MY FOLLOWERS

Friday, March 25, 2011

Paranormal - Gadis Bunian di Perhentian Bas Singapura

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....

Orang bunian, makhluk halus atau jin? Daripada apa yang kita semua ketahui, memang pada mata manusia, kita menyangkakan makhluk ini setakat tinggal di hutan atau belukar, tetapi jika kita dibawa ke alam mereka, mungkin kita berpeluang melihat adanya istana, ada kemewahan dankeindahan sebagaimana alam yang kita diami ini. Cuma mata kita sahaja yang tidak dapat melihatnya. Banyak juga berita mengenai orang bunian yang didengari dari mulut ke mulut.


Sekitar tahun 1970-an hingga 1980-an, ada seorang gadis Singapura sedang duduk menunggu bas di sekitar Fort Canning atau Mount Faber. Kemudian dia ditegur oleh seorang perempuan yang sangat cantik, sehinggalah mereka berdua menjadi kawan kerana kerap berjumpa di perhentian bas tersebut. Pada suatu hari, perempuan cantik itu mengajak si gadis untuk datang ke tempat tinggalnya. Jadi, gadis itu pun melangkah ke alam bunian dan dibawa pergi ke sebuah istana. Rupanya perempuan cantik itu ingin memperkenalkan si gadis tadi kepada abangnya. Nasib si gadis ini amat baik kerana memilih untuk menolak pelawaannya. Memang diakui, abangnya kacak dan belum pernah lagi si gadis itu menemui lelaki sekacak itu. Kemudian, gadis ini pulang semula ke alam nyata dan tidak lagi bertemu dengan perempuan cantik itu hinggalah pada suatu hari yang lain, dia ternampak perempuan cantik itu sedang menangis di perhentian bas yang selalu dilaluinya. Mungkin sebagai tanda selamat tinggal.

No comments: