MY FOLLOWERS

Thursday, September 25, 2014

Artikel - Prank Panggilan Kecemasan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Go! Go! Go!!


Bila membaca artikel ini penulis teringatkan satu iklan memaparkan Fizz Fairuz membuat panggilan palsu tentang kebakaran sebelum ditangkap. Mesejnya, elakkan membuat panggilan palsu kerana ia akan menyusahkan pihak berkuasa menjalankan tugas. Perkara sebegini bukanlah sesuatu yang boleh dimain-mainkan.

Berkenaan hal membuat panggilan palsu ini, ia terjadi di mana-mana. Tidak kiralah panggilan ke 999 atau luar negara yang menggunakan nombor 911. Bukan setakat Call of Duty, dalam satu kes sebelum ini ia turut membabitkan permainan Watch Dogs. ( KLIK SINI untuk berita berkaitan ) Dalam beberapa kes, seorang pemanggil berkata dia menembak pekerjanya dan menjadikan selebihnya sebagai tebusan. Kes lain, pemanggil berkata ayahnya mabuk dan mengambil senapang dan mengancam keluarga. Pemanggil di Long Island di New York pula berkata dia telah membunuh ibunya dan mengancam sesiapa yang pertama cuba bertindak balas.   

Dalam setiap kes seperti ini di luar negara, pasukan SWAT akan dihantar ke lokasi kejadian. Dalam kes seperti di atas, mereka tidak menemui sebarang kesan kelakuan jenayah dan keganasan atau mangsa yang cedera. Sebaliknya mereka temui pemain permainan video sedang leka bermain permainan atas talian di tempat duduk mereka. Pihak berkuasa menyatakan penipuan yang pada awalnya hanya mensasarkan selebriti kini digunakan dalam permainan kombat dalam talian, sambil bermain dan mendapat perhatian daripada orang ramai. Si pelaku dapat melihat pemain lain yang jauh di seluruh dunia menerusi tetingkap disediakan memaparkan imej video secara langsung. 

Lawan mereka dicari menggunakan maklumat daripada buku panduan telefon atau servis dengan nombor yang tiada dalam senarai. Mereka mengeksploitasi program yang menipu nombor 911 membuatkan mereka percaya berlakunya panggilan kecemasan yang datang daripada nombor telefon mangsa atau alamat mereka. Kejadian sebegini menyebabkan pihak berkuasa membelanjakan sekitar $100,000 untuk menghantar 60 pegawai sepanjang April lalu ke Long Beach, New York.

Dalam satu kes di Connecticut, seorang lelaki ditahan kerana membuat panggilan palsu sekurang-kurangnya di 4 negeri. Pihak berkuasa menyatakan pesalah ini juga terlibat dalam satu kumpulan Crucifix or Die dengan ahlinya ada di United Kingdom. Menurut FBI, mereka masih mencari identiti mereka yang lain. 





KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: