MY FOLLOWERS

Monday, March 14, 2016

Berita - Karnival G2K di UMT Pada 4-6.3.2016

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....


Satu karnival kerjaya dipanggil G2K atau Gempak Keusahawanan Kerjaya telah diadakan di Dewan Sultan Mizan UMT pada 4-6 Mac 2016 baru-baru ini. Karnival kerjaya ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Idris bin Jusoh selaku Menteri Pengajian Tinggi. Karnival ini diadakan bagi memberi peluang kepada para pelajar dan orang awam memilih untuk menyambung pengajian, latihan atau mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh syarikat yang membuka gerai mereka dalam dewan di karnival ini. Senarai nama syarikat yang terlibat, jawatan, gaji, bilangan kekosongan dan syarat kelayakan ada dipaparkan pada dua papan kenyataan jawatan kosong yang disediakan sepanjang hari karnival ini berlangsung. 

Sekitar 40 gerai dibuka yang terdiri daripada pusat pengajian tinggi dan beberapa badan korporat. Antaranya Maybank, Salihin-UMT Accountancy Firm, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Lembaga Tabung Haji, Sime Darby, Adtec Jerantut, Great Eastern Takaful, Malaysia Airport Berhad, ILP Marang, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan, Hospital Salam (Hatimuda Sdn Bhd), Mextec Corp., Multimedia Development Corp. (MDEC), TMNet, Agro Bank, Batu Buruk Driving Academy (BBDA), Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Boustead Holdings, e-Rezeki, Ziq Bakery Sdn Bhd, Pointray (M) Sdn Bhd, Kolej Inforana, Noor Arfa Holdings Sdn Bhd, Khazanah Nasional Berhad, Quinara al-Safir, Kaneka Corp., Tenaga Nasional Berhad, Celcom, Pizza Hut (QSR Brands (M) Sdn Bhd), Shin-Etsu Polymer (M) Sdn Bhd, dan Aegis BPQ (M) Sdn Bhd. 





Karnival ini memberi peluang untuk semua yang hadir menghantar resume dan menghadiri temuduga. Pihak RTM juga mengadakan sesi ujibakat terbuka sebagai deejay kepada mereka yang berminat. Sesi ujibakat diadakan di luar dewan dan peserta boleh memilih sama ada bagi versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.  






Temuramah dengan pengunjung karnival bagi mendapatkan maklumbalas












Selain itu gerai jualan juga dibuka kepada para pengunjung. Antara yang dijual ialah burger, kopi, kain tudung, makanan dan minuman serta produk-produk kesihatan. Karnival ini dibuka kepada orang ramai dari 10 pagi hingga 5 petang. 


No comments: