MY FOLLOWERS

Saturday, August 4, 2018

Jalan-jalan Cari Makan - Kuih Kuba Guling

Kredit kepada: Sanrie Sport Ventures
Gambar ihsan: Sanrie Sport Ventures, Sinar Harian Edisi Terengganu


Assalamualaikum.....


Sudah lama tidak menulis dalam segmen ini. 




Bulan Ramadan 2018 kali ini rasanya tidak sama dengan tahun-tahun yang lepas. Kali ini penulis berpeluang bergiat aktif dalam bisnes berkaitan makanan. Bukanlah bisnes yang utama sebab ini hanyalah projek sampingan atau side project penulis bersama rakan bisnes, khas untuk bulan Ramadan. Kali ini kami mengambil peluang untuk perkenalkan satu kuih tradisi lama tang berasal dari Thailand. Di Terengganu, kuih ini dikenali sebagai kuba guling. 

Berkenaan bahan-bahan untuk membuatnya ada disiarkan dalam beberapa entri di laman Facebook. Pengunjung boleh cari sendiri dengan menaipkan 'kuba guling' di enjin carian Facebook.






Pun begitu, dimaklumkan, kuih kuba guling versi yang dijual di gerai kami tidak menggunakan arang tempurung untuk memberikannya warna hitam seperti yang dijual di tempat lain. Sebagai alternatif, kami gunakan bahan lain yang lebih baik sebagai pewarnanya dan ia selamat untuk dimakan. 

Seperkara lagi, secara umumnya, kemungkinan kuantiti bahan dalam ramuan yang disiarkan di media sosial atau mana-mana buku resipi juga tidak tepat. Yang menjadikan satu-satu masakan itu sedap di mulut pelanggan ialah kemahiran si tukang masak itu sendiri, secekap mana dia memasak dan menjadikan masakan itu kena dengan citarasa pelanggan. 


Cerita asalnya, kami sebenarnya menjual air buah di gerai di bazar Ramadhan kali ini. Walaubagaimanapun, sambutannya sangat rendah dan seperti tenggelam dalam persaingan dengan gerai-gerai lain yang turut menjual air. Untuk 10 hari pertama, kutipan juga tidak menjadi seperti yang diharapkan. 

Maka, kami memilih untuk menutup sekejap perniagaan kami bagi memberikan peluang untuk kami mencari solusi yang terbaik bagi menghidupkan bisnes di gerai ini. Hasil perbincangan dan hasil maklumat yang beredar di media sosial, kami mendapati satu kuih yang menjadi viral ketika itu iaitu kuba guling. 

Tiada jalan lain, jadi kami pilih untuk mengambil peluang yang tersedia ini untuk mengusahakan dan menjual kuih ini. Hasilnya, sambutan sangatlah menggalakkan. Ada harinya, walaupun stok dibawa agak banyak, jualan menjadi sangat laris hingga ia habis dalam masa 20 minit, atau paling lama sejam. Oleh sebab itu juga setiap kali bisnes dibuka, kami turut memesan kepada pelanggan yang datang lewat supaya datang awal disebabkan sambutannya. 






Yang menarik, sambutan yang diberikan juga telah menarik perhatian pihak Sinar Harian Edisi Terengganu untuk memaparkan berita kami di akhbarnya. 

Pengunjung boleh KLIK SINI untuk lihat artikel beritanya. 



No comments: