MY FOLLOWERS

Showing posts with label animasi. Show all posts
Showing posts with label animasi. Show all posts

Thursday, May 24, 2018

Animasi - CWSeed Vixen

Kredit kepada: Wikipedia, Watch Series
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Vixen ialah satu siri animasi web daripada penerbit eksekutif Greg Berlanti, Marc Guggenheim dan Andrew Kreisberg, yang mula bersiaran pada 25 Ogos 2015, di saluran stream dalam talian, CWSeed. 

Ia berdasarkan watak keluaran DC Comics iaitu Mari McCabe / Vixen, adiwira wanita dengan kuasa meniru kebolehan pelbagai haiwan yang hidup di bumi. Siri ini ditetapkan dalam alam Arrowverse, sama dengan siri Arrow, The Flash, dan Legends of Tomorrow. Siri ini telah bersiaran hingga musim kedua yang disiarkan pada 13 Oktober 2016. 

Ringkasnya, apabila ibu bapanya terbunuh di Afrika, Mari McCabe mendapat batu kuasa dipanggil Tantu Totem yang memberikannya kuasa meniru haiwan, bagi menghentikan ancaman yang mengamcam keluarganya.    


Kuasa haiwan pemusnah:   SINI  |   SINI   (watchseries)


Thursday, September 1, 2016

Animasi - Attack on Titan

Kredit kepada: Wiki, Yahoo, Filmxy
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Attack on Titan ialah satu siri komik atau manga Jepun ditulis dan dilukis oleh Hajime Isayama. Siri ini mula disiarkan dalam majalah Bessatsu Sh¨­nen terbitan Kodansha pada 9 September 2009, dan dicetak dalam 19 jilid mulai April 2016. Siri ini mengambil tempat ketika manusia tinggal di bandar yang dilindungi tembok tinggi sehingga 50 meter bagi melindungi diri dan kehidupan mereka daripada serangan makhluk gergasi Titan yang akan memakan manusia tanpa sebarang sebab. Cerita bertumpu pada Eren Yeager, bersama adiknya Mikasa Ackerman dan kawannya Armin Arlert, masing-masing menyertai tentera bagi melawan Titan selepas kediaman mereka dalam tembok gergasi ini dicerobohi Titan dan ibunya dimakan oleh salah satu Titan itu. Apabila ceritanya berkembang, fokus beralih kepada Historia Reiss, ketua skuad Levi, dan beberapa watak lain yang berkaitan.


Siri animasi telah diterbitkan oleh Wit Studio dan disiarkan di Jepun pada 2013 dan musim keduanya disiarkan pada April 2017. Dua buah filemnya iaitu Attack on Titan dan Attack on Titan: End of the World, dan siri di laman web telah diterbitkan pada 2015.  






Plot

Lebih dari 100 tahun sebelum siri bermula, makhluk gergasi dipanggil Titan muncul dan hampir melenyapkan manusia tanpa sebarang sebab yang diketahui. Kini mereka tinggal dalam satu kawasan bandar besar yang dilindungi dengan tiga lapisan tembok gergasi iaitu tembok Maria, tembok Rose dan tembok Sheena. Mereka tinggal selama ini dengan keamanan yang bukan mudah diperoleh, ada di antara mereka hidup tanpa pernah melihat bagaimana rupa makhluk berkenaan.

Semuanya berubah apabila pada satu hari, munculnya satu Colossus Titan dengan tinggi 60 meter selepas satu pancaran kilat misteri, dengan kepalanya melepasi tembok Maria dan memecahkan sebahagian tembok di wilayah Shiganshina, sebuah bandar dalam tembok Maria, menyebabkan beberapa Titan lain menceroboh masuk. Satu Armored Titan memecahkan tembok Rose, memaksa orang ramai yang tinggal di antara dua kawasan itu meninggalkan kediaman mereka.


5 tahun mekudian, mereka bertiga tamat latihan dan ditempatkan di wilayah Trost, satu bandar di sempadan berdekatan dengan tembok Maria apabila Titan menyerang semula. Dalam pertempuran kali ini, Eren dimakan oleh salah satu Titan di depan mata Armin. Satu Titan kemudian muncul dan bertempur dengan Titan lain, yang kemudiannya didedahkan sebagai Eren sendiri. Disebabkan insiden ini, Eren dibawa ke mahkamah tentera dan disoalsiasat. Meskipun menjadi ancaman bagi sesetengah pihak, dia masih membantu pihak tentera mendapatkan semula wilayah Trost dengan menutupkan bahagian tembok yang pernah dipecahkan oleh Titan dalam insiden terdahulu. Selepas soalsiasat, dia dimasukkan dalam skuad khas Survey Corps diketuai oleh Kapten Levi. 







Dalam satu ekspedisi ke Shiganshina, pasukan mereka diserang oleh titan perempuan bagi mendapatkan Eren. Walaupun berjaya ditangkap, Titan itu berjaya melepaskan diri menyebabkan skuad ini terpaksa berundur dan menyusun langkah kembali. Armin telah mendedahkan Titan perempuan itu adalah Annie Leonhart, salah seorang anggota kadet mereka dan pernah mengajar Eren berlawan. Dia merancang menangkapnya di Stohess. Ketika operasi, kerosakan yang berlaku mendedahkan ada orang boleh menjadi Titan yang tinggal dalam kawasan tembok di kalangan manusia lain.  


Didedahkan kemudian ada beberapa anggota dalam unit tentera itu juga boleh bertukar menjadi Titan dan mereka dihantar sebagai pengintip oleh pihak yang tidak diketahui bagi mencari "The Coordinate", iaitu satu kuasa bagi mengawal Titan lain secara bebas dan Eren memilikinya. Keluarga Diraja dan Polis Tentera menjejaki Eren dan kawannya Krista Lenz, atau nama sebenarnya Historia Reiss, pewaris raja sebenar Rod Reiss.

Pihak Survey Corps, hilang kepercayaan untuk terus berkhidmat kepada pemerintahan sedia ada, mula memberontak dan berjaya menggulingkan pemerintahan monarki selepas kematian Rod di tangan anaknya sendiri yang kemudian naik sebagai ratu yang baru.  Kemudian didedahkan bahawa keluarga Reiss bertanggungjawab membina tembok itu pada 100 tahun yang lalu menggunakan "The Coordinate" yang telah dicuri oleh Grisha, ayah kepada Eren, yang telah memindahkan "The Coordinate" ke dalam badan Eren.



Sumber serangan besar-besaran:  SINI  |   SINI  |   
Baca lagi:   SINI   |     SINI   |   




Wednesday, February 3, 2016

Hiburan - Tukar Yang Comel Jadi Lebih Creepy.... Hehehe

Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar ihsan:
Yahoo Movies


Assalamualaikum.....

Tengok hasil kerja gabungan Disney dan Tim Burton, mesti semua orang ingat ia dari kartun yang mana dan kecomelannya menghiburkan. Kali ini seorang artis Andrew Tarusov dari Los Angeles mengubah semula watak-watak kartun ini yang asalnya dengan gaya Tim Burton daripada berbentuk comel kepada mengerikan.











Kalau beginilah hasilnya, ada ke kanak-kanak yang akan tengok? Rasanya sekadar hiburan....... hehehehe


Sumber takutkan budak-budak:  SINI  |    



Tuesday, December 8, 2015

Hiburan - Festival Anime Asia di Suntec City, Singapura

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....

Festival Anime Asia tahun ini diadakan di Suntec City, Singapura dikunjungi sekitar 90,000 pelawat sepanjang 3 hari ia diadakan. Ramai cosplayer atau mereka yang memakai pakaian mengikuti tema watak kegemaran mereka, mengambil bahagian dalam acara ini serta turut diadakan AFA Regional Cosplay Championship.















 

Sumber penuh dengan kartun: SINI  |     



Friday, November 20, 2015

Hiburan - Dongeng Ini Asalnya Adalah Versi Gelap!

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....


Kalau baca cerita-cerita dongeng budak-budak versi tempatan kita, memanglah untuk beri bermacam pengajaran, jangan tamaklah, guna otaklah, suruh berjimatlah, dan entah apa lagi. 

Kalau versi Barat, tidak lain untuk basuh otak budak-budak dengan bermacam pula ideologi tanpa disedari, contoh mudah - cinta sejati. Kononnya boleh hidup bahagia selamanya sesudah puas tanggung derita dan lalui dugaannya. Bak kata orang happily ever after :-D  Huhh!!

Semua karya terutamanya keluaran Walt Disney memang diambil dongengnya daripada buku-buku novel tulisan penulis terdahulu untuk diangkat ke layar lebar. Versi bukunya yang asal, tidak seindah disangka kerana sebenarnya dimasukkan unsur ganas, kejam, zina dan seleweng. Mungkin juga sebenarnya bukan untuk budak-budak. Untuk dibawa ke bentuk filem untuk tayangan kepada anak-anak, pembikin filem mengubah pengakhirannya menjadi seperti yang pernah kita tonton sebelum ini. Semuanya berakhir dengan yang indah-indah belaka. 

Cuba bayangkan sendiri apa bentuk kegilaan akan terjadi dalam kehidupan anak-anak masa kini tanpa disedari, kalau karya tersebut diangkat 'sebijik' macam dalam buku-buku novel berkenaan tanpa mengubah isi asalnya.


Dalam ‘Who Framed Roger Rabbit?’ - Roger sebenarnya dibunuh!


 

Novel tulisan Gary K. Wolf tahun 1981 dicampur adukkan dengan kisah tentang penyiasat persendirian yang menyiasat kes arnab kartun yang melantiknya untuk mencari sebab kenapa dia tidak mendapat ruangan komiknya sendiri. Dalam bukunya, Roger dibunuh separuh jalan yang langsung tidak selari dengan komedi keluarga yang dipaparkan dalam versi filem arahan Robert Zemeckis.
 

Buku ‘The Fox and the Hound’ - Tod mati dikejar Copper



Filem animasi tahun 1981 sangat menyentuh perasaan, berbeza dengan versi novel tulisan Daniel P. Mannix yang mengisahkan seekor musang bernama Tod dibesarkan di antara kumpulan anjing pemburu, ada seekornya bernama Cooper dan mereka menjadi kawan. Malangnya si anjing dilatih untuk membunuh musang dan Cooper memburu Tod apabila pemburuannya terganggu kerana ada beruang menyerang kumpulan dan tuannya menyebabkan mereka berdua terselamat. Cooper tidak membenarkan tuannya membunuh Tod.

Versi buku jauh berbeza. Mereka berdua tidak berkawan, sebaliknya Cooper dilatih oleh tuannya yang pemabuk untuk membunuh Tod. Tod ada dua ekor anak, kedua-duanya dibunuh oleh pemiliknya. Tod dikejar oleh Cooper sehingga mati kepenatan dan selepas dipulihkan oleh tuan Cooper, dia dibunuh. 


‘The Little Mermaid’ - akhir: bunuh diri 
 

Pada penghujung tahun 1989 yang memulihkan kembali Disney, dalam kartun ini Ariel mendapat semula suaranya, Ursula yang jahat dibunuh dan Raja Triton menukarkan Ariel menjadi manusia sepenuhnya untuk bersama dengan puteranya.

Dalam versi tulisan Hans Christian Andersen tahun 1837, ahli sihir Ursula bukan sahaja mengerat lidah Ariel, kaki barunya berasa seperti pisau bila berjalan. Sementara itu, putera berkahwin dengan perempuan lain dan dia diberitahu kalau dia berjaya membunuh putera itu, dia akan mendapat semula siripnya. Malangnya, dia membiarkan sahaja putera itu berkahwin dan kemudian menghilangkan diri dalam laut, mungkin membunuh diri. 


Dalam ‘The Hunchback of Notre Dame’ - Esmerelda diseksa dan digantung


Adaptasi Disney karya novel Victor Hugo tahun 1831 ada momen gelap namun boleh diterima apabila Quasimodo meninggalkan katedral dia diasingkan dan muncul menjadi hero sementara Esmeralda bersama dengan Kapten Phoebus dengan keizinan Quasi. Esmeralda kemudian disalah tuduh dengan cubaan membunuh kemudian diseksa dan digantung manakala Frollo yang jahat hanya memerhati dan ketawa. Frollo akhirnya dibunuh oleh Quasimodo yang menghalaunya ke Notre Dame. Oleh sebab cintakan Esmeralda, dia duduk di tepi kuburnya sehingga dia mati kelaparan. 


‘Mulan’  - akhir: bunuh diri



Karya asal adalah puisi China, mengisahkan seorang wanita berpakaian lelaki menjadi askar menggantikan ayahnya yang sudah tua. Walaubagaimanapun, apabila versi animasi dihasilkan pada 1998, memaparkan dia bertarung dengan naga dan mengembalikan penghormatan keluarganya, versi itu sangat suram. Dia balik dari berperang dan dapati ayahnya mati, ibunya berkahwin lain dan ada mesej dari penguasa untuk ke istananya untuk menjadikannya gundik. Dia kemudian membunuh diri.


‘Pinocchio’ - Jiminy Cricket dibunuh



Karya klasik Carlos Collodi dari Itali ini jauh lebih gelap daripada versi kartunnya yang dihasilkan oleh Disney pada 1940, dengan bezanya Pinocchio sebenarnya membunuh Jiminy Cricket secara tidak sengaja. Si kucing dan anjing jahat itu kurang solekan mukanya berbanding dalam filem, berakhir dengan hidup miskin dan buta. Kulit keldai Pinocchio dimakan ikan selepas dibuang ke laut kerana pengacara sarkas mahu menggunakannya untuk membuat dram.


‘Peter Pan’ - dia sebenarnya pembunuh!



Disangkakan memang budak hingusan, rupanya ganas pula! Biasa ditayang budak-budak yang tidak dewasa, boleh terbang, ada teman pari-pari, dan berlawan dengan lanun bermisai.

Versi asal karya JM Barrie berdasarkan tragedi kematian abangnya dalam kemalangan meluncur ais dan mengambil budak lelaki menjadi anak angkat wanita tempatan seperti dalam filem ‘Finding Neverland’. Peter itu sendiri watak psiko, bukan setakat berubah pihak dengan musuh ketika berlawan sebab suka-suka tetapi adakalanya suka kenakan Lost Boys, jika mereka terlalu ramai atau tua.


‘Hercules’ - bunuh anak sendiri



Versi filem untuk cerita ini sudah banyak kali dibikin Hollywood, memaparkan seorang lelaki gagah perkasa dan menewaskan Hades dan orang-orangnya sebelum bercinta dengan seorang gadis cantik yang diselamatkan dari dunia alam ghaib. 

Watak asalnya adalah seorang kaki perempuan, bapanya dewa Zeus merogol ibu Hercules dan menghamilkannya. Hercules pula jadi gila disebabkan oleh rasa cemburu ibu tirinya Hera yang menyebabkannya membunuh dua anaknya sebelum membakar dirinya hidup-hidup dalam api di perkuburan.


Versi asal ‘Sleeping Beauty’ - dirogol sehingga melahirkan anak



Versi klasik tahun 1959 ini yang paling mudah untuk semua kanak-kanak - seorang puteri tunduk kepada sihir dan mencucuk jarinya sendiri dan tertidur, kononnya bangun hanya selepas dicium dengan ciuman cinta sejati. 

Kisahnya ditulis oleh ramai penulis termasuk Brothers Grimm, dengan versi berdasarkan dongeng dari Itali oleh Giambattista Basile. Versi Basile lebih dahsyat dan menakutkan. Dalam puisinya, seorang raja masuk ek kamar Beauty dan merogolnya sehingga hamil dan melahirkan kembar ketika masih tidur. Selepas bangun, dia sudah menjadi ibu dan kemudian menemui perogolnya. 



Yang sebenarnya adalah terbalik:  SINI   |   





Thursday, September 10, 2015

Hiburan - Geng Angry Birds Dalam Filem

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....






Permainan video Angry Birds yang telah dimuat turun ke telefon pintar sebanyak 3 bilion kali, kini melangkah setapak lagi ke layar lebar dengan badan masing-masing lengkap dengan sayap dan kaki, begitu juga dengan musuh hijaunya (hahaha). Hasil rendering yang pertama telah diwarwarkan dalam Entertainment Weekly oleh Rovio, syarikat pembangun permainan video ini.

Pelakon suara yang terlibat di belakang animasi ini untuk watak Red (suara Jason Sudeikis) yang ada masalah kawal kemarahan, Chuck (Josh Gad) dan Bomb (Danny McBride), yang semuanya tinggal di pulau yang diganggu oleh musuh hijaunya. 

Cerita asalnya ialah kenapa burung-burung ini begitu marah, berkenaan konflik yang wujud antara burung dan khinzir hijau. 

Rovio berkata permainan ini telah dimuat turun sebanyak 50 juta kali, namun sehingga kini ia masih di bawah senarai 50 teratas carta bagi aplikasi dengan kutipan tertinggi di Apple’s iOS App Store.



Sumber burung-burung:  SINI  | 



Thursday, April 9, 2015

Animasi - Star Wars: The Tie Fighter Wars

Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar/video ihsan: Yahoo Movies



Assalamualaikum.....

Sesiapa yang meminati filem epik perang galaksi Star Wars, pasti tahu Galactic Empire mempunyai barisan kapal perang yang terbaik dari segi rekaannya. Ia adalah menjadi satu sebab kenapa jika dilihat dari satu perspektif, filem animasi pendek Star Wars rekaan peminat ini sangatlah memuaskan. Animator Paul Johnson menghabiskan masa hujung minggu 'selama 4 tahun' bagi menghasilkan animasi ini dengan mengambil gaya lukisan ala anime Jepun 80an. Filem animasi selama 7 minit ini membawa penonton melihat ke dalam kokpit pesawat Empire’s TIE fighters, yang direka oleh Johnson dengan menggabungkan pelbagai elemen berdasarkan rekaan trilogi filem asalnya, permainan video TIE Fighter tahun 1984, serta rekaannya sendiri. Beliau juga mencipta barisan askar Imperial dengan kisah masing-masing, mengetengahkan watak droid yang biasa dilihat dan mencipta skor muzik sendiri. Hasilnya adalah sangat mengagumkan!   




KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.






Monday, March 9, 2015

Hiburan - Anime Cosplay Akira Hoshi

Kredit kepada: Flickr
Gambar ihsan: Flickr



Assalamualaikum.....


Kebetulan terjumpa satu laman di Flickr.













KLIK SINI untuk lebih banyak foto.

Friday, November 7, 2014

Animasi - The Legend of Korra

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....
 


The Legend of Korra ialah siri animasi Amerika disiarkan di saluran Nickelodeon pada 2012. Siri ini merupakan kesinambungan kepada siri Avatar: The Legend of Aang dan mengambil tempat kira-kira 70 tahun selepas era Aang. Korra merupakan anak kepada Aang dan Katara, yang merupakan Avatar baru dari puak Air. Siri ini merupakan susulan kepada siri Avatar: The Last Airbender, yang bersiaran dari tahun 2005 hingga 2008. Siri ini berjaya secara komersial dan mendapat pujian penonton atas nilai produksi selain turut menyentuh isu sosiopolitik dan keganasan.

Siri ini berada dalam persekitaran menampilkan segolongan manusia mempunyai kemampuan unsur melentur unsur semulajadi seperti air, tanah, api dan angin yang dipanggil 'bender'. Dalam setiap generasi akan ada seorang yang boleh melentur semua unsur dipanggil 'Avatar' yang bertanggungjawab mengawal keseimbangan alam. Siri ini mengikuti pengembaraan Avatar Korra, dari keturunan Aang yang berdepan cabaran politik dan spiritual dalam dunia yang lebih moden.


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Friday, October 17, 2014

Animasi - Avatar: The Legend of Aang

Kredit kepada: Wikipedia, Google, Rebloggy
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Avatar: The Last Airbender (Avatar: The Legend of Aang) ialah satu siri animasi terbitan Amerika Syarikat yang bersiaran selama 3 musim dari 2005 hingga 2008 dengan setiap satu musimnya dinamakan berdasarkan elemen alam semulajadi. Ia memaparkan alam dengan segolongan manusia yang hidup secara berpuak-puak dan setiap puak berupaya menggunakan salah satu elemen alam iaitu angin, air, tanah dan api. Setiap mereka dikenali sebagai pelentur atau 'bender' dan mereka menggunakan pergerakan seni beladiri China untuk memanipulasikan elemen. Walaubagaimanapun, dalam setiap satu generasi, akan ada seorang 'bender' daripada puak berkenaan yang dilahirkan dengan kebolehan melentur semua elemen. Aang ialah Avatar dari puak Angin. Siri ini mengikut pengembaraan Aang selepas dikeluarkan daripada ais bersama haiwan peliharaannya Appa dan Momo, mengembara bersama Soka dan Katara dari puak Air dan seorang buta dari puak Tanah bernama Toph dalam perjalanan mereka untuk mencapai keamanan dan menyatukan semua puak serta mengakhiri peperangan menentang Fire Lord dari puak Api. Musim siri ini dikenali sebagai Book 1: Water, Book 2: Earth dan Book 3: Fire. Selain berusaha untuk mencapai keamanan, Aang juga berusaha untuk menguasai elemen dari puak Air dibantu oleh Katara, dibantu si buta dalam menguasai elemen tanah, dan mengembara bersama Zuko dari puak Api untuk menguasai elemen api dalam erti kata sebenar.

Versi filemnya telah dihasilkan pada 2010 dan filem ini akan ada susulannya untuk bahagian kedua.

KLIK SINI dan SINI untuk artikel penuh.




Wednesday, October 15, 2014

Animasi - Popeye Versi Baru

Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar ihsan: Yahoo Movies

 

Assalamualaikum.....



Sesiapa yang membesar di era 80an mesti biasa dengan cerita kartun Popeye ini. Memaparkan watak seorang kelasi dengan paip rokok di mulut, dengan tatu sauh di lengan dan yang menarik, menjadi kuat untuk kalahkan seterunya, Bluto hanya dengan makan setin sayur bayam :-) Siri kartun ini pernah difilemkan dengan Robin Williams sebagai Popeye.

Kartun yang dahulunya dalam bentuk 2D kini dalam proses ujian animasi pendek dalam bentuk 3D. Mungkin satu masa nanti akan direalisasikan sebagai filem animasi.



KLIK SINI untuk 'Popeye the Sailor Man'... toot-toooott!!

Animasi - Angry Birds Bakal Ke Layar Perak!

Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar ihsan: Yahoo Movies

 

Assalamualaikum.....




Sebelum ini filem animasi memaparkan watak dengan Lego. Kali ini dengan barisan burung pula. Barisan burung yang selama ini garang di permainan video kini dikhabarkan bakal muncul di layar perak. Barisan pelakon yang akan menyumbangkan suara juga sudah disahkan. Antaranya Jason Sudeikis, Bill Hader, Josh Gad, Maya Rudolph, Kate McKinnon, Keegan-Michael Key, Tony Hale, Ike Barinholtz, Hannibal Buress, Cristela Alonzo, Jillian Bell, Latin dan Peter Dinklage.


KLIK SINI untuk artikel beburung ini :-)


Wednesday, September 17, 2014

Hiburan - Mari BerCosplay :-)

Kredit kepada: Funny Coco
Gambar ihsan: Funny Coco



Assalamualaikum.....


Mari kita bercuti sambil melayan cosplay ..... ketika Kakashi memesan makanan di McD..
Hahahaha









KLIK SINI untuk lebih banyak cosplay...