MY FOLLOWERS

Thursday, September 4, 2014

Kesihatan - Tambah Kelapa Dalam Diet Anda.....

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....




Sejak zaman berzaman kita tahu kelapa sangatlah banyak kegunaannya, bukan sahaja boleh minum airnya tetapi juga bahagian-bahagian lain juga ada gunanya. Bahagian dalam isinya boleh dimakan, boleh dibuat santan, daun kelapa boleh dibuat lidi, dan bermacam lagi. Ia juga boleh menjadi ubat untuk pelbagai masalah kesihatan. Antaranya demam campak (chicken pox). 

Sally Norton, seorang perunding dan pengasas Vavista.com, berkongsi tips bagaimana seseorang boleh kekal sihat dengan menambah kelapa sebagai satu elemen dalam diet anda:
  • Air kelapa - sesuai sebagai minuman selepas senaman jika anda melakukan senaman yang sederhana sahaja tetapi ia masih kurang dari jumlah protein dan karbohidrat jika anda lakukan senaman melebihi sejam.
  • Minyak kelapa - Dalam pembuatan kek, ia digunakan menggantikan gula. Ia boleh menjadi alternatif sihat kepada gula tradisional.
  • Yogurt kelapa - alternatif bebas tenusu, sesuai untuk mereka yang alami masalah tidak toleran dengan susu (lactose-intolerant) dan ia kaya denga lemak berbanding yogurt tenusu harian dan yogurt soya. 
  • Kelapa segar - Sedap, kaya vitamin dan mineral dan sesuai sebagai smoothie. 


KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: