tempat duduk yang disediakan secara terbuka sama ada di bawah atau di tingkat atas atau boleh sahaja memilih untuk makan di mana-mana warungnya yang menghadap ke pantai.














Secara mudahnya, untuk sampai ke destinasi ini, pengunjung perlu datang dari arah simpang sebelah pintu masuk Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Dari situ boleh nampak deretan lot kedai dan yang pertama adalah sebuah klinik. Dari situ, teruskan perjalanan hingga melepasi jambatan kecil dan kemudian, jalan akan berpecah kepada dua arah. Di situ ada papan tanda kuning menandakan selekoh tajam. Dari situ, masuk simpang ke kanan dan teruskan hingga melepasi kawasan perumahan. Di situ, jangan tersilap kerana ada satu restoran seumpamanya dengan nama CVU iPata. Di restoran itu ada deretan pondok dengan binaan atap nipah yang menempatkan meja-meja makan untuk pengunjungnya. Kalau melalui restoran ini, teruskan perjalanan hingga sampai ke satu simpang jalan masuk ke kiri yang kedua berdekatan rumah orang kampung dan ada papan tanda biru di situ.




Masuk ke simpang itu hingga nampak binaan dengan susunan kontena. Kalau sudah nampak kontena, maka anda telah sampai ke Dapo Pata. Maaf sebab di situ tiada papan tanda tunjuk lokasi. Kalau pengunjung datang ke sini pada sebelah malam, maka dari jauh akan nampak deretan lampu bergantungan berwarna kuning yang sangat banyak. Itu lebih memudahkan pencarian.

Buat masa ini, sekitar 10 kontena sudah dibuka. Menu dihidangkan antaranya hidangan makanan laut seperti set ikan tenggiri, set pari, takoyaki, kentang goreng, wafel, lempeng, popia goreng, soto, nasi air, kebab, nasi goreng, mihun sup, laksa. Harga dinyatakan juga tidak terlalu mahal dan lagi seronok kalau datang ke sini bersama keluarga atau berkumpulan.






Menu yang biasa-biasa pun ada...





Datang cari makan, dapat tambah makan percuma!

Sewaktu saya pertama kali berkunjung ke tempat makan ini pada 4.8.2016, semua orang masih dalam mood raya dan pihak Dapo Pata sendiri sedang mengadakan majlis jamuan raya pada malam itu. Maka saya pun dapatlah sedikit kesempatan untuk makan percuma.. hahaha.. Antara menu raya yang disediakan ialah kambing bakar, sate, agar-agar, koktel, cendol, lemang, rendang, laksa, nasi himpit dan mihun goreng. Turut diadakan bagi memeriahkan jamuan ini ialah persembahan buskers daripada kumpulan tempatan.



Kambing bakar






Dapo Pata ini dibuka setiap hari kepada pengunjung dari jam 5 petang hingga 12 malam. 


Baca juga pendapat pengunjung:   SINI   |   SINI   |   SINI   |    SINI   |    SINI   |    



Wednesday, August 3, 2016

Artikel - Jamuan Raya Masjid Nur Bakti 30.7.2016

Kredit kepada: Masjid Nur Bakti K.Tganu
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....



Ucapan daripada pihak AJK masjid sebelum majlis












Sekitar majlis Jamuan Hari Raya yang diadakan di perkarangan masjid ini pada 30.7.2016 jam 9 malam. Majlis diadakan selepas solat Isyak dengan dihadiri para tetamu dari kawasan perumahan sekitar masjid. Antara menu yang dihidangkan ialah kambing bakar, sate, masi dagang, laksa Terengganu, kue teow goreng, lemang, serta beberapa kuih-muih.