MY FOLLOWERS

Monday, November 14, 2016

Artikel - Kajian Otak dan Tahap Kebijaksanaan Manusia

Kredit kepada: ScienceDaily.com
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Satu kajian yang dijalankan oleh pengkaji dari Kolej Perubatan UC Irvine mendapati kebijaksanaan manusia adalah berdasarkan pada jumlah jirim berwarna kelabu yang terdapat di sesetengah bahagian otak. Ia ditemui dalam struktur otak paling komprehensif.

Kajian ini juga menemui oleh sebab bahagian-bahagian yang berkait rapat dengan kebijaksanaan manusia berada di seluruh otak, maka tidak mungkin ia hanya berada di satu-satu bahagian sahaja seperti di lobus frontal.




Dr. Richard Haier, professor psikologi di Jabatan Pediatrik dan pengkaji kebijaksanaan manusia di Universiti Mexico, menggunakan mesin imbasan MRI untuk mendapatkan gambaran struktur imej otak bagi 47 orang dewasa normal yang mengambil ujian IQ yang standard. Mereka menggunakan teknik 'voxel-based morphometry' untuk mengetahui jumlah tisu kelabu yang ada dalam otak yang dikaitkan dengan markah ujian IQ peserta.


Kajian sebelum itu menunjukkan otak yang besar kurang kaitannya dengan IQ yang tinggi tetapi kajian kali ini adalah yang pertama menunjukkan jumlah jirim kelabu di bahagian spesifik dalam otak ada kaitan dengan IQ melebihi sainya. Pengkaji dari UCI dan UNM mendapati banyak bahagian otak ada kaitan dengan IQ. Pelbagai kombinasi kawasan ini mempengaruhi markah ujian IQ. Oleh itu, kemungkinnan kekuatan dan kelemahan mental seseorang bergantung kepada bahagian paling besar pada corak jirim kelabu secara individu merentasi otak seseorang.


"Ini sebab kenapa sesetengah orang pandai matematik dan kurang bagus dengan ejaan, manakala orang lain mempunyai corak keupayaan yang berbeza walaupun dengan IQ yang sama." kata Dr Haier.


Walaupun jumlah jirim kelabu ini sangat penting kepada tahap kebijaksanaan seseorang, agak mengejutkan apabila pengkaji mendapati hanya sekitar 6% daripada jirim kelabu itu berkait dengan IQ.


"Terdapat maklumat diproses secara malar dalam seluruh otak tetapi kebijaksanaan manusia ada kaitan kepada penggunaan beberapa struktur relatif secara berkesan. Lebih banyak jirim kelabu, lebih baik. Semua struktur ini yang penting kepada kebijaksanaan manusia juga membabitkan memori, tumpuan dan bahasa." katanya.    


Penemuan ini juga mencadangkan bahagian otak yang terdapat jirim kelabu yang berkait dengan IQ, menunjukkan perbezaan antara mereka yang muda dan pertengahan usia. Bagi yang muda, jirim ini kurang pada lobus frontal dan banyak pada bahagian lobus temporal. Bagi pertengahan usia, banyak pada lobus frontal dan lobus parietal.

Walaubagaimanapun pengkaji tidak menyatakan kenapa sesetengah orang ada lebih banyak jirim kelabu daripada orang lain walaupun kajian sebelum itu telah menunjukkan agihan kawasan jirim kelabu boleh diwarisi.



Sumber dengan otak yang bijak:  SINI  |




No comments: