MY FOLLOWERS

Showing posts with label peluang pekerjaan. Show all posts
Showing posts with label peluang pekerjaan. Show all posts

Monday, March 14, 2016

Berita - Karnival G2K di UMT Pada 4-6.3.2016

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....


Satu karnival kerjaya dipanggil G2K atau Gempak Keusahawanan Kerjaya telah diadakan di Dewan Sultan Mizan UMT pada 4-6 Mac 2016 baru-baru ini. Karnival kerjaya ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Idris bin Jusoh selaku Menteri Pengajian Tinggi. Karnival ini diadakan bagi memberi peluang kepada para pelajar dan orang awam memilih untuk menyambung pengajian, latihan atau mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh syarikat yang membuka gerai mereka dalam dewan di karnival ini. Senarai nama syarikat yang terlibat, jawatan, gaji, bilangan kekosongan dan syarat kelayakan ada dipaparkan pada dua papan kenyataan jawatan kosong yang disediakan sepanjang hari karnival ini berlangsung. 

Sekitar 40 gerai dibuka yang terdiri daripada pusat pengajian tinggi dan beberapa badan korporat. Antaranya Maybank, Salihin-UMT Accountancy Firm, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Lembaga Tabung Haji, Sime Darby, Adtec Jerantut, Great Eastern Takaful, Malaysia Airport Berhad, ILP Marang, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan, Hospital Salam (Hatimuda Sdn Bhd), Mextec Corp., Multimedia Development Corp. (MDEC), TMNet, Agro Bank, Batu Buruk Driving Academy (BBDA), Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Boustead Holdings, e-Rezeki, Ziq Bakery Sdn Bhd, Pointray (M) Sdn Bhd, Kolej Inforana, Noor Arfa Holdings Sdn Bhd, Khazanah Nasional Berhad, Quinara al-Safir, Kaneka Corp., Tenaga Nasional Berhad, Celcom, Pizza Hut (QSR Brands (M) Sdn Bhd), Shin-Etsu Polymer (M) Sdn Bhd, dan Aegis BPQ (M) Sdn Bhd. 





Karnival ini memberi peluang untuk semua yang hadir menghantar resume dan menghadiri temuduga. Pihak RTM juga mengadakan sesi ujibakat terbuka sebagai deejay kepada mereka yang berminat. Sesi ujibakat diadakan di luar dewan dan peserta boleh memilih sama ada bagi versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.  






Temuramah dengan pengunjung karnival bagi mendapatkan maklumbalas












Selain itu gerai jualan juga dibuka kepada para pengunjung. Antara yang dijual ialah burger, kopi, kain tudung, makanan dan minuman serta produk-produk kesihatan. Karnival ini dibuka kepada orang ramai dari 10 pagi hingga 5 petang. 


Tuesday, March 1, 2016

Artikel - Investment Talk HijrahRM Bersama Haji Bahrin 17.2.2016

Kredit kepada: PMB
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....








Satu perjumpaan HijrahRM Group diadakan di Public Mutual Berhad, Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu. Perjumpaan ini diadakan pada 17.2.2016 selepas solat Jumaat dikendalikan oleh Haji Bahrin. Perjumpaan kali ini adalah sebagai memberi motivasi dan galakan kepada para pelawat yang ingin membuat pelaburan dan mendapatkan pendedahan mengenai kelebihan melabur serta insentif yang akan diperoleh apabila menyertai bidang ini. 

Pada keesokannya juga diadakan perjumpaan ini dikendalikan oleh Che Norma dan dikhususkan kepada peserta wanita sahaja. 


Thursday, April 2, 2015

Berita - Karnival Usahawan Online Timorfest 27-28.3.2015

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....
















Karnival Usahawan Online Timorfest diadakan pada 27-28.3.2015 di Stadium Negeri Kuala Terengganu dengan pelbagai aktiviti menarik dan pelbagai barangan turut dijual. Ia bagi mempromosikan produk syarikat tempatan yang sebelum ini hanya dipasarkan secara dalam talian oleh para pengusaha. Antaranya kek, tawaran fotografi perkahwinan, kain tudung, baju dan seluar, bekas makanan, barangan kosmetik serta produk takaful dari Purdential BSN Takaful dan Great Eastern Takaful.


Selain itu, aktiviti menarik juga diadakan seperti pertandingan booth paling kreatif, pertandingan selfie bersama artis, cabutan bertuah, sesi lelongan barangan artis, serta jualan amal. Antara artis yang turut menyertai karnival selama dua hari ini ialah Leez Rosli, Zul Yahya, Izzue Islam, Faye Kusyairi, Anzalna Nasir dan Danny X-Factor.

Karnival ini dibuka kepada pengunjung dari 10 pagi hingga 10 malam.

Berita - Karnival Buku Terengganu 20-29.3.2015

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Karnival ini diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu dari 20-29.3.2015. Karnival ini dibuka kepada pengunjung dari 10 pagi hingga 10 malam. 












Selain daripada menjual buku, karnival ini juga mengadakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari ia berlangsung. Antaranya bengkel percuma Matematik dengan EzMath, Bicara Selebriti, Ceramah Perdana, serta sesi bersama penulis novel. Antara artis yang memeriahkan acara karnival ini ialah Izzue Islam, Yatt Hamzah, Siti Nordiana, Kumpulan Hijjaz, Kumpulan InTeam, dan Nazrey Johari (Raihan).

Tuesday, October 14, 2014

Artikel - Kerjaya Gaji Tinggi Tanpa Perlukan Ijazah

Kredit kepada: Ini Belog Berita
Gambar ihsan: Google Images
 

Assalamualaikum.....




Sebenarnya banyak, tetapi di sini disenaraikan beberapa sahaja. Memang betul, sama ada kita bakal bekerja dalam sektor swasta atau kerajaan, kelulusan paling rendah yang diperlukan ialah SPM. Pun begitu kena ingat juga bahawa selain mendapat keputusan akademik yang baik, seseorang pelajar itu juga perlu aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen yang baik dicatatkan dalam sijil berhenti sekolah. Ini penting untuk rujukan bakal majikan apabila bekerja kelak. 

Mahu kerja dengan gaji lumayan bukan semestinya perlu ada keputusan peperiksaan yang gah dan terbaik. Tidak semestinya. Setiap bidang pekerjaan yang diceburi, ada kriteria yang diperlukan dan mungkin tidak perlukan kelulusan yang tinggi. Antaranya seperti berikut:

Juruterbang
Perunding kewangan 
Ejen insurans
Ejen hartanah
Operator pelantar minyak
Pegawai keselamatan dan kesihatan
Wireman
Chargeman

Ketika di zaman bekerja, minat, ilmu, latihan, pengalaman dan kemahiran dalam sesuatu bidang adalah antara yang diperlukan. Sebab itu juga ada syarikat yang mengadakan seminar, kursus dan latihan kepada para pekerjanya bertujuan menambahkan ilmu dan kemahiran sedia ada khusus untuk digunakan dalam bidang pekerjaan tersebut.



KLIK SINI untuk artikel penuh.

Tuesday, June 3, 2014

Artikel - Warna Untuk Temuduga

Kredit kepada: Yahoo Finance
Gambar ihsan: Google Images

 
 
Assalamualaikum.....


 
Bagi yang selalu hadir ke temuduga, mungkin juga ada yang terlepas pandang mengenai keperluan mempertimbangkan apakah warna yang sesuai untuk ke sesi berkenaan. Apa yang tertulis di sini boleh dipertimbangkan sebagai satu pendapat, mungkin pihak penemuduga berpendapat sebaliknya (wallahualam). Apa yang kita pakai melambangkan siapa dan bagaimana kita lihat diri kita. Jadi selain daripada jenis pakaian (berkait juga dengan faktor budaya dan agama), apakah warna yang sesuai ketika menghadiri temuduga dan memberikan tanggapan pertama yang terbaik? Perkara ini pernah juga disentuh ketika penulis menghadiri Program R.I.C.H. yang diadakan sebelum ini.

Menurut satu kajian yang diadakan oleh pihak CareerBuilder, daripada 2099 pengurus yang menemuduga dan pihak sumber manusia menyatakan warna biru dan hitam adalah pilihan terbaik manakala jingga adalah pilihan paling teruk ketika menghadiri temuduga. Pilihan warna konservatif seperti hitam, biru, kelabu, dan coklat adalah pilihan selamat ketika bertemu penemuduga di bidang profesional. Warna terang seperti jingga yang melambangkan kreativiti adalah terlalu menonjol. Pihak penemuduga profesional juga berkongsi pandangan mereka ketika kajian dilakukan dan menerangkan serba sedikit tentang warna yang dipakai oleh calon. Disertakan juga analisis ringkas berkaitan psikologi warna dan apa mesej yang mungkin disampaikan oleh warna ini.


Hitam - Kepimpinan
Lambang glamor, bersifat eksklusif, canggih. satu warna yang perlu diberi perhatian serius. Jenama yang menggunakan warna ini seperti Chanel dan YSL menunjukkan mereka sebagai peneraju dalam industri.

Biru - Kerja berpasukan
Lambang kepercayaan dan keyakinan.

Kelabu - Logikal/Analitis
Sama ada melambangkan kebebasan atau keterasingan/isolation, bergantung kepada sejauh mana keyakinan diri seseorang. Oleh sebab warna ini bersifat seperti terpencil, tidak semestinya membawa maksud yang negatif tetapi boleh bermaksud anda seorang yang boleh berdikari dan berfikir sendiri.

Putih - Tersusun, teratur
Warna putih atau kuning air adalah pilihan yang baik tetapi akan ada sesetengahnya menyifatkan anda sebagai 'kurang keyakinan'. Pihak pengurusan berpendapat anda mungkin seorang yang teratur tetapi akan bermasalah jika pakaian itu terkena kotoran ketika bekerja nanti. Pihak AOL Jobs menyarankan pakai warna ini bila semua orang pakai warna terang.

Coklat - Boleh dipercayai dan diharap
Warna bumi ini melambangkan kemesraan, kehangatan, kebolehpercayaan, boleh diharap. Jenama seperti UPS dan coklat M & Ms antara yang menggunakan warna ini untuk produk mereka.

Merah - berkuasa
warna ini melambangkan kekuasaan dan keberanian, dan adalah pilihan terbaik apabila anda cuba meyakinkan seseorang, kata Kenny Frimpong selaku pengurus pembangunan dan pemasaran jenama di syarikat pakaian lelaki di Itali, bagi jenama  Eredi Pisano. Baginya warna ini juga melambangkan keterujaan dan tenaga.


Warna kuning, hijau, jingga dan ungu - kreatif
Melambangkan anda seorang yang periang dan boleh menarik perhatian tetapi kurang membangkitkan perasaan kepercayaan atau komitmen, namun masih sesuai bagi menghadiri perjumpaan atau mesyuarat dalaman.




KLIK SINI untuk artikel penuh.




Tuesday, April 8, 2014

Berita - Karnival Pendidikan MARA dan Azam Kerja 1Malaysia 2-3.4.2014

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Karnival Pendidikan MARA dan Karnival Azam Kerja 1Malaysia diadakan pada 2-3.4.2014 bertempat di Galeri A dan B Pusat Dagangan Terenggan (TTC). Karnival pendidikan ini membuka peluang kepada para lepasan SPM dan STPM bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang dan di institut pilihan masing-masing. Antara institut yang terlibat membuka gerai mereka dalam karnival ini ialah UniKL, Kolej MCS, KLMUC, Kolej DOMA, German-Malaysian Institute (GMi), GiatMARA, Help University, KDU University College, Kolej Poly-Tech MARA, Kolej Tafe Seremban, Kolej Unikop, TATI University College, Ranaco Education and Training Institute, UMW Corporation Sdn Bhd, MiCost, dan banyak lagi.










Karnival Azam Kerja 1Malaysia pula memberi peluang kepada para pencari kerja untuk mengisi jawatan kosong seperti yang diiklankan. Kaunter pendaftaran atas talian juga dibuka bagi memudahkan urusan pendaftaran. Antara agensi yang terlibat ialah A & W Reataurant, Jabatan Tenaga Kerja, Measat Broadcast Network System Sdn Bhd (Astro), Great Eastern Life Assurance, MARA Aerospace & Technologies Sdn Bhd, Marang Safari World Resort sdn Bhd, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Prinzpark Hotel Terengganu, Pizza Hut Malaysia, DRB Hicom Group, TM Malaysia dan banyak lagi.







Karnival ini dibuka kepada pengunjung dari 9 pagi hingga 6 petang sepanjang hari ia berlangsung.