Gambar ihsan: Bangku Kosong, Beautiful Nara
Assalamualaikum...
Saya sebenarnya kurang bersetuju apabila dikatakan pada usia remaja ini adalah waktu untuk mencuba pelbagai perkara. Memang diakui, pada waktu inilah keinginan untuk mencuba pelbagai perkara baru membuak-buak dalam diri, ibarat air yang sedang mendidih. Kata orang, masih panas. Lebih-lebih lagi selepas tamat peperiksaan SPM kerana sudah tidak lagi terikat dengan peraturan sekolah dan pakaian sekolah. Jika masih di bangku sekolah, kebebasan untuk mencuba agak terhad. Justeru, peluang selepas tamat SPM sangat dinantikan bagi segolongan remaja.
Namun, tidaklah bermaksud saya menudingkan jari pada semua remaja, kerana dalam masa yang sama masih terdapat segolongan lagi yang begitu mengambil berat, menginsafi diri dan masih berpegang teguh pada didikan agama yang diperolehi.
Dalam isu ini, saya menumpukan kandungan pada apa yang berlaku di kalangan artis kita hari ini, dalam aspek penjagaan aurat. Terbaru, artis Irma Hasmie telah berhijrah sesudah menunaikan umrah. Katanya, terasa seperti tidak biasa jika tidak bertudung. Alhamdulillah, semoga mendapat keberkatan dariNya sentiasa.
Bagi sesetengah artis, adalah perlu menampilkan sesuatu gaya sebagai identiti untuk melonjakkan namanya di pesada seni tempatan selain meraih populariti. Saya agak bersetuju jika seseorang artis itu memiliki identitinya yang tersendiri. Lihatlah artis-artis lama seperti Dato' Sharifah Aini, Dato' Siti Nurhaliza, Aaron Aziz, Zul Yahya, Wardina dan sebahagian lagi yang naik melalui usaha dan kerja keras selama di bidang seni dan tidak menghadkan populariti setakat penampilan sahaja. Persoalannya, adakah keberanian mendedahkan aurat itu sebagai sebahagian daripada identiti dan kelainan yang diperjuangkan untuk naik dalam bidang seni?
Artis ini masih baru di pesada seni tanahair. Namanya Miera Leyana Kasmi. Dilahirkan pada 28 Ogos 1993 di Johor Bahru.
Irma Hasmie Bertudung
"Nampak sikit jer," kata artis ini.
Gambar Ini Lebih Selesa Dipandang
Fikirkan...
15 comments:
artis baru sekarang makin melampau.papepon tahniah pada irma :)
xknal pon sape die.. but dgn kontroversi nie.. sy dah knal ;D
gambar miera yg atas sekali tu terkojut denn..
mcm2 la org skrg ek??xtakut mati ke depa ni ek??hohho
saya pown lepasan spm....
hopely...
saya x cam tu..
smile..
;D
siape miera?xkenal pun..tau pun pasal dedah2 ni..ntahahpe2 je..glamer cara gitu xkemana la
nak ter jojol mata tengok? ish..itu bukan malu tu. menikmati habis tu..heheh..guro ya..
Akak pula rasa, waktu remaja adalah waktu sebaik-baiknya mendidik diri.
yg baik amik sebagai sempadan
yg buruk jadikan teladan....
singgah sini, pagi isnin yg boring....
artis itu....wow!
hope one day artis tersebut sedar dan berubah seperti Irma..:)
nampak sikit je. tapi dosa kau dah berlori-lori banyaknye sebab dah berape juta mata bukan muhrim kau tengok ek????
nauzubillah, jauhkan aku dan saudara-saudaraku daripada kejahilan ini. aminnn..
storyfromme: hrp irma blh jadi contoh pd yg lain.
wuuchin: saya pun sblm ni xtau sapa dia ni..
rina avail: ramai yg tkejut :-o
qasehraihan: mana la diorg takut..lg berani ada la..
si comot: kalo xnak terpengaruh, ikut la jalan agama. itu lebih baik :-)
faztee: tgk la dia bertahan lama mana..
nora: nk tgk lama2? errkk..btul tu, waktu muda2 ni la nk muhasabah diri..
zallyna: isikan la keboringan dgn info2 berguna :-)
naddia: terkejut?? hahaha :-D
norida: hrp2nya gitu la..
piah: btul tu..amiiinn...
sama-sama kita muhasabah diri ;'(
salam, blogger baru menjengah blog ni. thanks info, walaupun sy islam, masih ada hukum-hukum yang sy terlepas pandang.
Post a Comment