MY FOLLOWERS

Showing posts with label jawi. Show all posts
Showing posts with label jawi. Show all posts

Wednesday, October 22, 2014

Berita - Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu 18-19.10.2014 di TTC

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Majlis sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada 18 dan 19.10.2014 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Majlis ini adalah anjuran bersama kerajaan negeri Terengganu dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis pelancarannya diadakan bersama perasmian Karnival Rakyat 1 Bahasa oleh Menteri Besat Terengganu YAB Dato' Ahmad Razif bin Abdul Rahman pada 19.10.2014 jam 10.00 pagi.
 










Bagi meraikan sambutan ini, beberapa acara telah disusun oleh penganjur antaranya permainan dam ular gergasi, Hari DBP bersama pelanggan, kuiz bahasa dan sastera bersama stesen radio Terengganu.fm, pertandingan penyampai radio Terengganu.fm, pertandingan bercerita, siaran langsung 'Comelnya Loghat Terengganu', gerai jualan buku, pertandingan menulis khat, aktiviti gerai. Sepanjang acara ini, terdapat 20 organisasi yang membuka gerai antaranya Arkib, Lembaga Muzium Terengganu, Perpustakaan Awam Terengganu, Yayasan Islam Terengganu dan MAIDAM, DBP Wilayah Timur, Universiti Teknologi MARA, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Malaysia Terengganu dan Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Majlis penutup sambutan ini diadakan pada hari kedua sambutan jam 4.30 petang.

Wednesday, October 16, 2013

Wednesday, August 21, 2013

Monday, July 29, 2013

Berita - Karnival Semarak Jawi KKKT 17-24.7.2013

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....








Pada 17.7.2013 baru-baru ini, Kolej Komuniti Kuala Terengganu telah mengadakan Karnival Semarak Jawi. Majlis perasmian pembukaannya telah diadakan pada petang 17.7.2013 bertempat di Dewan Besar KKKT dan dihadiri oleh pensyarah, staf dan para pelajar kolej ini. Karnival ini diadakan bagi membuka minda semua yang terlibat akan peri pentingnya mengenali dan tahu membaca serta menulis tulisan jawi sebagaimana yang diamalkan generasi terdahulu yang menggunakannya bukan setakat ketika mengaji al-Quran malah juga dalam pengajaran dan bahan-bahan bacaan Bahasa Melayu seperti buku-buku dan akhbar.

Karnival ini diadakan dari 17-24.7.2013. Antara aktiviti yang diadakan bagi menyemarakkan lagi karnival ini ialah pertandingan menulis khat jawi, pertandingan mewarna khat jawi, pertandingan membaca ayat kursi, pertandingan membaca dan menulis dari jawi ke rumi, pertandingan teka silangkata jawi serta pameran khat jawi yang diadakan di Pusat Sumber KKKT. Hadiah menarik disediakan kepada para pemenang. Hadiah disampaikan pada hari terakhir karnival ini iaitu ketika majlis perasmian penutup karnival ini. 

Sesudah selesai, hari terakhir ini diteruskan dengan diadakan majlis berbuka puasa dan solat tarawih. Kurma dan bekalan air mineral disediakan kepada hadirin bagi berbuka puasa sebelum diteruskan solat maghrib di Dewan Besar KKKT. Selesai solat, para hadirin dijemput untuk majlis makan yang diadakan di perkarangan kolej. Antara hidangan disediakan ialah nasi berlauk, kuih-muih, cendol dan air batu campur. Majlis pada malam ini diakhiri dengan solat tarawih di Dewan Besar KKKT.

Sunday, May 12, 2013

Sekadar Luahan - Belajar Kenal Jawi

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum..... 




 

Kakak sudah berkenalan dengan huruf-huruf jawi dan mula ikuti kelas mengaji :-)

Saturday, October 27, 2012

Seni & Kreativiti - Kaligrafi Jawi

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum...........


Sempena Karnival Semarak Jawi Peringkat Kebangsaan 2012 yang diadakan di TTC sebelum ini, penulis berkesempatan juga merakamkan beberapa foto kaligrafi jawi yang menampilkan beberapa jenis tulisan khat. Daripada pengamatan penulis, ada gerai mendapat tempahan untuk menghasilkan seni khat jawi untuk papan tanda dan sebagainya.












:-)

Thursday, October 25, 2012

Berita - Karnival Semarak Jawi Kebangsaan di Galeri B TTC Pada 18-20.10.2012

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.........

Karnival Semarak Jawi Peringkat Kebangsaan 2012 telah diadakan di Galeri B, Pusat Dagangan Terengganu (TTC) pada 18-20.10.2012 yang lalu. Karnival ini adalah anjuran bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT). Majlis perasmian karnival ini telah diadakan di Galeri A TTC pada jam 10.30 pagi - 12.30 tengahari.

Sebanyak 59 gerai dibuka sepanjang hari karnival berlangsung termasuk gerai jualan makanan. buku dan pakaian. 


Karnival ini semakin mendapat sambutan meriah apabila acara pentas dilangsungkan pada hari pertama dengan penampilan Ustaz Zamri yang menjadi hos segmen Mari Eja Jawi Bersama Ustaz Zamri. Ustaz Zamri lebih dikenali sebelum ini menerusi rancangan Adik dan Al-Quran di saluran TV9. Segmen ini dimulakan jam 11.30 pagi. Pengunjung yang menyertai segmen ini adalah di kalangan para pelajar sekolah rendah sekitar Kuala Terengganu. Menerusi segmen ini, para pelajar tidak melepaskan peluang mempelajari dan mengenali huruf-huruf jawi yang menjadi tambahan kepada sebutan dalam Bahasa Melayu seperti ca, ga, nga, nya, pa, dan va. Mana-mana pelajar yang menjawab soalan dengan betul akan diberikan hadiah berupa hamper yang disampaikan sendiri oleh Ustaz Zamri.

















Dalam masa yang sama, Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu dan Perpustakaan Negara Malaysia turut membuka gerai yang mempamerkan bahan-bahan sejarah yang ditulis dalam tulisan jawi. Antaranya teks dari kitab sembahyang, kisah-kisah sejarah, al-Quran lama dan Pemasyhuran Kemerdekaan. Di gerai mereka, pengunjung berpeluang melihat sendiri demonstrasi kaedah memulihara bahan cetakan lama.

Karnival ini dibuka kepada pengunjung dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam sepanjang hari ia berlangsung. 


Thursday, March 17, 2011

Artikel - Papan Kekunci Jawi

Kredit kepada: ejawi
Gambar ihsan: Dashboard


Assalamualaikum...




Dalam entri sebelum ini, saya telah menuliskan serba sedikit mengenai penggunaan papan kekunci jawi. Dalam paparan papan kekunci di atas yang telah saya zoom in, telah tersedia semua huruf jawi termasuk 6 huruf jawi yang ditambah iaitu nga, pa, ca, va, nya, dan ga.

Papan kekunci jawi - KLIK SINI.

 
Ikut arahan (seperti dalam gambar di atas) dan hasilnya seperti dalam rajah di bawah:



Apabila komputer anda telah menyediakan tetapan Arabic (lihat gambar kedua, taskbar bawah sebelah kanan), anda juga sudah boleh menulis tulisan jawi dalam notepad dan fail Microsoft Word. Anda boleh klik pada rajah untuk paparan lebih jelas. Jangan lupa, set paparan untuk bacaan dari kanan ke kiri (right-to-left reading order) untuk notepad dan alignment kanan (Align Text Right) untuk Microsoft Word.


Artikel - Load Variables Ke Dalam Flash 8

Credits to: -
Gambar ihsan: Dashboard


Assalamualaikum...


Apabila anda membuka fail Flash 8, buatkan tetapan bagi saiz stage untuk ruangan kerja anda. Buka bahagian Properties. Bagi saya, agak selesa dengan saiz paparan 800px X 600px. Lihat rajah di atas. Teruskan dengan langkah selanjutnya.





Untuk membuka ruangan Action Script, klik pada Action di atas bahagian Properties dan masukkan arahannya. Lihat rajah di atas. Anda boleh klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.



Bagi fungsi Load Variables ini, buka fail notepad yang mengandungi kandungan (content) bagi kerja anda. Anda perlu menulisnya dalam notepad seperti di atas.

Dalam tutorial ini, nama fail notepad ialah teks.txt. Kandungannya pula perlu ditulis begini:

&arabic= بسم الله الرحمن الحيم
&melayu= Dengan nama Allah

Tulisan roman bagi teks '&arabic' dan '&melayu' adalah sebagai satu bentuk arahan untuk sistem perisian Flash 8 untuk membolehkan paparan seperti berikut diperolehi.



Untuk menguji (run), klik butang Ctrl dan Enter. Anda akan ditunjukkan paparan pop-up seperti di atas.