MY FOLLOWERS

Thursday, September 25, 2014

Artikel - Beli Kenderaan dan Pindah Milik

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....

Baru-baru ini juga penulis ada coretkan tentang kerja-kerja menservis kenderaan setelah lama tersadai. Sebelum kerja tersebut dilakukan, ahli keluarga telah memutuskan untuk menjual salah satu motorsikal yang ada bagi digantikan dengan kereta berkenaan. Sedikit mudah kerana kereta tersebut memang tidak dijual kepada sesiapa cuma dipinjam oleh salah seorang ahli keluarga. Yang perlu dibereskan tentang kereta tersebut hanya beberapa perkara iaitu servis, tukar tayar, menjelaskan beberapa saman (sebab ada masanya, bukan tuannya yang bawa!) dan cukai jalan yang sudah tamat tempoh. 
Berkenaan penjualan motorsikal, terdapat proses yang perlu kami lalui:
  1. Pertemuan antara pemilik lama (yang ada dokumen geran kenderaan) dengan bakal pemilik baru - Pemilik baru boleh tengok sendiri, tanya yang berkaitan. Setelah berpuas hati, pemilik baru bayar harga sebagaimana dirunding dan dipersetujui, ambil kenderaan, geran, cukai jalan, insurans dan semua yang berkaitan.
  2. Urusan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) - Kedua-dua pemilik (lama dan baru) kena hadir. Mereka perlu isi borang yang ditandatangani bersama. (Boleh rujuk SINI ) Kena bawa juga semua dokumen berkaitan (geran, cukai jalan, insurans dan lain-lain). Tanyakan juga kepada pegawai yang bertugas, sama ada perlukah kenderaan anda diperiksa di PUSPAKOM. Jika cukai jalan tamat tempoh kurang daripada 2 tahun, tidak perlu berbuat demikian. 
  3. Insurans, cukai jalan, dll. - Kemudian membuat bayaran insurans dan pemilik baru kena isi borang permit perjalanan sementara yang diberikan oleh JPJ. Kemudian bawa kenderaan tersebut untuk diperiksa di JPJ. Selesaikan juga sebarang saman, jika ada. 
Setelah selesai, dapatkan cukai jalan dan kenderaan anda boleh kembali digunakan atas jalan seperti biasa.  

No comments: