MY FOLLOWERS

Thursday, March 24, 2011

Artikel - 10 Gempa Bumi Paling Buruk

Credits to: Time
Gambar ihsan: Time


Assalamualaikum...

Berikutan tragedi yang berlaku di Jepun baru-baru ini, di sini disenaraikan 10 gempa bumi paling dahsyat yang direkodkan dalam sejarah gempa bumi dunia.



Pertama: 1556 - Shaanxi, China
Gempa paling dahsyat sepanjang zaman mungkin yang paling kurang diperkatakan, dianggarkan berlaku hampir 450 tahun yang lalu. Berlaku di wilayah Shaanxi di tengah-tengah China pada 1556, telah mengorbankan 830,000 nyawa. Kenapa jumlah kematiannya yang besar? Lihat pada kekuatan gempa sekuat 8.0 pada skala Richter, lebih daripada 30 kali kekuatan gempa yang berlaku di Haiti baru-baru ini, aturan masa dan lokasi. Struktur bangunan pra-modennya yang benar-benar tidak mampu untuk menahan gempa sekuat itu, turut menyumbang kepada angka korbannya melibatkan kawasan seluas 500 batu yang musnah sama sekali.



Kedua: 1976 - Tangshan, China
China bernasib malang apabila mengalami gempa bumi yang kedua paling dahsyat pernah direkodkan yang melanda bahagian timur laut negara berkenaan pada 1976 yang dikenali sebagai Great Tangshan Earthquake. Lebih tepat dikenali sebagai gempa binari kerana berlakunya gempa susulan 16 jam selepas gegaran awal dengan kekuatan dicatatkan menyamai 7.8 pada skala Richter dan kebinasaannya juga hampir sama. Jumlah kematian sukar dianggarkan. Laporan awal menyatakan hampir 700,000 nyawa terkorban, tetapi hanya 250,000 korban sahaja setelah disemak kembali. 



Ke-3: 2004 - Indian Ocean Tsunami
Pada 26 Disember 2004, gempa dengan magnitud 9.2 menggegarkan bahagian dasar Lautan Hindi, membebaskan tenaga menyamai kekuatan 23,000 biji bom atom. Gempa dikenali sebagai gempa Sumatra-Andaman ini adalah paling kuat dalam 40 tahun, menghasilkan tsunami merentasi Lautan Hindi, menghantar gelombang setinggi 50 kaki telah memusnahkan pantai 11 buah negara. Beberapa orang dihanyutkan ke laut sementara yang lain lemas di kediaman sendiri kerana tidak dapat menyelamatkan diri. Berdasarkan maklumat daripada pihak Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (U.S. Geological Survey - USGS), angka kematian rasmi dicatatkan berjumlah 227,898 orang.



Ke-4: 1920 - Haiyuan, China
16 Disember 1920, gempa bumi di Haiyuan dengan kekuatan 7.8 pada skala Richter telah menyebabkan sungai-sungai bertukar haluan dan berlaku tanah runtuh menuruni gunung-ganang di sekitarnya. Kemusnahan berlaku merentasi tujuh wilayah di China. Sujiahe, sebuah bandar di daerah Xiji, telah tertimbus sepenuhnya di bawah tanah runtuh. Dianggarkan seramai 200,000 orang mati dalam bencana berkenaan.



Ke-5: 1923 - Kanto, Japan
Beberapa ketika sebelum tengahari pada 1 September 1923, gempa bumi sekuat 7.9 pada skala Richter membawa bersama gelombang kejutan menerusi kawasan metropolitan Tokyo-Yokohama. Gegaran kuat menyebabkan ombak tsunami setinggi 40 kaki (12 m) mengakibatkan hanya beberapa masih boleh didiami dan memusnahkan selainnya. Kemusnahan berterusan selama beberapa hari. Sejurus api yang berpunca daripada gempa dapat dikawal, 90% daripada bangunan-bangunan di Yokohama dilaporkan rosak atau habis musnah dan anggaran dua per lima Tokyo telah musnah yang telah mengakibatkan separuh daripada populasinya tinggal sehelai sepinggang. Hampir 143,000 penduduknya mati dalam bencana berkenaan.



Ke-6: 1948 - Turkmenistan
Hanya dalam beberapa minit, gempa bumi yang berlaku pada bulan Oktober yang berukuran 7.3 pada skala Richter menukarkan bandar Ashgabat menjadi timbunan runtuhan. Beribu orang doktor dari Soviet, jururawat dan pembantu perubatan datang dari Moscow dan bandar-bandar lain bagi membantu mangsa bencana di tempat kejadian yang kini dikenali sebagai Turkmenistan. Walaupun dengan usaha yang dijalankan, seramai 110,000 orang dilaporkan terkorban. 



Ke-7: 2008 - Sichuan Province, China
Lebih 87,000 orang maut dalam gempa bumi di China yang berlaku pada tahun 2008, dan dianggarkan seramai 10 juta orang tinggal sehelai sepinggang. Gempa dengan magnitud 7.9 melanda wilayah Sichuan yang bergunung-ganang di barat China, yang telah memusnahkan berjuta-juta bangunan dan mengakibatkan kerugian dengan nilai anggaran berjumlah $86 billion. Hampir 10,000 kanak-kanak mati di sekolah akibat terperangkap di bawah runtuhan apabila bangunan roboh - membawa kepada bantahan penduduk dan siasatan pihak kerajaan mendapati sebanyak 20% bangunan sekolah rendah dibina dengan buruk dan tidak selamat. Ibu bapa yang pada mulanya bersedih dan cuba mendapatkan keadilan, bagaimanapun mendiamkan diri setelah ditakutkan dan ditawarkan dengan sejumlah ganjaran.



Ke-8: 2005 - Kashmir, Pakistan
Kashmir, tapak terbiar dan sempadan pertikaian ganas antara India dan Pakistan - gempa bumi kuat yang berlaku pada 8 Oktober 2005 cukup menghantui dan menyedihkan. Gempa berukuran 7.6 pada skala Richter telah mengorbankan 79,000 penduduknya dan menjadikan berjuta lagi sehelai sepinggang. Kawasan terpencil dan masalah kawasan yang bergunung-ganang menyukarkan usaha menyelamat dan memulihkan sewaktu pasukan penyelamat bertungkus-lumus mendapatkan mangsa yang tercedera.



Ke-9: 1908 - Messina, Italy
Berdasarkan standard masa kini, gempa bumi yang melanda di bawah Selat Messina, yang memisahkan Sicily dan Calabria pada 28 Disember 1908 mempunyai kekuatan 7.5 pada skala Richter. Tsunami yang menyusul dengan ombak setinggi 40 kaki menghempas pantai Itali. Lebih daripada 80,000 orang terbunuh dan berpuluh buah bandar musnah. Pelarian dari Messina ditempatkan semula di bandar-bandar lain di seluruh Itali. Kebanyakan yang lain telah dihantar ke Amerika Utara menggunakan kapal Florida — kapal ini telah berlanggar dengan kapal lain sebelum tiba di bandar New York, membunuh tiga penumpang Itali yang ketika itu masih lagi trauma.



Ke-10: 1970 - Chimbote, Peru
Gempa bumi Besar Peru melanda pekan berhampiran pantai Chimbote, pada 31 Mei 1970 dengan magnitud 7.9 pada skala Richter. Kedudukan pusat gempa sejauh 15 batu dari bandar, di Lautan Pasifik. Bencana mengorbankan seramai 70,000 nyawa dan seramai 800,000 lagi hilang tempat tinggal. Tanah runtuh beserta serpihannya bergerak menuruni sisi gunung Navado Huascaran pada kelajuan mencapai 200 batu sejam telah memusnahkan seluruh kampung. Gegaran turut dirasai di Lima yang berada 400 batu dari kawasan bencana.


Pautan berkaitan:

10 Gempa Bumi Terburuk
Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun (Bhgn 1 dan Bhgn 2)

4 comments:

Unknown said...

nice info ^_^

qasehraihan said...

huhuhu..nauzubillah..
wah ramai dah follower dia skang..
patut jrg dtg umah akak..hehe

Ze_Mhis said...

serta merta rasa bersyukur tinggal di malaysia. tapi rasenye gomen kite kene start buat building ikut spesifikasi bencana alam gak. sebab kite tak tahu what will hepen next rite?

THE GREEN said...

p.nur: :-)

qasehraihan: mintak2 la jauh dr bencana...

piah: kat m'sia, specs bangunan xsama dgn kat luar negara sbb kita xde bencana mcm diorg. dr bencana mcm skrg ni, pihak kita patut dah kene pikir something...