MY FOLLOWERS

Tuesday, September 2, 2014

Artikel - Juruterbang Pengsan, Tercabut Tangan?!

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Sebagaimana kenderaan di darat, kapal terbang sama ada komersial atau jenis persendirian juga akan berdepan masalah. Jika mengantuk atau tertidur ketika memandu boleh menyebabkan kemalangan jalan raya, begitu juga di udara. 

Bulan lalu di Virginia terdapat kes seorang juruterbangnya tidak sedarkan diri sehingga pesawatnya tersalah terbang ke kawasan larangannya dan sehingga kehabisan bahan api dan akhirnya terhempas di Lautan Atlantik. Kru penyelamat mencari pesawat Cirrus yang terhempas 50 batu tenggara pulau Chincoteague di sepanjang pantai Virginia. Pihak Air Force F16 mengesahkan juruterbangnya tidak sedarkan diri dan tiada mangsa lain dijumpai. 

Sementara itu, di London, seorang juruterbang yang mempunyai tangan prostetik tertanggal daripada sambungannya ketika membuat pendaratan. Pada awalnya, juruterbangnya yang berusia 46 tahun itu mengesahkan bahawa tangan prostetiknya itu disambung dengan betul dan boleh melakukan penerbangan dengan membawa 47 orang penumpang. Walaubagaimanapun, sambungannya tertanggal dan meminta bantuan pembantunya untuk melakukan pendaratan. Akhirnya pendaratan dapat dilakukan dengan selamat walaupun sedikit melambung. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.


Klik SINI dan SINI untuk ke pautan berkaitan.



No comments: