MY FOLLOWERS

Showing posts with label usahawan. Show all posts
Showing posts with label usahawan. Show all posts

Thursday, March 28, 2019

Artikel - Himpunan Belia dan Beliawanis Terengganu, Stadium Negeri Kuala Terengganu 22-23.2.2019

Kredit kepada: SSV, owner
Gambar ihsan: owner



Satu himpunan yang dinamakan Himpunan Belia dan Beliawanis Terengganu telah diadakan di Stadium Negeri Kuala Terengganu pada 22-23.2.2019 yang menghimpunkan ramai anak muda negeri ini.

Himpunan ini merupakan kali pertama diadakan menghimpunkan anak muda dari pelbagai peringkat usia.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang dua hari himpunan ini berlangsung. Program himpunan ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.





















Himpunan anak muda Terengganu ini juga mendapat liputan di pelbagai saluran media. Pautannya turut disediakan di sini.

Klik Sini: 
Sinar Harian  |  Twitter Dr SAMTeganu Kita 1  |  Teganu Kita 2  |  Utusan  |  Buletin Online  | 





Sunday, November 9, 2014

Berita - Sekitar Karnival Belia Niaga di TTC 6-8.11.2014

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Karnival Belia Niaga dan Satu Daerah Satu Industri diadakan serentak pada 6-8.11.2014 di Terengganu Trade Center (TTC) melibatkan penyertaan daripada banyak syarikat dan organisasi kerajaan untuk memasarkan produk keluaran mereka kali ini.















Karnival anjuran YPU, MITI dan kerajaan negeri Terengganu ini diadakan di Galeri A disertai syarikat seperti Misfa Creative, Four Flower, Linn Enterprise, Pusrawi, SSI Collection, Gojes Inn Shop, Yatie Diaz, Hany-Q, Shinora Frozen, dan banyak lagi. Turut diadakan ialah persembahan dikir barat, permainan gasing, mencanting batik dan cabutan bertuah.



Berita - Sekitar Karnival SDSI di TTC 6-8.11.2014

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Karnival Belia Niaga dan Satu Daerah Satu Industri diadakan serentak pada 6-8.11.2014 di Terengganu Trade Center (TTC) melibatkan penyertaan daripada banyak syarikat dan organisasi kerajaan untuk memasarkan produk keluaran mereka kali ini.












Karnival anjuran YPU, MITI dan kerajaan negeri Terengganu ini diadakan di Galeri B disertai organisasi kerajaan dan syarikat dari Pahang, Kelantan dan Terengganu seperti MSAM Link Enterprise, Permata Al-Wahyu, Madu Lebah Acacia, Adina Batik, Perbadanan Memajukan Iktisas Negeri Terengganu (PMINT), Sisme Food Industries, Ketengah Rumpai Laut Enterprise, Pejabat Daerah dan Tanah Setiu, Koperasi Pemungut Madu Lebah Asli Terengganu Berhad (Kopemat), MSB Enterprise, Pejabat Daerah Marang, dan banyak lagi dengan menjual produk tempatan seperti batik, keropok, sate ikan, coklat, kuih-muih, produk kayu serta rotan. Bagi memeriahkan lagi acara karnival ini, pelbagai acara telah diatur kali ini antaranya tarian tradisional, dan persembahan nasyid. Karnival ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam sepanjang hari ia berlangsung. 



Monday, October 28, 2013

Artikel - Siput Gondang: Perosak Tanaman Padi

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....








Satu lagi info pertanian diperoleh ketika diadakan Ekspo HPPNT pada September 2013 yang lalu.

Siput gondang - haiwan perosak tanaman padi. Telurnya yang berwarna merah adalah puncanya yang akan makan dan rosakkan padi.

DI SINI ada sedikit info tentang tanda serangannya.

Friday, October 4, 2013

Artikel - Madu Kelulut

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner

 


Assalamualaikum....

Info ini diperoleh ketika ekspo SDSI di TTC sebelum ini dan HPPNT pada September 2013 baru-baru ini.







Ramai yang belum tahu akan khasiatnya. 

Jika ingin tahu lagi mengenai khasiatnya, anda boleh ke sini:

Madu tualang/hutan dan madu kelulut - sarang madu tualang/hutan biasanya dalam haif (hive) manakala madu kelulut pula datang batang pokok kelulut. rasa madu kelulut sedikit masam berbanding madu tualang/hutan, madu pokok akasia, dll. tetapi khasiat masih sebaik madu lainnya. 

Wednesday, June 5, 2013

Artikel - ATV Ride

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....




Sebelum ini penulis siarkan entri hiburan hujung minggu memaparkan suasana di pantai Batu Buruk yang meriah dengan pony ride, persembahan pentas dan ATV, sejenis motorsikal. Aktiviti ini juga ada di pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir berdekatan tapak pasar minggu. Menurut pengusahanya, ia dibuka pada hujung minggu dan persekolahan dari jam 3 petang hingga 7 malam. Pengunjung dikenakan bayaran RM15 untuk menaikinya selama 20 minit.

Sunday, October 21, 2012

Seni & Kreativiti - Produk Ukiran Kayu dan Kraftangan

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum......


Seni ukiran kayu warisan zaman berzaman. Masih ramai lagi pengusaha yang menghasilkannya. Sebahagiannya dihasilkan bukan untuk perhiasan malah untuk kegunaan dalam kehidupan seharian. Antara yang dihasilkan ialah rehal al-Quran, bingkai hiasan dengan motif awan larat dan kalimah Allah dan Muhammad, rak hiasan, bingkai cermin, sarung dan hulu keris, perabot serta rantai kunci (key chain).
 
Penulis berpeluang melihat kepelbagaian produk yang dihasilkan sewaktu ke Ekspo SDSI yang diadakan di TTC Kuala Terengganu pada 4-6.10.2012 yang lalu. Sewaktu ke booth yang mempromosikan keris, penulis difahamkan oleh pengusahanya, mereka juga ada menerima tempahan sehingga ke Kuala Lumpur dan ada sesetengah tempahan ukirannya mencecah ribuan ringgit. Ukiran motif burung serindit antara yang paling mahal. Mungkin kerana ketelitian ukiran yang menjadikannya semahal itu. 


















Ekspo SDSI Peringkat Zom Timur berlangsung pada 4-6.10.2012 di TTC Kuala Terengganu dari jam 10 pagi hingga 10 malam.