MY FOLLOWERS

Monday, March 14, 2016

Kesihatan - Khasiat Pokok Mulberi

Kredit kepada: FB, Khasiatherba.com, Blog Mohd Isa, Laman Rumah Green World, Laman AUC
Gambar ihsan: FB


Assalamualaikum.....





Mungkin ramai yang tidak tahu dan belum tahu.

Tanaman dengan daun penghasil klorofil ini awalnya dikenali sebagai makanan istimewa untuk ulat sutera. Jika tidak makan daun ini, maka ulat sutera tidak mampu menghasilkan sutera yang baik. Oleh itu ramai petani yang membiakkan tanaman ini. 

Muleri adalah sejenis tanaman yang tumbuh dengan sinar matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh pada ketinggian lebih dari 100m dari permukaan laut.

Mulberi dikenali dengan nama berbeza di setiap negara. Kalau di Indonesia, ia dikenali sebagai Murbei atau arbei, di China dikenal dengan nama Sangye. 


Menurut ahli kimia, daun mulberi mengandungi beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin, scopolin, alfa, betahexenal, cis beta hexenol, cis lamda hexenol, benzaidehide, eugenol, lanaloolbenzyl alcohol, butylamine, acetone, trigonelline, cholin, adenine, copper, zinc, vitamin (a, b1, c dan karoten) dan asam amino, clorogenik, fumarat, folat, dan asam formyltetrahydrofolik, mioinositol dan phytoestrogren.


Daun mulberi baik untuk membantu mengatasi masalah berikut: 
  1. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
  2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
  3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
  4. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
  5. Membantu mengurangkan berat badan
  6. Mengurangkan keadaan asma yang teruk
  7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
  8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
  9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
  10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
  11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
  12. Menambahkan tenaga
  13. Meningkatkan produksi susu badan
  14. Membantu mengurangkan migrain, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
  15. Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan
  16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser (antioksidan)

Khasiat lainnya:
  1. Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnya. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.
  2. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.
  3. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.
  4. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.
  5. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.
  6. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.
  7. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan.
  8. Buah mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberi .
  9. Buah mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.
  10. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki.
  11. Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.
  12. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut.
  13. Jika mengalami masalah tangan atau kaki kebas, bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.
  14. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki.
  15. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.


Sumber rujukan:  SINI  |   SINI  |   SINI  |  SINI  |  SINI  |   



No comments: