MY FOLLOWERS

Friday, May 22, 2015

Artikel - Kisah Anakin Skywalker

Kredit kepada: The Vocket
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Bila sebut nama Anakin Skywalker, tiada lain yang terfikir di kepala kita kecuali satu watak dari filem Star Wars, yang berubah dari baik kepada jahat.

Sebenarnya selain dari jalan cerita yang menarik, ada kisah yang boleh diteladani dari filem box office ini.

Di sini ada dipetik kupasan daripada Srikandi (pengkaji sejarah, saya juga ikuti blog beliau) tentang analogi Anakin Skywalker dan kaitannya dengan isu di kalangan masyarakat masa kini.


Anakin Skywalker

Anakin Skywalker bukanlah jahat asalnya, dia baik dan biasa-biasa sahaja tetapi akibat silap dalam menguruskan masalahnya maka dia menjadi serabut dan huru-hara.

‘Problem’ Anakin ialah dia gagal untuk seimbangkan kuasa dia.

Lepas itu dia jadi negatif. Maka akan ada orang dari kalangan dia akan datang menegur dan menasihatkan dia, dengan harapan akan kembali ke pangkal jalan. Anakin Skywalker pun dinasihatkan oleh Obi Wan Kenobi.

Tetapi Anakin Skywalker tak makan nasihat. Nasihat itu dilihatnya makin menyerabutkan hidup dia. Dia tak nak kembali ke pangkal jalan. Dia nak sesat, sesat dan lagi bagus kalau menyesatkan orang lain.

Lepas tu ada watak antagonis lain yang nampak peluang ini; memanipulasikan emosi Anakin supaya masuk perangkap dia. Pelannya untuk memusnahkan suku dia sendiri iaitu kaum Jedi itu.




Darth Sidious  

Jadi Darth Sidious yang memang dengki dengan kaum Jedi pun mempergunakan Anakin yang bodoh itu untuk menentang Jedi. Anakin diberi tempat, dipujuk-pujuk dan dibelai-belai. Bila Anakin kutuk Obi dan Jedi, Darth Sidious pun tumpang semangkuk, jadi Anakin pun rasa dia disokong bukan dinasihati atau terasa mendengar khutbah yang menjengkelkan dari Obi Wan Kenobi.

Lepas tu macam biasa, Anakin memang betul jadi jahat dan lawan kaum dia. Darth Sidious rilek jer tengok dari jauh. Bila Anakin jahanam sampai cacat dan melecur kena larva gunung berapi, lengkaplah subconcious-mind dia bahawa kaum dia sendiri memang jahat, jahat dan jahat, padahal dia sendiri yang salah dan bodoh. Orang nak selamatkan dia, dia pergi dok lawan lagi. Takkanlah orang tu nak serah tengkuk dia semata-mata nak hapuskan delusi kamu?

Dalam realiti kamu akan lihat spesis Anakin Skywalker akan tumbuh di kalangan kamu lagi dan lagi. Para pengkhianat tak akan mati. Tetapi kita boleh bunuh sentimen mereka. Anakin Skywalker akan lahir dari orang yang delusi bahawa komuniti dia tak terima kewujudan dia, idea dia atau penampilan dia. Lepas tu dia akan menentang komuniti itu berdasarkan fantasi dan delusi dia apabila makin tidak dapat dikawal.

Anakin Skywalker akan anjurkan majlis-majlis pelik. Akan tukarkan kamu dari Islam kepada kafir secara perlahan-lahan dengan buatkan kamu rasa liberal dan moderate. Anakin Skywalker akan buat kepala tau. Kepala batu dan akhirnya kepala lutut.

Anakin Skywalker akan diberi tempat. Akan dipujuk dan dibelai-belai. Bila Anakin Skywalker serang kamu, kutuk kamu, protes kamu… Anakin Skywalker akan disokong dan diberi dana. Anakin Skywalker akan diberi sebilah pisau.

Join me....


Gunanya untuk cucuk kaum dia sendiri. Iaitu kamu dan kamu. Kemudian kamu mati.

Anakin Skywalker akan dianugerahkan menjadi Darth Vader.



Sumber kuasa sisi gelap:  SINI  |    




No comments: