MY FOLLOWERS

Monday, September 29, 2014

Berita - Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Terengganu 25-27.9.2014

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum....




Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Terengganu untuk tahun ini diadakan pada 25-27.9.2014 bertempat di kawasan letak kenderaan di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Terengganu. 

Program ini adalah anjuran bersama kerajaan negeri Terengganu dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Turut diadakan ialah Program Road to MAHA. Majlis sambutan bagi acara ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu YAB Dato' Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman pada 27.9.2014 jam 10.30 pagi.














Selain memberi peluang kepada pengunjung untuk menambah pengetahuan dalam bidang berkaitan dan membuka pelbagai gerai jualan kepada pengunjung, turut diadakan ialah beberapa pertandingan iaitu menganyam ketupat, rebut kerusi, menghias buah nanas, serta diadakan majlis penyerahan replika cek kepada individu yang terbabit. 

Antara yang membuka gerai pada sepanjang acara ini ialah Tekun Nasional, Agro Bank, Persatuan Asas Tani Negeri Terengganu, Felcra Berhad, SSP Global Trade, Quinara Al-Safir, Jabatan Perikanan Malaysia, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, dan banyak lagi. Gerai jualan makanan juga dibuka untuk pelanggan menjamu selera. Antara menu yang disediakan ialah nasi ayam, mee rebus, maggi goreng, nasi briyani kambing, daging kambing pusing, masakan gulai, sosej daging kambing, dan ikan bakar.



Artikel - Foto Lava Bardarbunga, Iceland

Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Grind TV



Assalamualaikum.....

Semata-mata untuk mendapatkan shot foto terbaik, ramai jurufoto bertindak agak gila dengan sanggup berdepan keadaan yang boleh membahayakan nyawa. Valdimar Leifsson, jurufoto antara yang sanggup berbuat demikian apabila dia ke Holuhraun untuk merakamkan detik lava gunung berapi Bardarbunga mengalir di kawasan tanah tinggi Iceland bersama isteri dan anaknya. 









Iceland Review turut melaporkan terdapat aktiviti seismik sekitar gunung berapi tersebut dan sebanyak 100 gegaran direkodkan.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Hiburan - The Flash 2014

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




The Flash ialah satu siri baru bakal bersiaran yang dibangunkan oleh penulis/penerbit Greg Berlanti, Andrew Kreisberg dan Geoff Johns, untuk siaran bagi saluran The CW. Sebagaimana watak Batman, Superman dan Arrow sebelum ini, watak ini juga berdasarkan watak keluaran DC Comics iaitu Flash (Barry Allen), watak adiwira berkostum ciptaan Robert Kanigher, John Broome dan Carmine Infantino. Episod pertama siri ini ditulis oleh Berlanti, Kreisberg dan Johns, dan diarahkan oleh David Nutter. Siri ini bakal disiarkan pada 7 Oktober 2014.

Berbeza dengan siri tv ini keluaran 1990 yang bersiaran hanya semusim kerana berdepan masalah pembatalan. Siri kali ini bakal tampil dengan sedikit perbezaan dengan siri dahulu. Antaranya bagaimana sut tersebut dibangunkan dan merupakan spin-off kepada siri Arrow yang sudah bersiaran dua musim. Watak Arrow juga bakal muncul dalam siri berkenaan dan akan ada beberapa episod bersilang (crossover). 


Sinopsis

Selepas menyaksikan pembunuhan ibunya dan bapanya berdepan tuduhan secara salah, Barry Allen dijaga oleh keluarga West. Bila meningkat dewasa, dia berubah menjadi seorang yang bijak dan bekerja sebagai saintis forensik untuk Jabatan Polis Central City. Dalam menjalankan tugas, dia agak obses dengan kejadian pada masa silamnya lebih-lebih lagi berkaitan pembunuhan ibunya. Ini menjadikannya agak terpinggir daripada rakan seangkatannya. Dalam usahanya untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian tersebut dan ingin membersihkan nama bapanya, siasatannya membawa kepada penemuan sistem pemecut zarah keluaran Harrison Wells. Berita mengenai hal ini turut tersebar sehingga ke Starling City dan Barry turut ke sana untuk melakukan siasatannya sekaligus bertemu pasukan Arrow terdiri daripada Felicity, John Diggle dan Oliver Queen. 




Sebaik pulang semula ke pejabatnya di Central City, berlaku letupan besar disebabkan pemecut zarah berkenaan dan Barry dipanah kilat sehingga dia koma selama 9 bulan. Selepas dia terjaga, dia mendapati dirinya kini menjadi metahuman dengan kebolehan memecut. Bukan dia seorang yang memiliki kebolehan pelik ini selepas kejadian letupan itu. Ia terbukti selepas meningkatnya kejadian jenayah melibatkan kuasa pelik di bandarnya.

Dibintangi Grant Gustin, Candice Patton, Rick Cosnett, Danielle Panabaker, Carlos Valdes, Tom Cavanagh,  Jesse L. Martin



Sumber kelajuan:   SINI   |    SINI  |    





Berita - Hi-Tea Al-Fateh 27.9.2014

Kredit kepada: ATA
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum......

Majlis serba ringkas dan santai ini diadakan di pejabat Al-Fateh di Kampung Gong Pak Jin, Kuala Terengganu dijadualkan berlangsung jam 2.30-4.30 petang. Seramai lebih kurang 50 orang wakil pertubuhan dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dijemput untuk menghadiri majlis ini.






Para jemputan dari UMT dan Unisza





Dalam majlis ini, para hadirin diberi taklimat tentang cabang bisnes yang diusahakan di pusat Al-Fateh ini dan turut menawarkan peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi tutor secara sambilan. Taklimat disampaikan oleh CEOnya, Tuan Izzat dan staff Al-Fateh. Selesai taklimat, hadirin dijemput menjamu selera dengan hidangan yang disediakan. Majlis ini berakhir jam 5.30 petang.


Saturday, September 27, 2014

Seni & Kreativiti - Karya Halimunan??

Kredit kepada: CBC
Gambar ihsan: CBC



Assalamualaikum.....

Apa yang boleh dilihat bila sesuatu itu dalam mod halimunan?




Itulah yang berlaku apabila seorang pengkarya seni dari New York menghasilkan karya halimunan. Katanya seni memerlukan imaginasi dan mengajak masyarakat untuk berinteraksi dengannya. Pengumpul seni pula sanggup bayar berjuta dollar untuk karyanya. Namun ini bukanlah kali pertama karya sebegini dihasilkan kerana ia pernah dihasilkan pada 1958. Anda boleh baca sendiri pautan disediakan pada ruangan komennya.

Macam mana mahu berinteraksi dengan benda halimunan? Sesiapa... tolong...


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Hiburan - Watak Lady Sif Dalam Marvel's Agents of S.H.I.E.L.D.

Kredit kepada: Yahoo TV
Gambar ihsan: Yahoo TV



Assalamualaikum.....


Lady Sif!

Dalam satu episod siri Marvel's Agents of S.H.I.E.L.D. yang disiarkan di TV3 baru-baru ini, salah satu watak dalam filem keluaran Marvel iaitu Thor dan Thor: The Dark World, ditampilkan dalam siri ini iaitu Lady Sif lakonan Jamie Alexander. Tugasnya adalah untuk menangkap kembali Lorelei yang terlepas ke Bumi dengan bantuan daripada S.H.I.E.L.D.


Lady Sif 



Agent Jasper Sitwell


Ada lagi yang sebelum ini muncul dalam filem keluaran Marvel ditampilkan iaitu Agent Jasper Sitwell lakonan Maximiliano Hernandez. Watak Agent Sitwell ini juga muncul dalam The Consultant, salah satu filem pendek Marvel One-Shot, dan terbaru muncul dalam Captain America: The Winter Soldier. 




Selain itu, Jamie juga pernah muncul dalam siri Kyle XY dan Covert Affairs sebagai Reva Kline.

KLIK SINI untuk artikel penuh.


Hiburan - Suits

Kredit kepada: Wikipedia, Google, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum..... 



Suits ialah satu siri drama ciptaan Aaron Korsh dibintangi Patrick J. Adams sebagai Michael "Mike" Ross dan Gabriel Macht sebagai Harvey Specter. Siri ini mengisahkan Pearson Hardman, sebuah firma guaman di bandaraya New York yang mengendalikan pelbagai kes melibatkan tindakan undang-undang antara organisasi syarikat mahu pun orang-perseorangan. Mike, seorang peguam di pejabat ini yang juga penerima biasiswa kolej dalam perjalanannya untuk menjadi salah seorang pelajar jurusan perundangan di Universiti Harvard dibuang kolej kerana menjual jawapan ujian matematik yang diingatinya, sekaligus merosakkan peluangnya untuk melanjutkan pelajarannya. 

Untuk meneruskan hidup, dia turut dipujuk oleh rakannya, Trevor untuk terlibat dalam urusan jual beli marijuana. Dia perlahan-lahan menarik diri dan menghadiri temuduga dengan Harvey, peguam di Pearson Hardman. Baru sahaja menjadi rakan kongsi senior, Harvey perlu mencari pembantu yang berkelulusan Harvard seperti dikehendaki dalam polisi syarikat. Menggunakan kelebihan mengingati segala dipelajari dan perundangan, Mike berjaya meyakinkan Harvey bahawa dia adalah calon yang selayaknya dan diambil bekerja. Siri ini juga memfokus kepada usaha mereka dalam perbicaraan kes dalam masa yang sama memastikan rahsia Mike tidak terbongkar. Kini siri ini telah memasuki musim ke-4 mulai Ogos 2014.


Dibintangi Gabriel Macht, Patrick J. Adams, Meghan Markle, Rick Hoffman, Sarah Rafferty, Gina Torres



Sumber tindakan undang-undang: SINI  |  SINI  | 

Sekadar Luahan - Rancang Lain, Jadi Lain....

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner

Assalamualaikum.....

Dari filem: The Man with the Iron Fists 
Sebelah pagi sebelum itu sudah dirancang mahu beli apa dan bawa apa ke tempat yang mahu dituju. Antara yang dirancang, mahu buat berbeku selain bawa hidangan yang sesuai. Niatnya mahu berseronok sedikit sebelum bermula peperiksaan akhir tahun ini. Sebagai persediaan, maka kami pun belilah dahulu bahan-bahan untuk dimasak dan dibawa keesokannya. Hanya tunggu kata putus berapa orang yang boleh ikut serta kali ini. Esoknya bolehlah ke lokasi dengan dua kereta dan bawa semua yang diperlukan. 
Namun segalanya tidak seperti dirancang. Bukannya benda besar sangat pun. Tidak lebih sekadar aktiviti kelab seperti yang dibuat beberapa kali sebelum ini. Tunggu untuk dapatkan kata putus, sudahnya sebelum tengah malam barulah terima sms memberitahu 3 orang tidak dapat hadir. Habis, takkanlah tinggal seorang dua sahaja yang akan pergi? Mahu ajak berseronok pun agak susah kebelakangan ini. Oleh sebab ini maka kami putuskan untuk tangguhkan rancangan ini. Bagi penulis, walaupun agak geram tetapi tidak mengapalah. Lagi pun, ada rancangan lain juga kebetulan yang mungkin memerlukan semua bahan ini digunakan dan sekaligus terhindarlah ia daripada masalah pembaziran. Masakan tidak, dalam mesyuarat diadakan, pihak pusat tusyen dengan staf dalam 10 orang dan menjemput wakil dari organisasi dari dua universiti berdekatan seramai lebih kurang 50 orang untuk majlis diadakannya.

Thursday, September 25, 2014

Jalan-jalan Cari Makan - Makanan Identiti Malaysia

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Yahoo Entertainment

 

Assalamualaikum.....

Sesudah penat berjalan-jalan atau melakukan aktiviti seharian, apa kata kalau berhenti sekejap untuk menjamu selera? Hari ini mahu makan apa?

Di sini penulis senaraikan beberapa makanan yang menjadi sebahagian identiti masyarakat Malaysia. Rasanya banyak yang tidak terdapat di tempat lain. Banyak yang boleh dicuba. Itu pun kalau ada sesiapa yang belum tahu.. Hehehehe....



Maggi goreng

 
Lemang

 
Roti canai dan teh tarik

 
Murtabak

 
Cendol

 
Kari kepala ikan

 
Buah durian

 
Sate dan kuah kacang

 
Popia

 
Roti John

 
Nasi daun pisang

 
Pisang goreng

 
Nasi lemak sambal sotong dan rendang daging


Kuih muih



KLIK SINI untuk lebih banyak pilihan.


Artikel - Menampal Kebocoran dan Mengecat Badan Kenderaan

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images, Bengkel Kereta Kecik



Assalamualaikum......




Apabila sampai suatu tempoh, akan muncul keadaan karat seperti bisul atau jerawat pada mana-mana permukaan badan kenderaan. Dalam kes kereta penulis, ia berlaku pada bahagian atap. Apabila ini berlaku, disarankan supaya anda segera menampal dan menutup bahagian yang terjejas ini kerana jika dibiarkan lebih lama, dikhuatiri karat ini akan merebak ke kawasan lain. Untuk menampal, anda perlukan mesin canai, gentian kaca (fiber glass), simen merah (untuk kenderaan) dan 2 jenis sebatian cecair untuk menampal. 

Bahagian berkarat akan dicanai dahulu bagi membuangkan sisa karat. Kemudian, bahagian berkenaan perlu diketuk sehingga sedikit kemik ke dalam. Ini bagi membolehkan gentian fiber dilekatkan di atasnya dan diratakan. Seterusnya bancuh kedua cecair ini dan sapukannya pada bahagian fiber diletakkan tadi. Sapukan sebatian ini dengan segera sesudah membancuhnya kerana campuran kedua cecair ini yang mudah mengeras. Berikan sedikit masa untuk memastikannya melekat dan mengeras dengan sempurna.

Kemudian, sapukan simen merah pada bahagian tadi dan biarkannya seketika seperti contoh rajah di bawah.


Akhir sekali anda sudah boleh mengecat kembali kawasan yang telah ditampal tadi mengikut warna kenderaan anda.

Artikel - Prank Panggilan Kecemasan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Go! Go! Go!!


Bila membaca artikel ini penulis teringatkan satu iklan memaparkan Fizz Fairuz membuat panggilan palsu tentang kebakaran sebelum ditangkap. Mesejnya, elakkan membuat panggilan palsu kerana ia akan menyusahkan pihak berkuasa menjalankan tugas. Perkara sebegini bukanlah sesuatu yang boleh dimain-mainkan.

Berkenaan hal membuat panggilan palsu ini, ia terjadi di mana-mana. Tidak kiralah panggilan ke 999 atau luar negara yang menggunakan nombor 911. Bukan setakat Call of Duty, dalam satu kes sebelum ini ia turut membabitkan permainan Watch Dogs. ( KLIK SINI untuk berita berkaitan ) Dalam beberapa kes, seorang pemanggil berkata dia menembak pekerjanya dan menjadikan selebihnya sebagai tebusan. Kes lain, pemanggil berkata ayahnya mabuk dan mengambil senapang dan mengancam keluarga. Pemanggil di Long Island di New York pula berkata dia telah membunuh ibunya dan mengancam sesiapa yang pertama cuba bertindak balas.   

Dalam setiap kes seperti ini di luar negara, pasukan SWAT akan dihantar ke lokasi kejadian. Dalam kes seperti di atas, mereka tidak menemui sebarang kesan kelakuan jenayah dan keganasan atau mangsa yang cedera. Sebaliknya mereka temui pemain permainan video sedang leka bermain permainan atas talian di tempat duduk mereka. Pihak berkuasa menyatakan penipuan yang pada awalnya hanya mensasarkan selebriti kini digunakan dalam permainan kombat dalam talian, sambil bermain dan mendapat perhatian daripada orang ramai. Si pelaku dapat melihat pemain lain yang jauh di seluruh dunia menerusi tetingkap disediakan memaparkan imej video secara langsung. 

Lawan mereka dicari menggunakan maklumat daripada buku panduan telefon atau servis dengan nombor yang tiada dalam senarai. Mereka mengeksploitasi program yang menipu nombor 911 membuatkan mereka percaya berlakunya panggilan kecemasan yang datang daripada nombor telefon mangsa atau alamat mereka. Kejadian sebegini menyebabkan pihak berkuasa membelanjakan sekitar $100,000 untuk menghantar 60 pegawai sepanjang April lalu ke Long Beach, New York.

Dalam satu kes di Connecticut, seorang lelaki ditahan kerana membuat panggilan palsu sekurang-kurangnya di 4 negeri. Pihak berkuasa menyatakan pesalah ini juga terlibat dalam satu kumpulan Crucifix or Die dengan ahlinya ada di United Kingdom. Menurut FBI, mereka masih mencari identiti mereka yang lain. 





KLIK SINI untuk artikel penuh.