MY FOLLOWERS

Tuesday, August 9, 2016

Jalan-jalan Cari Makan - Makan Malam Tepi Pantai di Uptown Kontena Dapo Pata, Tok Jembal, Kuala Terengganu

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....



Sebelum ini ada seorang rakan memaparkan entri di Facebook memperkenalkan tempat makan dengan suasana menarik tepi pantai iaitu Dapo Pata di Kampung Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu. Nama Dapo Pata itu sendiri datangnya dari sebutan loghat Terengganu iaitu dapur (dapo) dan pantai (pata). 


Kini ia menjadi satu lagi destinasi baru kepada pelanggan yang mahu menikmati makan malam dalam suasana indah dan tenang tepi pantai. Berbeza dengan destinasi di tempat lain apabila bangunan tempat makannya dibina secara kreatif dan berkonsepkan hipster dengan menggunakan susunan beberapa kontena. Pengunjung boleh menikmati hidangan di tempat duduk yang disediakan secara terbuka sama ada di bawah atau di tingkat atas atau boleh sahaja memilih untuk makan di mana-mana warungnya yang menghadap ke pantai.














Secara mudahnya, untuk sampai ke destinasi ini, pengunjung perlu datang dari arah simpang sebelah pintu masuk Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Dari situ boleh nampak deretan lot kedai dan yang pertama adalah sebuah klinik. Dari situ, teruskan perjalanan hingga melepasi jambatan kecil dan kemudian, jalan akan berpecah kepada dua arah. Di situ ada papan tanda kuning menandakan selekoh tajam. Dari situ, masuk simpang ke kanan dan teruskan hingga melepasi kawasan perumahan. Di situ, jangan tersilap kerana ada satu restoran seumpamanya dengan nama CVU iPata. Di restoran itu ada deretan pondok dengan binaan atap nipah yang menempatkan meja-meja makan untuk pengunjungnya. Kalau melalui restoran ini, teruskan perjalanan hingga sampai ke satu simpang jalan masuk ke kiri yang kedua berdekatan rumah orang kampung dan ada papan tanda biru di situ.




Masuk ke simpang itu hingga nampak binaan dengan susunan kontena. Kalau sudah nampak kontena, maka anda telah sampai ke Dapo Pata. Maaf sebab di situ tiada papan tanda tunjuk lokasi. Kalau pengunjung datang ke sini pada sebelah malam, maka dari jauh akan nampak deretan lampu bergantungan berwarna kuning yang sangat banyak. Itu lebih memudahkan pencarian.

Buat masa ini, sekitar 10 kontena sudah dibuka. Menu dihidangkan antaranya hidangan makanan laut seperti set ikan tenggiri, set pari, takoyaki, kentang goreng, wafel, lempeng, popia goreng, soto, nasi air, kebab, nasi goreng, mihun sup, laksa. Harga dinyatakan juga tidak terlalu mahal dan lagi seronok kalau datang ke sini bersama keluarga atau berkumpulan.






Menu yang biasa-biasa pun ada...





Datang cari makan, dapat tambah makan percuma!

Sewaktu saya pertama kali berkunjung ke tempat makan ini pada 4.8.2016, semua orang masih dalam mood raya dan pihak Dapo Pata sendiri sedang mengadakan majlis jamuan raya pada malam itu. Maka saya pun dapatlah sedikit kesempatan untuk makan percuma.. hahaha.. Antara menu raya yang disediakan ialah kambing bakar, sate, agar-agar, koktel, cendol, lemang, rendang, laksa, nasi himpit dan mihun goreng. Turut diadakan bagi memeriahkan jamuan ini ialah persembahan buskers daripada kumpulan tempatan.



Kambing bakar






Dapo Pata ini dibuka setiap hari kepada pengunjung dari jam 5 petang hingga 12 malam. 


Baca juga pendapat pengunjung:   SINI   |   SINI   |   SINI   |    SINI   |    SINI   |    



No comments: