MY FOLLOWERS

Monday, March 14, 2016

Artikel - Tukar Kabel Bila Meter Kelajuan KM/H Tak Bergerak

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....


Salah satu perkara yang penting kepada setiap pemandu ketika memandu ialah tahu berapa kelajuan yang dilalui ketika itu. Kelajuan kenderaan dapat dilihat pada paparan meter kelajuan (km/h) bersama jumlah kilometer seluruh perjalanan. 

Di zaman serba canggih ini, banyak kenderaan sudah dipertingkatkan menjadi lebih moden dan canggih juga. Kini paparan meter sudah ada jenis jarum analog dan paparan elektronik digital.

Di sini, tumpuan adalah kepada masalah berkaitan meter jenis analog. 

Jarum meter analog km/h tidak berfungsi jika berlaku masalah sama ada bahagian gigi di sebalik paparan meter atau kabel penyambung ke bahagian enjin yang rosak. 

Dalam entri kali ini, penulis coretkan sedikit tentang masalah dihadapi iaitu kabel meter analog yang rosak. 

Sewaktu diperiksa di bengkel, didapati kabelnya reput dan sudah putus menyebabkan paparan meter terdiam tidak bergerak sepanjang perjalanan. Untuk baikinya, mekanik cabut sambungan kabel ini di bahagian enjin dan membuka seluruh bahagian papan pemuka di sebalik stereng sekaligus dengan jam digital. 

Hujung kabel baru disambung pada masukan di enjin dan belakang meter. Ada port masukan sudah tersedia untuk mudahkan sambungan.


Semua bahagian yang perlu dicabut dahulu


Bahagian masukan kabel dari sebelah papan pemuka


Bahagian masukan kabel dari sebelah enjin


Siap dan sudah berfungsi seperti biasa.



Selesai kerja menyambung, seluruh bahagian papan pemuka dipasang semula.


No comments: