Kredit kepada: Laman learnodo-newtonic.com, Kisah Oh Bulan
Gambar ihsan: Laman learnodo-newtonic.com, Kisah Oh Bulan
Bagi peminat penembak tepat, pastinya tidak asing lagi dengan nama Simo Hayha. Dilahirkan di Finland pada 17 Disember 1905 dan merupakan penembak tepat paling ditakuti dalam sejarah.
Melalui laman Fajarifai.blogspot.co.id, awalnya Hayha hanyalah seorang pemburu dan petani di tanah kelahirannya. Namun suatu ketika, tepatnya pada tahun 1925, dia bergabung dengan Angkatan Bersenjata Finland untuk memenuhi panggilan wajib angkatan tentera.
Sejak saat itu, kehidupan Hayha mulai berubah. Hayha yang dahulunya dikenali hanya sebagai rakyat biasa berubah menjadi seorang penembak tepat paling ditakuti di dunia.
Dalam Perang Musim Dingin (1939-1940) antara Finland dengan Soviet Union, Hayha berjaya membunuh tentera lawan yang jumlahnya mencapai 705 orang secara berseorangan.
505 orang di antaranya dibunuh dengan menggunakan senapang, sementara 200 lainnya dengan senapang automatik. Lebih membingungkan apabila Hayha dapat bertahan di tengah cuaca sejuk yang ekstrim. Ketika itu, suhu di sekitar kawasan peperangan dikatakan mencapai -40 darjah Celcius, dan dia masih dapat terus hidup meskipun pihak Jerman ketika itu sudah menghantar satu batalion untuk membunuhnya.
Seperti di laman TribunJatim.com, pihak Rusia pada awalnya mendengar bahawa Finland memiliki seorang penembak tepat dengan kemahiran tinggi di medan perang. Rusia kemudian menghantar seorang penembak tepat untuk menandinginya. Namun, penembak tepat Jerman itu pulang dengan meninggalkan hanya nama dan mayatnya.
Pihak Jerman meneruskan menghantar penembak tepat, bahkan dalam jumlah yang lebih ramai. Malangnya, yang kembali hanyalah nama. Akhirnya tentera Jerman memutuskan menghantar satu batalion.
Yang terjadi kemudiannya amat mengejutkan. Tentera Jerman dalam batalion itu mati terbunuh dan masih tidak dapat mencari di mana lokasi Hayha.
Hayha ialah seorang penembak yang cekap dan dapat bersembunyi di antara timbunan salji untuk membunuh tentera musuh tanpa dapat dikesan.
Kononnya, saat bertempur, Hayha hanya berdiam diri di satu tempat hingga membunuh semua lawannya di medan perang. Bahkan, yang lebih gila, ketika beraksi, Hayha sudah terbiasa memasukkan salji dalam mulutnya agar mulutnya tidak mengeluarkan wap ketika bernafas dalam udara dingin.
Namun sepandai mana pun dia bertempur dan bersembunyi, ia tetap tidak dapat mengelak daripada terkena tembakan musuh.
Pada 6 Mac 1940, seorang tentera Soviet Union yang secara kebetulan menemuinya telah menembaknya dengan peluru peledak. Peluru itu telah menghentam dan menghancurkan bahagian kiri wajahnya dan menyebabkan dia koma. Rakan seangkatannya mengatakan separuh wajahnya hilang saat mereka menemuinya.
Walaupun begitu, Hayha tetap hidup. Pada hari ke-13 selepas ditembak, dia tersedar daripada koma.
Tepat pada hari dia bangun, pihak Soviet Union dan Finland memutuskan untuk berdamai dan menghentikan peperangan. Meskipun terselamat dalam peristiwa itu, Hayha telah mengalami kecacatan wajah secara kekal.
Atas jasanya, Hayha dinaikkan pangkat daripada Koperal ke Leftenan Satu oleh Marsekal Lapangan C.G.R. Mannerheim, pemimpin tertinggi angkatan tentera Finland ketika itu.
Ketika diwawancara pada tahun 1998 tentang bagaimana caranya dia boleh menjadi penembak yang hebat, Hayha hanya menjawab singkat dengan mengatakan, “Latihan.”
Lalu, saat ditanya apakah dia menyesal kerana telah membunuh ramai orang, Hayha menjawab, “Saya hanya menjalankan tugas saya, itu yang saya lakukan, sebaik mungkin akan saya lakukan.”
Simo Hayha meninggal dunia di usia 96 tahun di hospital khusus veteran perang pada tahun 2002.
Pada nisannya, selain nama, juga tertulis 3 kata dalam bahasa Finland - Rumah, Agama, dan Ibu Pertiwi.
Jangan sampai kena tembak: SINI | SINI |
No comments:
Post a Comment