Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum....
Ini satu berita yang saya baru baca pagi ini. Saintis NASA mendakwa mereka mempunyai bukti yang menunjukkan makhluk asing itu wujud.
Dakwaan mengenai penemuan menakjubkan ini datang daripada Dr. Richard B. Hoover, seorang astrobiologis di NASA’s Marshall Space Flight Center, yang mengatakan beliau telah menemui bukti yang pasti akan kewujudan hidupan asing — fosil bakteria yang dijumpai dalam kelas meteorit yang sangat jarang ditemui dipanggil CI1 carbonaceous chondrites. Cuma terdapat sembilan meteorit di planet bumi. Penemuan Dr. Hoover telah diterbitkan lewat malam Jumaat dalam sebuah jurnal saintifik, Journal of Cosmology.
Hoover menemui fosil tersebut dengan memecahkan meteorit CI1, dan melakukan analisa ke atas batuan yang terdedah menggunakan sebuah mikroskop pengimbas elektron dan sebuah lagi mikroskop jenis field emission, yang membolehkannya mengesan apa-apa fosil yang masih tinggal. Apa yang ditemuinya adalah fosil mikroorganisma (gambar bawah), yang dikatakan ramai sebagai sangat menyamai dengan mikroorganisma yang terdapat di bumi.
“Perkara yang menarik ialah ia dikenali dalam banyak kes dan memiliki kaitan rapat dengan spesies yang terdapat di dunia ini secara umumnya,” kata Hoover. Walaubagaimanapun, sebahagian lagi fosil kelihatan agak aneh. “Terdapat beberapa spesies yang agak ganjil dan tidak kelihatan seperti apa-apa yang saya boleh kenalpasti, dan saya telah menunjukkannya kepada pakar-pakar yang lain yang turut tidak dapat memberikan kepastian.”
Baca lagi
No comments:
Post a Comment