MY FOLLOWERS

Wednesday, September 10, 2014

Sekadar Luahan - Kalau Namanya Budak...

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

Hari ini mahu cerita perihal budak-budak sekolah.

Akibat banyak ponteng...


Banyak ceritanya, banyak kerenahnya, banyak songehnya. Penat kita dapat, mulut pun banyaklah juga buihnya sebab banyak pot-pet-pot-pet minta datang walaupun hasilnya bak masuk kiri keluar kanan. Tolak tepi cerita yang tahun lepas. Lihat sahaja ketika ujian (grading) terbaru sebelum ini. Walaupun berjalan dengan lancarnya, namun di belakang, ada juga terkeluar cerita kurang enak daripada mulut-mulut cikgu penasihat yang tenat beri nasihat. Bila yang seorang sukalah sesangatnya buat perkara yang kununnya mahu tarik perhatian orang. Kami selaku yang bertugas awalnya tidaklah tahu akhirnya tahu juga. Mula cerita bila dia kerap 'uweekk' seperti keloyaan ketika ujian. Hanya sesudah ujian barulah ada cikgu dan sebahagian pelajarnya buka mulut. Cikgu yang tahu hanya mengangguk sambil kata 'hmm..hmm..' sahaja. Mereka sudah lali dengan perangainya itu termasuk ketika dalam kelas akademik. Perbuatannya itu seterusnya mengundang sindiran sinis daripada pelatih lain yang bersamanya. Kini lama dia tidak datang berlatih sebab keluarganya minta ditumpukan perhatiannya pada peperiksaan SPM yang akan menyusul sedikit masa nanti. 

Masuk bulan puasa (Ramadhan). Kami sudah warwarkan latihan berjalan seperti biasa, tiada penangguhan. Boleh sahaja seperti biasa cuma dengan latihan yang lebih ringan. Yang dirancang, menggunakan beberapa senjata selain tangan kosong. Kesudahannya, hanya sensei sahaja yang muncul! Terpacak depan tempat latihan seorang diri selama hampir sejam menunggu budak-budak yang tidak kunjung tiba. Awal kata lain, sudahnya buat lain. 




Baru-baru ini pula, penulis seorang yang kendalikan kelas sebab yang seorang lagi ada urusan. Hari latihan (Khamis), kedatangan pun bolehlah tahan. Mungkin juga kerana minggu sebelum itu sudah kena penangan 'duit raya merah' .. hehehehe.. Keesokannya, lain pula. Sudah diajak datang, tetapi yang datang hanya seorang pelatih. Penulis pula kasihankannya sebab lama tidak datang ekoran kecederaan lutut. Jadi, walaupun hanya kami berdua, penulis layankan sahaja. Semua yang ditanya dijawab sahaja.

Terbaru ada pula yang khabarnya terjebak dengan kumpulan rempit. Mungkin baru berjinak dan terpengaruh, belum tersasar jauh. Dapat tahu pun apabila seorang rakan di sini terjumpa profailnya di laman maya dengan pantun berbaur lucah ditulis pada ruangan statusnya. Penulis kemudiannya ke sekolah pada satu sesi dan bertemu dengan gurunya. Katanya murid berkenaan selama di sekolah tidak mempunyai sebarang masalah sama ada disiplin atau pembelajaran. Jadi, dia hanya merujuk kes berkenaan kepada pihak kaunselor sekolah untuk diambil tindakan.

Baru sekejap tadi terima satu mesej berkaitan dengan kedatangan untuk latihan hujung minggu ini. Nombor yang terpampang pada telefon bimbit memang tiada dalam simpanan pun, sebab orangnya pun tidak pernah hubungi kita untuk tanya bab-bab latihan ini, jauh sekali untuk nampak mukanya tiap-tiap minggu ketika latihan. Tenggelam timbul tenggelam timbul tidak menentu. Oleh kerana sudah perkenalkan diri dalam mesej itu, tidak mengapalah. Tahulah siapa orangnya. Ditanya adakah latihan minggu ini, jawapan penulis: Ada. Lagipun sebab mahu serahkan sijil ujian (grading) yang dibuat sebelum ini. Yang buatkan kita makin mengeluh ialah apa yang dibalas selepas itu. Katanya tidak datang latihan sebab setiap minggu dia balik kampung dan pergi memancing! Jadi katanya bolehlah datang minggu ini sebab sepupunya balik ke Paka selama sebulan. GGggrrrr!!!

Daripada ikut orang pergi memancing baiklah datang berlatih..

Aduhh! Sakit otakk!!



No comments: