MY FOLLOWERS

Showing posts with label buka puasa. Show all posts
Showing posts with label buka puasa. Show all posts

Wednesday, July 8, 2015

Artikel - Qada Puasa, Fidyah, Kaffarah

Kredit kepada: Halaqah.net
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....

Petikan daripada laman forum Halaqah.net 



MENINGGALKAN PUASA RAMADAN   (Bilangan 89 Bahagian Kedua)

Bilakah diwajibkan qada, fidyah dan kaffarah
 
ORANG perempuan yang dalam keadaan haid dan nifas tidak wajib dan tidak sah menunaikan puasa Ramadan. Walau bagaimanapun adalah wajib ke atas mereka qada puasa yang tertinggal itu apabila perempuan tersebut suci daripada haid dan nifas. Hal ini berdasarkan riwayat Aisyah Radiallahuanha berkata yang maksudnya:

"Kami diperintahkan mengqada puasa dan tidak diperintahkan mengqada sembahyang.’’ 
(Hadis riwayat Muslim).

Bagi orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja tanpa uzur syar’i adalah wajib ke atasnya mengqada puasa yang ditinggalkan itu dan dikira sebagai menderhaka kepada Allah swt kerana meninggalkannya dan pemerintah berhak menghukum (ta’zir) ke atas mereka. Perbuatan meninggalkan puasa Ramadan itu sangat merugikan dirinya. Perkara ini telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w., Baginda bersabda yang maksudnya:
 
"Sesiapa yang berbuka puasa sehari daripada bulan Ramadan dengan tiada keuzuran dan tidak sakit, dia tidak akan dapat menggantikannya dengan puasa sepanjang tahun.’’ (Hadis riwayat Bukhari).

Para ulama berselisih pendapat tentang fidyah terhadap orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja tanpa uzur. Menurut pendapat yang ashah di kalangan ulama-ulama Syafi’e orang sedemikian wajib ke atasnya fidyah. Mereka beralasan jika orang yang mempunyai keuzuran seperti perempuan yang menyusukan anak diwajibkan ke atasnya fidyah, bagaimana pula tidak wajib bagi orang yang sengaja meninggalkannya tanpa uzur?

Wanita hamil atau wanita yang menyusukan anak juga diharuskan berbuka puasa. Jika dia takut akan mudarat ke atas dirinya maka wajib ke atasnya qada puasa yang ditinggalkannya itu. Jika dia takut akan mudarat kepada diri dan kandungannya maka hukumnya sama juga sebagaimana dikenakan ke atas orang yang sakit dan musafir.   



Sumber rujukan:    SINI   |  

Friday, August 3, 2012

Artikel - Bedil: Keunikan Buka Puasa di Kuala Terengganu

Kredit kepada: Laman Lokman Ramli, TRG 5353, Sisi Kizz Kazz, My Adha
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....



Tahukah anda bahawa terdapat satu keunikan berbuka puasa dan bersahur di Kuala Terengganu dan kawasan sekitarnya?

Satu-satunya yang ada di sini dan tidak terdapat di negeri dan kawasan lain ialah anda tidak perlu tunggu saat azan atau menatap jam sebagai tanda berbuka atau imsak, sebaliknya anda akan mendengar bunyi bedil di langit sebagai tandanya. Selepas bunyi bedil, mungkin dalam beberapa minit barulah anda akan mendengar laungan azan. 

Tradisi membunyikan bedil ini sudah lama diamalkan di sini sejak 5 dekad yang lalu. Bunyi bedil ini 'dilepaskan' dari Bukit Pak Apil sebagai menandakan kemeriahan sambutan dan masuknya waktu berbuka puasa dan imsak di sepanjang Ramadhan setiap tahun. Anda boleh lihat peta lokasinya DI SINI.

Difahamkan tradisi bedilan ini menyusul selepas penggunaan genta atau loceng besar di Bukit Puteri ketika zaman Sultan Zainal Abidin Ketiga dari 1881 hingga 1918.

Bunyi bedil akan kedengaran sehingga sejauh 10 km. Bunyi bedil jelas kedengaran sehingga ke kawasan seperti Kuala Ibai, Chendering, sehinggalah ke Seberang Takir. Seperti kebiasaannya, bunyi bedil mula dapat didengar pada sebelah petang selepas waktu Asar sebanyak 7 kali pada hari sebelum puasa (solat tarawih pertama pada malam tersebut). Di kalangan masyarakat di sini, bunyi bedil ini dikenali sebagai 'bedil puasa'. Manakala pada malam raya dan pada pagi 1 Syawal, akan kedengaran lagi 7 kali pada malamnya dan 7 kali lagi pada pagi 1 Syawal. Bedilan pada malam raya dan pagi Syawal ini juga dikenali sebagai 'bedil raya'.

Seterusnya bunyi berkenaan akan kedengaran lagi sebanyak sekali pada waktu berbuka dan dua kali pada waktu imsak. Bedilan pertama adalah sebagai peringatan waktu sahur hampir berakhir. Pada ketika ini, masih boleh menghabiskan makanan dan minuman yang terakhir. Bila terdengar bunyi bedilan kedua selang beberapa minit kemudian yang turut menandakan telah masuk waktu imsak, maka anda perlu berhenti makan dan minum serta-merta.

Pun begitu, bunyi bedil masih boleh didengari pada enam hari berikutnya pada bulan Syawal bagi memudahkan mereka-mereka yang melakukan puasa sunat.



Sumber dentuman bedilan:  SINI  |  SINI  |  SINI  |  SINI  |   



Selamat menunaikan ibadah puasa :-)

Friday, July 20, 2012

Artikel - Bersahur Cara Rasulullah s.a.w.

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Rasulullah s.a.w amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w. “Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.” - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1923..

Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h: “Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur.” – Rujuk Fathul Baari, Jil.11, ms. 120.

Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab).

Sabda Rasulullah s.a.w: “Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” - Hadis riwayat al-Tirmizi.no: 643

Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi s.a.w amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda baginda s.a.w: “Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” - Hadis riwayat Ahmad. no: 10664.

Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w: “Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit.” - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1919.

Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah sendiri telah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu apabila azan Subuh dilaungkan. 

Firman Allah S.W.T: “Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).” - Surah al-Baqarah:187

Adalah disunnahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a berkata: “Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian akupun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w.” - Hadis riwayat al-Bukhari, no:1920.

Qadi Iyadh r.h berkata: “Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar.” - Dinukil dari Fathul Baari, jil. 11,ms. 114.

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan. 

Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:“Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w, kemudian baginda berdiri untuk solat.

Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat.” - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.

Hadis ini telah digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah sepuluh minit sebelum terbit fajar.

Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak lagi diperbolehkan makan dan minum. Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut adalah Rasulullah s.a.w langsung mendirikan solat subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w memulakan dan mengakhirkan sahur baginda.

Antara hikmah mengakhirkan sahur adalah:

1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.

2. Mengakhirkan sahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.

Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h: “Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa.

Bersahur Cara Rasulullah
oleh Mohd Yaakub Mohd YunuS
SUMBER:AL-KHAADEM

Saturday, September 4, 2010

Jalan-jalan Cari Makan - Menu Berbuka Puasa

Kredit kepada:
Gambar ihsan: Google Images

Assalamualaikum...




Pastinya berbuka puasa tidak lengkap jika tiada menu-menu menarik sepanjang bulan mulia ni. Sesekali berbuka puasa di luar beramai-ramai tidak kiralah bersama rakan-rakan atau keluarga semestinya menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan. Barangkali untuk meraikan sesuatu seperti hari lahir, dapat gaji, sebagai tanda kesyukuran, menyambut kepulangan orang tersayang, apa sahaja sebab untuk sesekali berbelanja besar makan di luar.

Di hari-hari lain, berbuka puasa di rumah memberikan suasana selesa dan lebih menjimatkan kos. Jadi, memasak lauk dan menyediakan juadah sendiri lebih menjadi pilihan kerana lebih memenuhi citarasa dan selera seluruh ahli keluarga. Bagi yang ingin menyediakan juadah sendiri, mungkin boleh cuba menu di bawah:






 NASI GORENG BERIANI


Bahan-bahan:
  1. 4-5 sudu besar minyak masak
  2. 5 cawan nasi
  3. 2 sudu besar rempah beriani } dibancuh dengan sedikit air
  4. 300 g daging ayam } dipotong kecil - boleh ganti dengan daging lembu jika suka
  5. 2 cawan sayuran campur beku
  6. 5 tangkai cili kecil } diketuk - suka pedas tambah lagi
  7. 1 sudu kecil paras rata jintan putih/halus (cumin) - TAK perlu tumbuk
  8. sedikit serbuk kunyit

Bahan A:
  1. 1 labu bawang besar - dicincang
  2. 5 ulas bawang putih - dicincang halus/ditumbuk
  3. 2 cm halia - dicincang halus/ditumbuk

Bahan sampingan:
  1. Hirisan timun
  2. Hirisan daun ketumbar
  3. Bawang goreng

Cara membuat:
  1. Panaskan minyak dan goreng bahan A sehingga kekuningan
  2. Masukkan rempah beriani , jintan putih dan serbuk kunyit, goreng sebentar sehingga wangi kemudian masukkan ayam
  3. Bila ayam masak dan airnya kering masukkan nasi, sayuran , cili api dan garam secukup rasa, goreng sehingga sebati
  4. Angkat hidangkan bersama timun, taburan bawang goreng dan hirisan daun ketumbar jika suka.


----------





NASI GORENG KERABU

Bahan-Bahan:
  1. 4 cawan nasi sejuk
  2. 2 ulas bawang merah-ditumbuk
  3. 2 ulas bawang putih-ditumbuk
  4. 10 biji cili api-ditumbuk
  5. 100 gm Isi ayam dipotong kecil
  6. 100 gm udang
  7. 100 gm Ikan bilis goreng
  8. 1 batang serai
  9. 1 batang bungan kantan
  10. 1 helai daun kunyit
  11. 3 helai daun limau purut
  12. 5 batang kacang panjang
  13. 5 batang kacang botol
  14. 5 putik jagung muda
  15. 1 batang lobak merah kecil- potong dadu
  16. Sedikit garam
  17. Minyak
  18. Sos ikan/nampla

Cara:
  1. Mayang halus bahan sayur.
  2. Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan-bahan yang telah ditumbuk halus.
  3. Apabila sudah garing masukkan ayam, udang dan biarkan seketika.
  4. Kemudian masukkan nasi dan kacau.
  5. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan juga bahan-bahan yang telah dimayang.
  6. Kacau hingga rata dan renjiskan sos ikan.
  7. Bila sayur tu nampak agak layu bolehlah diangkat dan hidangkan.


----------  




NASI GORENG UDANG

Bahan-bahan:
  1. 2 pinggan nasi putih
  2. 1 cawan udang basah besar (buang kulitnya dan tinggal bahagian ekor sahaja]
  3. 1 cawan sayur campur [mix vege]
  4. 1 biji telur (dipukul)
  5. 2 ulas bawang putih [ketuk]
  6. 1 s/k lada hitam
  7. 1 biji laga merah [cincang]
  8. 1 pokok daun bawang [ mayang]
  9. Garam secukup rasa
  10. Minyak

Cara:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan udang dan mix-vege dan kacau ratau.
  3. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau.
  4. Masukkan nasi serta sedikit garam dan gaulkan rata.
  5. Tutup api dan angkat.
  6. Hidangkan bersama daun bawng dan bawang goreng.



---------- 






SALAD BUAH-BUAHAN

Bahan-bahan:
  1. 2 biji epal hijau
  2. 2 biji epal merah
  3. 2 biji mangga (yg masak tapi keras)
  4. 1 biji betik exotica
  5. 1 tin nenas kiub
  6. anggur merah dan hijau
  7. kismis hitam dan kuning
  8. 3 cawan yogurt (sebarang perisa buah-buahan)
  9. 3 cawan ice-cream vanilla
  10. 3 s/b oren sunquick

Cara:
  1. Potong dadu semua bahan yang besar.
  2. Gaul rata bersama yogurt semua bahan-bahan lain.
  3. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
  4. Dihidangkan dalam mangkuk kecil


----------  





 SALAD BUAH

Bahan:
  1. 1 biji buah epal
  2. 300 g honey dew
  3. 300 g anggur hitam
  4. 300 g anggur hijau
  5. 300 g strawbery
  6. 2 cawan yogurt perasa rasbery atau apa-apa perasa buah yang digemari
  7. 1 cawan single cream (fresh cream)
  8. 2-3 sudu besar gula jika suka

Jika suka boleh guna buah-buah mengikut selera masing-masing seperti jambu batu, betik, dll.


Cara membuat:

Buah dipotong dadu, campurkan kesemua bahan dan sejukkan dalam peti sejuk, sedia untuk dihidangkan.


 ----------






DADIH

Bahan-bahan:
  1. 1/2 pek agar-agar (daripada pek agar-agar 25gram)
  2. 1 liter susu segar
  3. 6 1/2 gelas air
  4. 1 gelas gula
  5. secubit garam
  6. 2 sudu besar susu tepung

Cara-caranya:
  1. Agar-agar dan air di masak hingga hancur dalam periuk
  2. Masukkan gula dan garam, biar hingga hancur/ sebati
  3. Masukkan susu segar dan susu tepung (terlebih dahulu bancuh susu tepung dengan air dalam periuk, kalau masuk terus susu tepung dalam periuk tanpa dibancuh, takut susu akan berketul)
  4. Kacau sebati seketika then angkat (tak perlu didihkan lagi sebab susu segar benda yang ready to drink, memang sudah sedia masak)
  5. Tapis dan masukkan dalam acuan

P/S :  
Untuk perisa strawberry & coklat, beli susu segar yang berperisa tersebut, untuk lain-lain perisa guna susu segar yang asal dan tambahlah dengan bahan perisa yang digemari eg: laici, oren, etc (beli perisa double lion jerr)



SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERBUKA 
SELAMAT MENCUBA!!


SELAMAT HARI RAYA......

Monday, August 30, 2010

Jalan-jalan Cari Makan - Berbuka Puasa

Kredit kepada: Geng sepejabat, blogdrive
Gambar ihsan: Geng sepejabat, blogdrive


Assalamualaikum....

Di sini saya postkan gambar-gambar sewaktu berbuka puasa di restoran Seri Wangsa di Wakaf Beruas, Kuala Terengganu pada 25.8.2010 yang lalu. Bukannya majlis besar-besaran, sekadar berbuka secara kecil-kecilan dengan rakan-rakan sepejabat. Tiada sebarang booking dibuat tapi kami datang seperti makan pada hari-hari biasa. Meja yang lain semuanya sudah ditempah oleh pelanggan-pelanggan yang datang lebih awal. Barangkali ada yang sudah datang sebelum jam 6 petang. Ada yang tempah untuk 7 orang dan paling ramai hingga 12 orang. Biasalah, berbuka puasa bersama keluarga semacam menjadi satu lumrah setiap kali Ramadhan. Kami pula sampai pun agak lewat, tapi nasib baik dapat juga satu meja untuk kitorang 4 orang..


Sup ayam dan kepah

Puyuh goreng


Sayur kailan


Ikan masak merah


Sementara menanti waktu berbuka


"Bos, tambah air lagi dua laa...satu jer mana cukup..."


Bos tengah sms bini....hehehe.....


Drebar dan jurukamera sedang tunggu untuk berbuka


Bos sedang hidangkan air...jadi waiter kejap


"Alamak...cawan melekat la, bos..tak boleh tanggal maaa..."


Bos dan Engineer baru sudah makan...


Bos yang ketawa kekenyangan....hahahahahaa...


SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT BERBUKA .......