MY FOLLOWERS

Wednesday, September 10, 2014

Artikel - Penuhkan Tabung Dahulu....

Kredit kepada: MyMetro
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....
 



Dalam entri sebelum ini sudah disentuh tentang kepentingan menabung serta persoalan berkaitan dengannya.

Memanglah sebahagian gaji itu akan masuk dalam KWSP tetapi bukan bermakna seseorang itu perlu lepas tangan daripada berusaha sendiri untuk menyimpan dalam akaun lain. KWSP pun bukanlah boleh dikeluarkan wangnya sesuka hati seperti akaun peribadi, maka pandai-pandailah merancang. Hari ini 9.9.2014, segmen Bisnes dalam Harian Metro mendedahkan mengenai perlunya simpanan yang cukup ketika sudah bersara dan hari tua nanti. Berdasarkan statistik dinyatakan, 69% ahli KWSP berumur 54 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan kira-kira perbelanjaan individu mencecah RM800 sebulan. Anda boleh KLIK SINI untuk membaca artikel penuhnya.

Sementara umur masih ada, gunakanlah kesempatan ini untuk tambah simpanan sebanyak mungkin. Timbul pula soalan, kalau selepas bersara pun masih perlu bekerja untuk tambah wang simpanan, sampai bila? Usia makin meningkat, kudrat akan makin merosot.

Yang hisap rokok tu (ehemm..ehemm..) eloklah berhenti sekarang. Dengar cerita harganya sudah naik lagi ke RM13 sekotak! Kalau jumlahnya dihimpun selama 5 atau 10 tahun, agaknya sudah berapa banyak yang akan masuk dalam tabung??  :-)



No comments: