MY FOLLOWERS

Showing posts with label pelancongan. Show all posts
Showing posts with label pelancongan. Show all posts

Sunday, March 3, 2019

Artikel - Karnival Jelajah Lambaian Kaabah, Masjid Jamek Pengadang Baru 15-16.2.2019

Kredit kepada: Andalusia Travel & Tours, Sanrie Sport Ventures
Gambar ihsan: Andalusia Travel & Tours, Sanrie Sport Ventures



Karnival Jelajah Lambaian Kaabah telah diadakan di perkarangan Masjid Jamek Pengadang Baru pada 15-16.2.2019 baru-baru ini. 

Karnival ini anjuran Andalusia Travel & Tours. 

Sepanjang program karnival ini berlansung, pihak Andalusia mengadakan promosi bagi pakej Umrah bagi bulan Mac hingga Disember 2019 dengan harga deposit tempahan serendah RM50. 

Pakej pelancongan juga menawarkan peluang untuk ke banyak destinasi menarik seperti Tokyo, Turki, Korea, Beijing, Maghribi, Sepanyol, Portugal dan banyak lagi. 

Selain itu, pelbagai aktiviti turut dijalankan sepanjang dua hari karnival itu. Antaranya dibuka gerai jualan, serta aktiviti seperti sukaneka, pertandingan azan dan iqamah, pertandingan memanah, pertandingan mewarna, pertandingan hiasan dan gubahan, pemeriksaan kesihatan percuma, kursus umrah dan juga forum perdana. 


Poster karnival yang turut mewarwarkan beberapa panel jemputan 









Pertandingan memanah diadakan pada hari kedua karnival, serentak dengan beberapa pertandingan lain termasuk sukaneka.  


Bersama badut jemputan pada petang hari kedua karnival.


Karnival ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 10 malam pada hari pertama dan dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada hari kedua.


Untuk maklumat lanjut berkaitan Andalusia Travel & Tours, anda boleh KLIK SINI


Monday, April 17, 2017

Artikel - Ekspo Hartanah dan Travel Market di TTC 23-25.3.2017

Kredit kepada: owner
Gambar ihsan: owner



Assalamualaikum.....


Pada 23-25.3.2017 yang lalu, dua ekspo telah diadakan di Terengganu Trade Center (TTC) iaitu Ekspo Hartanah di Galeri A dan Travel Market Expo di Galeri B. Ekspo hartanah menyaksikan penyertaan daripada pelbagai syarikat pemaju hartanah dari Terengganu, Selangor dan lain-lain selain turut disertai institusi perbankan seperti BSN dan Bank Islam. 

Syarikat hartanah ini menawarkan rumah kos rendah dan sederhana untuk dimiliki daripada jenis teres, semi-D dan banglo setingkat, satu setengah dan dua tingkat. 


Di Galeri B diadakan Travel Market Expo yang disertai oleh pelbagai agensi pelancongan dari negeri-negeri seluruh negara. Ekspo ini bagi memperkenalkan syarikat yang menyediakan perkhidmatan untuk haji, umrah dan melancong selain menjual produk lain. Antara yang menyertai ialah Sani Express, Coway, Celcom, Az-Zahabi Travel Sdn Bhd, Faizin International Travel and Tours, Al-Quds Travel Sdn Bhd, Tabung Haji Travel, Skillmark Development Sdn Bhd, dan lain-lain lagi.


Selain itu, di galeri B juga diadakan kuliah bersama ustaz jemputan dan selebriti jemputan, Ayie Lantana. Berdekatan pentas utama dibuka booth memanah dikendalikan oleh kelab Rimayah Sunnah Terengganu (RST). 

















Sambutan...

Pada tarikh yang sama turut diadakan karnival LeFestTour di Stadium Negeri Kuala Terengganu. Sambutan karnival di sana sangat meriah kerana turut dihadiri beberapa artis seperti Didie Alias, Jue Aziz, Aiman Tino, dan Datin Aliah. Turut diadakan di situ ialah persembahan karaoke oleh warga tempatan. Suasana jalan agak sesak sehingga pengunjung terpaksa memarkir kenderaan di luar stadium. 

Booth jualan di dalam stadium penuh dan disertai pengusaha butik-butik kecantikan, produk kesihatan dan pakaian. 


Kesan daripada karnival jualan ini menyebabkan sambutan di ekspo di TTC menjadi hambar. Rentetan itu timbul beberapa aduan daripada pengusaha yang menyertai ekspo di TTC ini yang menyatakan sudahlah datang dari jauh untuk mempromosikan produk yang mereka ada, disertakan dengan penat dan lelah namun mereka tidak berpuas hati dan agak kecewa disebabkan sambutan tidak seperti yang mereka jangkakan.



Wednesday, February 3, 2016

Artikel - Terbang Seorang Diri

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....



Biasa naik teksi seorang? Biasanya naik bas seorang diri? Hahaha... Ini ada kisah seorang penumpang pesawat Philippines Airlines yang menarik.

Penumpang ini berpeluang menaiki pesawat seorang diri dari Manila ke Boracay. Selain dia, hanya dua orang kru penerbangan dan dua juruterbang.

Alex Simon, 28, seorang blogger Austria berkata itu pertama kali dia mendapat pengalaman sebegitu apabila dimaklumkan pesawat dinaikinya akan berlepas dalam masa 30 minit bukannya 2 jam kerana dia satu-satunya penumpang ketika itu. Dia pada awalnya terkejut dan tidak percaya.

Disebabkan hanya dia seorang, maka dia meminta untuk duduk di tepi tingkap dan tiada halangan daripada kru penerbangan.

Bercakap tentang pengalamannya, Simon berkata ia merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila dapat terbang merentasi antara pulau paling cantik di dunia, tetapi yang lebih menarik kerana dapat melaluinya berseorangan seperti superstar.  Simon dalam perjalanan ke Boracay yang terletak 315km dari Manila dengan pantainya yang berpasir putih.

Dalam industri penerbangan, perkara ini bukanlah pelik kerana pada 2015, seorang penumpang warga British, Nigel Short, menaiki pesawat Air Zimbabwe dari Johannesburg ke Victoria Falls. Pesawat Boeing 737 itu mampu membawa sehingga 100 orang penumpang pada satu masa.  
 


Sumber rujukan:  SINI  |   





Sunday, December 20, 2015

Seni dan Kreativiti - Rakaman Foto Dari Atas Menggunakan Dron

Kredit kepada: Yahoo Travel Inspirations, Dronestagram
Gambar ihsan: Yahoo Travel Inspirations
, Dronestagram


Assalamualaikum.....


Sejak penciptaan dron, bukan sekadar untuk tujuan peperangan dan pengintipan, sebenarnya ia banyak lagi kegunaannya dalam aspek kehidupan biasa. Dengan disertakan kamera untuk rakaman foto dan video. 

Manakala laman media sosial pula kini melangkah setapak lagi dalam merakam foto dari pandangan mata burung atau bird’s-eye view dengan begitu banyak paparan menarik. Dalam satu laman  Dronestagram, lebih daripada 30,000 pengguna telah berkongsi foto dan video yang mengkagumkan yang dirakam menggunakan dron, dari beberapa kawasan menarik di seluruh dunia. Dari kawasan Christ the Redeemer hingga ke Indonesia, foto berikut diharapnya dapat mengkagumkan anda juga. 



 Christ the Redeemer — Rio de Janeiro, Brazil


 Lost island — Tahaa, French Polynesia


Glorieta Rodolfo Sanchez Taboada — Mazatlan, Sinaloa, Mexico


Mont Saint Michel — Normandy, France


Bulgaria 


Bali Barat National Park, Indonesia


Poland


La Combe Laval, France


La Paz Bay, Mexico


Tamul waterfall, Mexico



Sumber foto: SINI  | 





Tuesday, September 22, 2015

Artikel - Pramugari Cantik-cantik

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....

Pada 14.9.2015 yang lalu, Air India mengumumkan akan memecat krew kabin jika berat badan mereka dan mencapai BMI (indeks jisim tubuh) yang dikehendaki. Pihaknya menyatakan itu adalah untuk keselamatan sekiranya berlaku situasi kecemasan. Krew lelaki perlu BMI antara 18-25 dan wanita 18-22. Ini adalah seperti digariskan dalam panduan penerbangan Indian Directorate General of Civil Aviation yang juga menyatakan mana-mana krew yang berlebihan berat badan diberikan masa 3 bulan untuk menurunkan berat mereka atau diisytihar tidak cukup sihat atau 'fit' untuk menjalankan tugas selama 6 bulan. 


Screen Shot 2015-09-17 at 1.17.24 pm



Emirates Airlines (Dubai, UAE)




Singapore Airlines (Singapore)



Etihad Airways (Abu Dhabi, UAE)



Virgin Atlantic (England, UK)



Qatar Airways (Qatar)




China Eastern Airlines (China)



Lufthansa (Germany)



EVA Air (Taiwan)



Safi Airways (Dubai-based, Afghan-owned)



Asiana Airlines (South Korea)



All Nippon Airways (Japan)



Garuda Indonesia (Indonesia)

 

Cebu Pacific Air (The Philippines)




Ada juga komen daripada pembaca di Yahoo....




Terbang dengan pramugari yang cun-cun:   SINI  |    





Saturday, September 12, 2015

Berita - Road to London Prudential di Permai Inn Kuala Terengganu 2.9.2015

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner

 

Assalamualaikum.....
 


Acara dinamakan Road to London bersama Prudential diadakan di dewan Hotel Permai Inn Kuala Terengganu bagi meraikan kejayaan para ejen yang menyahut cabaran daripada Prudential dan menyertai Star Club yang menyediakan hadiah berupa percutian ke London. Ketika acara ini, nama mereka yang berjaya diumumkan dan dijemput naik ke pentas. Turut hadir ketika acara ialah para Quality Leader dan tetamu sekitar 300 orang dari cawangan seperti Kuala Terengganu, Kemaman dan pantai timur. Cabutan bertuah dan makan minum disediakan untuk para tetamu yang hadir. Acara diadakan jam 8 malam dan berakhir sekitar 12 malam.


Thursday, September 3, 2015

Seni & Kreativiti - Rekaan Skala Besar Mike's Maze

Kredit kepada: Yahoo Makers
Gambar ihsan: Yahoo Makers



Assalamualaikum.....

Kreatif dan perlukan modal besar dan tempat besar untuk menzahirkan kreativiti sebegini. Di Massachusetts ada seorang pemilik kawasan ladang jagung yang saban tahun menggunakan kawasan ini untuk membentuk gambar-gambar kreatif pada skala besar dan membuatkan pengunjung kagum dengan hasil karyanya. Paparan dapat dilihat dari langit. Rekaannya digelar Mike's Maze dan berbeza setiap tahun dan usahanya telah berjalan selama 20 tahun untuk pelbagai karyanya. 

Karyanya tahun ini bertema Alice in Wonderland bagi meraikan ulangtahun ke-150 novel tulisan Lewis Carroll ini memaparkan watak seperti Alice, White Rabbit, dan Cheshire Cat. Karyanya bertajuk Alice in Sunderland, merujuk kepada tempat asalnya di Massachusetts. 

Asalnya ia bermula sebagai projek suka-suka antara dua rakan kolej, kini menjadi destinasi tarikan pengunjung.














 
Sumber foto:   SINI   |