Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner
Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum.....
Sebelum ini ada pergi ke klinik veterinar tetapi sayangnya doktor tidak dapat melakukan pembedahan atas sebab kekurangan ubat yang berkaitan.
Selepas itu, saya pun balik ke rumah dengan keadaan bisul matanya masih ada dan bernanah. Ada kuping sudah sedikit tertanggal dan si kucing ini pula sudah mula menggaru dengan kaki depan mungkin sebab gatal. Bila bergerak ke mana-mana, nampak keadaannya seperti sangat tidak selesa.
Sudahnya saya sendiri tidak sanggup lagi untuk tengok dan biarkannya begitu sahaja. Jadi saya bawa kucing ini sekali lagi ke klinik veterinar di Bukit Kecil, Kuala Terengganu.
Pemandangan di klinik, biasalah, sama juga macam klinik manusia. Setiap masa ada sahaja pesakit. Bezanya kali ini, doktor ada sediakan ubatnya sesuai dengan usianya. Jadi saya tinggalkannya dahulu di klinik selepas kucing ini disuntik dengan ubat penenang. Doktor beritahu boleh datang ambil semula selepas tengahari selepas jam 2 petang.
Sekitar tengahari, kucing ini dibius dan bisul mata dibuang dalam
keadaannya tidak sedar. Menurut doktor, matanya yang berbisul itu sudah
pun rosak dan tidak dapat melihat lagi, cuma tidak dibuang sebab tidak
pecah. Jadi mata itu dibiarkan sahaja. Kalau jadi apa-apa lain kali,
boleh telefon dan datang semula. Servis di klinik veterinar kerajaan cuma dicaj RM20
sahaja untuk kes kali ini.
Menurut doktor juga, kucing ini dalam kes ini, akan sedar sekitar 2 jam
kemudian. Jadi saya pun bawanya pulang ke rumah dan biarkannya tidur
dahulu. Sekitar petang barulah dia terjaga dan boleh berjalan semula,
itu pun masih terhuyung-hayang dahulu sebab kesan ubat bius yang belum
hilang. Keinginan untuk makan itu ada, cuma mungkin sebab kesan bius juga dia
jadi belum berselera.
Hanya selepas beberapa jam kemudian ketika sudah malam barulah dia nampak kembali cergas dan berselera makan. Foto akhir, selepas kembali pulih :-)
No comments:
Post a Comment