MY FOLLOWERS

Wednesday, September 17, 2014

Artikel - Otak Kanak-kanak Menyusun Kembali Bila Belajar Maths

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....




Biasanya kalau di sekolah, kanak-kanak akan belajar mengira dengan bantuan jari-jari tangan, tetapi apabila sampai satu tahap sudah mahir, biasanya kanak-kanak akan boleh ingat dan akan semakin kurang menggunakan kaedah ini. Kalau ada pun mungkin jarang-jarang sekali. 

Saintis telah melakukan satu ujikaji dengan memasang pengimbas otak pada kanak-kanak untuk mengetahui bagaimana otak menyusun semula apabila kanak-kanak belajar matematik. 

"Pengalaman itu penting," kata Dr. Kathy Mann Koepkedari National Institutes of Health, yang membiayai kajian ini. 

Kanak-kanak yang sihat akan sentiasa bertukar-tukar antara mengira dan mengingat semula apa yang dipelajari ketika usia mereka 8 hingga 9 tahun, apabila mereka belajar operasi tambah dan tolak pada peringkat asas. Sebagus mana kanak-kanak membuat pertukaran berkenaan sehingga dapat mengingatinya boleh menjadi petunjuk kepada sejauh mana pencapaian mereka dalam matematik. 

Persoalannya ialah kenapa kanak-kanak boleh melakukan proses transisi tersebut lebih baik berbanding orang lain?

Pengkaji di Universiti Stanford melakukan kajian ke atas 28 kanak-kanak ketika mereka menyelesaikan siri masalah penambahan yang mudah sambil dipantau dengan mesin MRI. Mereka yang berusia 7 ke 9 tahun melihat pengiraan diimbas pada skrin dan akan tekan butang jika jawapan itu betul atau salah. Saintis merekodkan kepantasan mereka memberi tindak balas dan melihat bahagian otak yang manakah bertindak aktif ketika itu. 



KLIK SINI untuk lebih lanjut.

No comments: