Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images Assalamualaikum.....
Nak bagi berapa ni..???
Bukan
semua perkara kita boleh cerita pada orang lain. Ada yang kena
dirahsiakan dan dibiarkan macam itu. Apa rahsia itu? Entah. Saya sendiri
tidak tahu. Mungkin terpulang kepada masing-masing. Boleh jadi atas
faktor kerjaya itu sendiri atau pengalaman peribadi. Bergantung pada
bidang apa yang diceburi.
Ada sesetengah perkara, bila
berlaku membuatkan kita jadi serik untuk terlalu dedahkan apa yang kita
tahu. Kita boleh jadi kecewa, marah, terasa hati membengkak, dan
sebagainya. Sebab mungkin orang yang berurusan dengan kita itu depannya cakap lain, belakangnya cakap lain. Depan muka buat macam biasa, di bila balik tengok semula dalam internet, habis semua disembur keluar. Dengan megah dan sombongnya ungkit beri kita itu ini dan kata kita ini tidak malu dan tidak kenang budi. Biasalah, bila jumpa manusia di dunia luar, macam-macam
jenis dan perangainya. Sedaplah bahasa bila bercakap macam-macam di dunia ini, di akhirat pula macam mana? Boleh yakinkah dia kalau dirinya lebih baik daripada kita? Kalau betul terasa diri itu tidak sombong bongkak, adakah akan diungkit itu semua?
Kalau kita pilih untuk diam, dia boleh buat apa? Mahu terus serang sampai kita jatuh? Atau mahu diam juga?
"Dalam bidang kita ni, benda-benda macam ni tak boleh dedah lebih-lebih. Boleh beritahu setakat ini sahaja."
Hmm... susah mahu katakannya. Lain orang, lain rahsianya. Lain orang, lain ceritanya. Lain perasaannya. Rambut sama hitam, hati lain pula. Yang tahu, hanya dirinya dan Allah swt.
Macam mana mahu sebutkannya?
No comments:
Post a Comment