Kredit kepada: Mother Nature Network
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Bila
sebut lubang hitam atau lohong hitam, kita biasa tahu ia berkaitan satu
fenomena di angkasa lepas. Ia juga wujud di bumi, berpusar-pusar di
dasar lautan. Saintis dari ETH Zurich dan Universiti Miami mendapati
kebanyakan perolakan besar di lautan sama keadaannya dengan lubang hitam
yang ada di angkasa lepas, secara matematik. Maknanya tiada apa yang
dapat terlepas darinya bila terperangkap.
Penemuan
ini bunyinya sangat menakutkan daripada realiti. Pengkaji sudah lama
tahu perolakan besar wujud di lautan dan ia boleh memberi impak besar
kepada iklim di bumi, tetapi perolakan ini wujud pada satu skala besar
biasanya dalam diameter sekitar 150 kilometer. Walaupun kelihatan
seperti pusaran, tetapi keadaan saiz curamnya yang besar membuatkannya
sukar dikenalpasti di manakah sempadannya oleh para saintis.
Kaedah
matematik yang baru diperkenalkan oleh pengkaji bakal memberikan sinar
baru dalam kajian lautan yang penuh misteri ini. Teknik ini akan mencari
struktur matematik yang sama di lautan yang diketahui muncul di
bahagian hujung lubang hitam.
Dengan menggunakan
pemantauan satelit, pengkaji bukan sahaja dapat mengenalpasti sempadan
bagi beberapa olakan, mereka juga dapat mengesahkan olakan itu sama
dengan lubang hitam secara matematik. Pusaran di lautan begitu padat
sehinggakan ia bertindak seperti bekas yang memerangkap air di dalamnya.
Suhu air dan garam yang ada di dalamnya boleh jadi berbeza daripada
lautan di sekelilingnya. Bila ia merentasi lautan, ia bertindak seperti
pengangkut yang membawa mikroorganisma seperti plankton atau mungkin
juga sampah sarap atau minyak.
Akibat
daripada lubang hitam ini, ia mungkin meningkatkan kepanasan dan jumlah
air masin dari Lautan Antartik ke utara. Yang bagusnya, keadaan ini
membantu memperlahankan kecairan ais di Hemisfera Selatan, yang boleh
mengurangkan kesan negatif pemanasan global. Kini pengkaji sudah boleh
mula mengkaji bagaimana pusaran lautan boleh memberi impak kepada
perubahan iklim.
Sumber kena sedut di tengah laut: SINI |
No comments:
Post a Comment