MY FOLLOWERS

Wednesday, March 23, 2011

Sekadar Luahan - Bau Busuk Gas Beracun!!

Credits to: Bangku Kosong, Nadia Rahimi, Heptune
Gambar ihsan: Yahoo Images




Assalamualaikum...


Proooottt!!!


Baru-baru ini, saya ada membaca entri tulisan Nadia Rahimi berkenaan isu ini. Jika difikirkan, ramai yang akan berasa malu jika ia terlepas ke atmosfera dan disedari umum. Justeru, bermacam 'helah' dibuat untuk menutupi jejak si empunya badan untuk mengelakkan diketahui gas yang terlepas itu milik siapa!. Dengan kata lainnya, untuk cover malu. (Anda boleh fikirkan sendiri bagaimana untuk melakukannya. Sila jangan tanya saya berkenaan kaedahnya...hahahaha)

Lucu, namun terdapat banyak perkara yang perlu juga diketahui mengenainya. Usahlah disempitkan pemikiran setakat mengetahui bau dan bunyinya sahaja. 



***hhhmmmppphhhh!!!***

Antara lain yang perlu diketahui, secara puratanya seseorang yang sihat akan melepaskan gas ini sebanyak setengah liter atau 14 kali sehari. Diakui adalah sukar bagi seseorang itu untuk mengetahui berapa banyak kali gas yang dilepaskannya, namun anda boleh mencuba untuk mengira dengan cara merekodkan apa yang anda makan dalam sehari, serta bila ia dilepaskan. Mungkin berdasarkan rekod, anda boleh menemui kaitan antara apa yang anda makan, sekuat mana bunyi serta bau yang dihasilkan.


Anda boleh KLIK DI SINI untuk maklumat selanjutnya dan KLIK SINI untuk membaca kisah lawak berkaitan gas beracun.

1 comment:

estee_8980 said...

salam perkenalan..
BW here..
biasa la kena la control cun..hagak2 la nk melepaskan gas merata2.. kikiki