MY FOLLOWERS

Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts

Thursday, August 30, 2018

Jalan-jalan Cari Makan - Cara Kreatif Sediakan Lemang

Kredit kepada: FB ‎Nor Shafidah Mohamad‎ , Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Gambar ihsan: FB ‎Nor Shafidah Mohamad‎ , Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)


Assalamualaikum......


Ingin tahu cara masak lemang yang kreatif? 










Resepi lemang Alu yang ramai orang tertanya-tanya.. Resipinya sama sahaja seperti lemang buluh, begitu juga rasanya..

Bahan-bahan:

  • Beras pulut - 3 kg
  • Santan - 2 kg
  • Garam secukup rasa
  • Tin minuman
  • Daun pisang
  • Air secukupnya



Caranya:

  1. Basuh beras pulut dan rendam dengan santan dan air. Tambah garam secukup rasa. 
  2. Biarkan pulut terendam selama 1/2 jam
  3. Bersihkan daun pisang dan masukkannya dalam tin minuman yang telah dibersihkan.
  4. Seterusnya masukkan pulut ke dalam tin hingga ke paras yang dikehendaki, sambil masukkan santan sekali sama paras dengan pulut tadi. Jangan terlebih, nanti jadi lembik.
  5. Kemudian, bakar dalam ketuhar selama 1 1/2 jam dengan suhu 180 Celcius (api atas dan bawah)


1 kg pulut = 9 tin

Potong tin untuk keluarkan lemang.


Saturday, August 4, 2018

Jalan-jalan Cari Makan - Kuih Kuba Guling

Kredit kepada: Sanrie Sport Ventures
Gambar ihsan: Sanrie Sport Ventures, Sinar Harian Edisi Terengganu


Assalamualaikum.....


Sudah lama tidak menulis dalam segmen ini. 




Bulan Ramadan 2018 kali ini rasanya tidak sama dengan tahun-tahun yang lepas. Kali ini penulis berpeluang bergiat aktif dalam bisnes berkaitan makanan. Bukanlah bisnes yang utama sebab ini hanyalah projek sampingan atau side project penulis bersama rakan bisnes, khas untuk bulan Ramadan. Kali ini kami mengambil peluang untuk perkenalkan satu kuih tradisi lama tang berasal dari Thailand. Di Terengganu, kuih ini dikenali sebagai kuba guling. 

Berkenaan bahan-bahan untuk membuatnya ada disiarkan dalam beberapa entri di laman Facebook. Pengunjung boleh cari sendiri dengan menaipkan 'kuba guling' di enjin carian Facebook.






Pun begitu, dimaklumkan, kuih kuba guling versi yang dijual di gerai kami tidak menggunakan arang tempurung untuk memberikannya warna hitam seperti yang dijual di tempat lain. Sebagai alternatif, kami gunakan bahan lain yang lebih baik sebagai pewarnanya dan ia selamat untuk dimakan. 

Seperkara lagi, secara umumnya, kemungkinan kuantiti bahan dalam ramuan yang disiarkan di media sosial atau mana-mana buku resipi juga tidak tepat. Yang menjadikan satu-satu masakan itu sedap di mulut pelanggan ialah kemahiran si tukang masak itu sendiri, secekap mana dia memasak dan menjadikan masakan itu kena dengan citarasa pelanggan. 


Cerita asalnya, kami sebenarnya menjual air buah di gerai di bazar Ramadhan kali ini. Walaubagaimanapun, sambutannya sangat rendah dan seperti tenggelam dalam persaingan dengan gerai-gerai lain yang turut menjual air. Untuk 10 hari pertama, kutipan juga tidak menjadi seperti yang diharapkan. 

Maka, kami memilih untuk menutup sekejap perniagaan kami bagi memberikan peluang untuk kami mencari solusi yang terbaik bagi menghidupkan bisnes di gerai ini. Hasil perbincangan dan hasil maklumat yang beredar di media sosial, kami mendapati satu kuih yang menjadi viral ketika itu iaitu kuba guling. 

Tiada jalan lain, jadi kami pilih untuk mengambil peluang yang tersedia ini untuk mengusahakan dan menjual kuih ini. Hasilnya, sambutan sangatlah menggalakkan. Ada harinya, walaupun stok dibawa agak banyak, jualan menjadi sangat laris hingga ia habis dalam masa 20 minit, atau paling lama sejam. Oleh sebab itu juga setiap kali bisnes dibuka, kami turut memesan kepada pelanggan yang datang lewat supaya datang awal disebabkan sambutannya. 






Yang menarik, sambutan yang diberikan juga telah menarik perhatian pihak Sinar Harian Edisi Terengganu untuk memaparkan berita kami di akhbarnya. 

Pengunjung boleh KLIK SINI untuk lihat artikel beritanya. 



Saturday, July 8, 2017

Jalan-jalan Cari Makan - Ayam Kukus Chinese

Kredit kepada: FB Resipi Sedap
Gambar ihsan: FB Resipi Sedap



Assalamualaikum.....





Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong 20-24 (macam buat nasi ayam)
2" halia dihiris nipis
5 batang daun bawang dipotong panjang
Garam secukup rasa

 

Bahan untuk perap:

3 sdt kicap cair
2 sdt minyak bijan
1 sdt lada serbuk hitam
Garam secukup rasa.
Gaul semua bahan dan lumur pada ayam perap lebih kurang 1 jam

 


CARA PENYEDIAAN:
  1. Panaskan kukusan pada api besar 
  2. Susun ayam atas pinggan kukusan 
  3. Taburkan halia dan daun bawang 
  4. Kukus sehingga empuk.







Tuesday, August 9, 2016

Jalan-jalan Cari Makan - Makan Malam Tepi Pantai di Uptown Kontena Dapo Pata, Tok Jembal, Kuala Terengganu

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....



Sebelum ini ada seorang rakan memaparkan entri di Facebook memperkenalkan tempat makan dengan suasana menarik tepi pantai iaitu Dapo Pata di Kampung Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu. Nama Dapo Pata itu sendiri datangnya dari sebutan loghat Terengganu iaitu dapur (dapo) dan pantai (pata). 


Kini ia menjadi satu lagi destinasi baru kepada pelanggan yang mahu menikmati makan malam dalam suasana indah dan tenang tepi pantai. Berbeza dengan destinasi di tempat lain apabila bangunan tempat makannya dibina secara kreatif dan berkonsepkan hipster dengan menggunakan susunan beberapa kontena. Pengunjung boleh menikmati hidangan di tempat duduk yang disediakan secara terbuka sama ada di bawah atau di tingkat atas atau boleh sahaja memilih untuk makan di mana-mana warungnya yang menghadap ke pantai.














Secara mudahnya, untuk sampai ke destinasi ini, pengunjung perlu datang dari arah simpang sebelah pintu masuk Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Dari situ boleh nampak deretan lot kedai dan yang pertama adalah sebuah klinik. Dari situ, teruskan perjalanan hingga melepasi jambatan kecil dan kemudian, jalan akan berpecah kepada dua arah. Di situ ada papan tanda kuning menandakan selekoh tajam. Dari situ, masuk simpang ke kanan dan teruskan hingga melepasi kawasan perumahan. Di situ, jangan tersilap kerana ada satu restoran seumpamanya dengan nama CVU iPata. Di restoran itu ada deretan pondok dengan binaan atap nipah yang menempatkan meja-meja makan untuk pengunjungnya. Kalau melalui restoran ini, teruskan perjalanan hingga sampai ke satu simpang jalan masuk ke kiri yang kedua berdekatan rumah orang kampung dan ada papan tanda biru di situ.




Masuk ke simpang itu hingga nampak binaan dengan susunan kontena. Kalau sudah nampak kontena, maka anda telah sampai ke Dapo Pata. Maaf sebab di situ tiada papan tanda tunjuk lokasi. Kalau pengunjung datang ke sini pada sebelah malam, maka dari jauh akan nampak deretan lampu bergantungan berwarna kuning yang sangat banyak. Itu lebih memudahkan pencarian.

Buat masa ini, sekitar 10 kontena sudah dibuka. Menu dihidangkan antaranya hidangan makanan laut seperti set ikan tenggiri, set pari, takoyaki, kentang goreng, wafel, lempeng, popia goreng, soto, nasi air, kebab, nasi goreng, mihun sup, laksa. Harga dinyatakan juga tidak terlalu mahal dan lagi seronok kalau datang ke sini bersama keluarga atau berkumpulan.






Menu yang biasa-biasa pun ada...





Datang cari makan, dapat tambah makan percuma!

Sewaktu saya pertama kali berkunjung ke tempat makan ini pada 4.8.2016, semua orang masih dalam mood raya dan pihak Dapo Pata sendiri sedang mengadakan majlis jamuan raya pada malam itu. Maka saya pun dapatlah sedikit kesempatan untuk makan percuma.. hahaha.. Antara menu raya yang disediakan ialah kambing bakar, sate, agar-agar, koktel, cendol, lemang, rendang, laksa, nasi himpit dan mihun goreng. Turut diadakan bagi memeriahkan jamuan ini ialah persembahan buskers daripada kumpulan tempatan.



Kambing bakar






Dapo Pata ini dibuka setiap hari kepada pengunjung dari jam 5 petang hingga 12 malam. 


Baca juga pendapat pengunjung:   SINI   |   SINI   |   SINI   |    SINI   |    SINI   |    



Friday, January 29, 2016

Jalan-jalan Cari Makan - Kentang Putar

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB


Assalamualaikum.........





Bahan-bahan:
  • 10 biji kentang - dibuang kulit dan dipotong kiub
  • 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
  • 1/2 cawan susu segar
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Rebus kentang dengan dimasukkan sedikit garam
  2. Setelah empuk, toskan air dan tumbuk sedikit untuk hancurkannya
  3. Kemudian guna pengisar atau hand mixer dan putarkannya sehingga kentang jadi halus dan gebu.
  4. Sambil putar jangan lupa masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya.

Sos kentang putar (gravy)

Bahan-bahan ( untuk makan 3 - 4 orang )

  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Kcap pekat - untuk mendapatkan warna
  • Garam

Cara-cara:
  1. Didihkan air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih. Renihkannya dalam 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tidak melekat pada tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap untuk berikan warna). Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  5. Masaklah ikut pekat mana yang disukai.

Wednesday, January 20, 2016

Jalan-jalan Cari Makan - Resipi Kuih Lopes

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB



Assalamualaikum.....




Bahan-Bahannya:
  • 3 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut putih yg di gaul dengan sedikit garam
  • daun pisang

Bahan untuk Air gula:
  • Daun pandan
  • Gula melaka
  • Air


Cara-caranya:
  1. Cuci beras pulut. Rendam 1/2 jam. Tos beras, kemudian masukkan beras, santan cair dan air pandan dalam periuk. Masak seperti memasak nasi.
  2. Panaskan pengukus.
  3. Potong daun pisang kepada 4 segi, balutkan pulut yg telah dimasak tadi, gulung dalam bentuk silinder biar padat. Ikat dengan kemas. Kukus selama 15-20 minit.
  4. Angkat dan sejukkan. Potong bulat dan gaul dengan kelapa parut. Makan bersama air gula melaka.



Tips:
Untuk mudah memotong pulut yang dikukus, boleh cuba potong menggunakan benang yang ditegangkan.







Sunday, October 11, 2015

Jalan-jalan Cari Makan - Puding Roti Marble

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB



Assalamualaikum.....






Bahan-bahan:
  • 1 paket agar-agar tali (18g) 
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cwan gula pasir
  • 1/2 cwan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu mkn Mentega
  • 3'1/2 cwan air
  • Perwarna merah
  • Serbuk koko


Cara memasak:
  1. Cuci agar-agar, tos airnya. 
  2. Kemudian rebus agar-agar, gula pasir dengan 3 cawan air. Rebus sehingga agar-agar jadi lembut dan cair. 
  3. Kisar roti, susu pekat manis, susu cair, 1/2 cawan air, telur. Ketepikan dahulu. 
  4. Bila agar-agar sudah cair, masukkan semua bahan yang dikisar tadi. Gaul hingga rata, gunakan api sederhana dan tunggu hingga mendidih. 
  5. Masukkan mentega dan gaul lagi hingga mentega cair dan padamkan api. 
  6. Bahagikan kepada 3 adunan. Satu adunan dengan pewarna merah. Satu adunan lagi dimasukkan serbuk koko (bancuh dahulu serbuk koko dengan 1 cawan kecil air suam untuk elakkannya jadi berketul). Satu adunan lagi biarkan tanpa letak apa-apa pewarna. 
  7. Ambil loyang dan letakkan 1 senduk pewarna asli, kemudian warna merah dan warna koko. Buat secara berlapis. 
  8. Kemudian masukkan dalam peti ais. 






Jalan-jalan Cari Makan - Asam Pedas Ikan Pari

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB



Assalamualaikum.....




Bahan-bahan:
  • 4-5 ketul ikan pari (ikut saiz yang disukai)
  • 7 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 5 ulas bawang kecil
  • 2 keping asam keping
  • Sedikit air asam jawa
  • 1/2 paket serbuk kari ikan
  • Sedikit belacan
  • Segenggam daun kesum
  • Setangkai bunga kantan
  • 6 batang bendi
  • Garam dan bahan perasa
  • 2 mangkuk air


Cara memasak:
  1. Kisar cili padi, cili merah, belacan dan bawang
  2. Masakkan bahan kisar bersama rempah dengan api perlahan hingga cili dan rempah masak
  3. Masukkan asam keping
  4. Tambahkan air dan air asam jawa
  5. Masukkan ikan pari
  6. Masukkan daun kesum dan bunga kantan
  7. Tambah garam dan perasa
  8. Masukkan bendi ke dalam asam pedas
  9. Biar mendidih sehingga ikan masak.
  10. Boleh dihidangkan.

Sumber : Resepi Orang Kampung







Wednesday, October 7, 2015

Jalan-jalan Cari Makan - Resepi Dalca

Kredit kepada: Yahoo Travel Inspirations, Irish Independent
Gambar ihsan: Yahoo Travel Inspirations



Assalamualaikum.....



Bahan-bahan:
  • Daging, hati dan paru lembu
  • 300 gm daging lembu dipotong kecil
  • Hati lembu dipotong kecil
  • Paru lembu (diptong dan direbus terlebih dahulu biar empuk)
  • 2 biji bawang besar sederhana saiz
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu rempah dalca
  • 1 mangkuk santan
  • Sedikit halia
  • Sedikit air asam jawa
  • Bahan penumis
  • Minyak masak
  • Garam dan sedikit gula
  • Sayur
  • Kacang panjang
  • Terung
  • Bendi
  • Ubi kentang
  • Lada hijau
  • Lobak merah


Caranya:
  1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar halus serta bahan penumis sehingga naik bau, kemudian masukkan rempah dalca. Biarkan ia sebati dan pecah minyak.
  2. Masukkan sedikit air dan masukkan daging lembu, biarkan ia empuk. Kemudian masukkan hati lembu dan paru lembu
  3. Kemudian baru masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula
  4. Jika agak pekat, masukkan sedikit air dan masukkan air asam jawa


Sunday, October 4, 2015

Jalan-jalan Cari Makan - Resepi Nasi Tomato

Kredit kepada: Yahoo Travel Inspirations, Irish Independent
Gambar ihsan: Yahoo Travel Inspirations



Assalamualaikum.....





Bahan-bahan:
  • Nasi
  • 2 cawan beras basmathi 
  • 2 1/2 cawan air
  • Sedikit halia
  • 1 1/2 biji bawang besar sederhana saiz potong dadu
  • 2 ulas bawang putih potong dadu
  • Bahan penumis (kayu manis, cengkih dan bunga lawang)
  • 3 sudu besar tomato paste
  • 1 kiub pati ayam
  • Sebatang serai diketuk
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • Sedikit minyak tuk menumis
  • Garam
  • Hiasan daun pudina dan bawang goreng

Caranya:
  1. Bersihkan beras basmathi dan rendam sekejap
  2. Panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia serta bahan penumis
  3. Tumis sehingga naik bau kemudian masukkan pes tomato, serai, kacau sebati.
  4. Kemudian toskan beras dan masukkan dalam pemasak nasi dan masukkan bahan tumis tadi serta air dan garam. Sukatan air bergantung pada beras yang digunakan. Jika basmathi biasa 1 cawan beras airnya 1 1/2 cawan.   
  5. Tanak seperti tanak nasi
  6. Bila sudah masak, baru kacau perlahan-lahan



Wednesday, September 30, 2015

Jalan-jalan Cari Makan - Resepi Acar Timun

Kredit kepada: Yahoo Travel Inspirations, Irish Independent
Gambar ihsan: Yahoo Travel Inspirations



Assalamualaikum.....



Bahan-bahannya:
  • Timun dipotong memanjang dibuang empulurnya
  • Lobak merah dipotong memanjang
  • Nenas dipotong
  • Bawang di mayang halus
  • Sedikit cuka
  • Garam dan gula
  • Air kapur

Caranya:
  1. Timun, bawang dan lobak yang telah dipotong direndam sekejap dalam air kapur untuk merangupkannya. 
  2. Setelah itu bersihkan kembali timun tadi.
  3. Kemudian masukkan sedikit cuka, garam, gula dan nenas. Kacau sebati dan boleh masukkan dalam peti ais. 



Monday, August 31, 2015

Jalan-jalan Cari Makan - Biskut Samprit Cheese

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....



Bahan-bahannya:
  • 200g mentega (yang tulen akan membuatkan biskut lebih sedap) 
  • 100g cream cheese
  • 130g gula ising
  • 200g tepung jagung kupu-kupu
  • 140g tepung kastad (birds custard)
  • 180g tepung gandum
  • 2 biji kuning telur
  • 2 camb susu pekat manis
  • 1/2 camt esen vanilla
  • Ceri merah, kismis hitam atau choc chip untuk hiasan


Cara-caranya:
  1. Pukul mentega, cream cheese sehingga gebu.
  2. Masukan esen vanilla susu pekat dan telur sebiji-sebiji. Pukul perlahan sampai sebati.
  3. Campurkan kesemua tepung, masukan sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan spatula sehingga menjadi doh.
  4. Biarkan 5-10 minit. Picit dengan acuan samprit.letakkan ceri merah, kismis hitam atau choc chip sebagai hiasan.
  5. Bakar 15 minit, suhu 150*C dengan api bawah. 



Thursday, August 27, 2015

Jalan-jalan Cari Makan - Gaya Nasi Ayam Seluruh Dunia

Kredit kepada: Yahoo Travel Inspirations
Gambar ihsan: Yahoo Travel Inspirations


Assalamualaikum...

Nasi dan ayam memang tidak dapat dipisahkan dalam masyarakat kita. Sebab itulah adanya menu bernama nasi ayam. Hehehe... Tahukah anda semua bukan di negara kita sahaja yang ada menu ini? Bahkan di negara lain juga ada, dengan gaya dan nama-nama yang berbeza.  Berikut adalah menu itu:



Jollos rice: Afrika


Chicken Machboos: Bahrain


“Saliva” Chicken with rice: China, Szechuan


Greek rice pilaf with chicken: Greek


Cantonese Claypot Chicken Rice: Hongkong


Chicken Risotto: Itali


Chicken Biryani: India


Ayam Penyet: Indonesia


Oyakodon: Jepun
 

Bibimbap Chicken: Korea



Arroz Con Pollo: Amerika Latin


Burrito: Mexico



Chicken Tagine with cous cous: Maghribi
 
 
Arroz Caldo: Filipina


Al Kabsa: Arab Saudi


Hainanese Chicken Rice: Singapura


Khao Man Gai: Thailand


Three Cup Chicken (San Bei Ji): Taiwan


Makan makan dan lagi:   SINI   |