MY FOLLOWERS

Monday, March 21, 2016

Hidupan Liar - Nak Pelihara Sugar Glider?

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Ini bukan tupai terbang, ini namanya Sugar Glider.

Saya coretkan mengenai haiwan peliharaan ini selepas ke satu karnival dan di situ ada satu gerai yang menjual beberapa jenis haiwan peliharaan seperti kura-kura, cicak salamander, ikan dan hamster.  


Tengok sugar glider keee tengok awek tu? Senyum lagi...hehehe




Menurut Wikipedia, sugar glider (nama saintifik: Petaurus breviceps) ialah satu spesis haiwan possum nokturnal bersaiz kecil, omnivor dan termasuk dalam infrakelas marsupial. Namanya merujuk kepada sifatnya yang sukakan makanan bernektar manis dan kebolehannya meluncur di udara tidak ubah seperti tupai terbang. Penampilannya seakan sama dengan tupai terbang walaupun ia tiada kaitan.

Haiwan ini dikategori mengikut membran luncurannya dikenali sebagai patagium, yang boleh dikembang dari sisi kakinya. Meluncur menjadi kelebihannya bagi mencari makanan dan mengelakkan daripada haiwan pemangsa.


Saya bukanlah orang yang obses ikut trend semasa dalam hal membela haiwan seperti ini, bukan juga membenci cuma agak cerewet sebab ada anak kecil yang aktif sangat dan khuatir akan susah kemudian. Jadi di sini saya sertakan sahaja beberapa tips dan info dari laman lain. 

Ada satu blog menasihatkan kepada sesiapa yang berminat untuk bela haiwan ini, perlu untuk tahu semua kebaikan dan keburukannya, lebih-lebih lagi sebab ia akan bising pada waktu malam yang mungkin akan mengganggu waktu tidur anda. Jangan terlalu terpengaruh dengan orang lain kalau mereka juga membelanya. Kaji dahulu sebelum ambil sebarang keputusan. Anda boleh BACA SINI untuk selanjutnya.

Seperkara lagi, sudahkah anda bersedia kalau ia mengeluarkan bau-bau yang tidak menyenangkan? Bagaimana dengan aspek pemakanannya dan peralatan berkaitan untuk uruskannya? Kalau belum, anda kenalah BACA SINI untuk sedikit perinciannya.



Salamander - antara haiwan lain yang turut dijual pada hari karnival itu


Sedikit info berkenaan salamander ini. Ia haiwan dua alam. Ketika kecil ia banyak menghabiskan masa dalam air dan apabila sudah besar sedikit ia akan mula naik ke darat. Haiwan amfibia ini bersaiz seperti cicak sahaja. BACA SINI

Berkenaan kura-kura, saya baru tahu tentang hukumnya. Rupanya ada hukum agama yang menyentuh akan hal ini. Hukumnya dikatakan MAKRUH kerana memelihara haiwan yang tidak boleh dimakan dan tanpa ada niat untuk memakannya. Sila BACA SINI untuk keterangannya. 



No comments: