Kredit kepada: tenmuchasaludblog.com
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Tidak
kira lelaki atau perempuan, bahagian lemak yang paling susah untuk
dibuang ialah di bahagian perut. Ini yang orang selalu gelarkan sebagai
boroi. Perut yang menggeleber dan menonjol ke depan membuatkan
penampilan diri kelihatan tidak elok. Semua yang menghadapi masalah ini
pasti akan cari pelbagai cara untuk membuangnya.
Betul
ke semua itu hanya lemak sahaja? Ada satu artikel menyatakan, anda
bukannya gemuk tetapi dari sudut dalaman, anda sebenarnya ada banyak
bahan buangan yang tersangkut dalam badan, mungkin dalam perut atau usus
(patutlah bila selesai senaman push-up, akan terasa mahu membuang!
Hahahahaha...)
Satu kaedah yang
dicadangkan ialah air Sassy. Diambil bersempena nama pakarnya, Cynthia
Sass. Kaedahnya mudah sahaja. Resipinya ialah menukarkan air biasa
kepada air yang boleh membakar lemak. Ia juga memperbaiki dan menguatkan
kesihatan secara menyeluruh. Air ini akan membantu memperbaiki tahap
pencernaan dan keseimbangan, dan mempunyai hampir 0 kalori.
Ada
juga satu kaedah dipanggil 'Diet Perut Kempis' dicipta oleh Cynthia
Sass dan berdasarkan pengambilan air bagi mengurangkan berat badan.
Walaupun anda minum sehingga 8 gelas air sehari, anda masih perlukan
pertimbangkan tentang pengekalan air dalam tubuh dan keseimbangan
elektrolit.
Bahan-bahan diperlukan:
2 liter air
1 sudu teh halia segar yang diparut
1 biji lemon saiz sederhana, dipotong nipis bentuk bulat
1 biji timun, dibuang kulit dan dipotong nipis bentuk bulat
12 daun pudina kecil
Caranya:
Campurkan semua bahan dalam satu jag atau bekas besar dan simpan semalaman dalam peti sejuk. Minum 4-5 gelas sehari.
Untuk
kesan lebih cepat dan lebih baik, minum pada waktu pagi sebelum
sarapan. Anda akan rasa seperti hilang 1 paun berat selepas 2 jam.
Pakar
nutrisi menyatakan pengambilan air ini secara biasa, disertakan dengan
aktiviti fizikal, boleh mencairkan lemak pada perut dan membantu
mengurangkan gelembung pada perut.
Walaubagaimanapun,
kaedah ini tidak disyorkan kepada mereka yang hamil, masih menyusu
bayi, atau kepada mereka yang mempunyai masalah perut atau ada alahan
kepada mana-mana bahan dalam senarai di atas.
Sumber yang suka perut kempis: SINI |
No comments:
Post a Comment