Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Menurut pengkaji, selepas satu kajian besar-besaran dilakukan merangkumi rekod perubatan hinggalah kepada sejarah genetik ribuan manusia di zaman moden ini, terdapat sesetengah genetik diwarisi daripada kumpulan manusia Neanderthal dikaitkan dengan gangguan psikiatri, pembekuan darah dan sifat ketagihan.
Menurut kenyataan saintis pada tahun 2010, legasi keturunan manusia dari Afrika berkacuk dengan Neanderthal di Eropah menghasilkan golongan manusia dari Eropah atau Asia, dengan 1 ke 4 daripada genetik mereka sampai kepada Neanderthal.
Kajian ini yang diterbitkan dalam jurnal Science edisi ke-12, menyatakan bahawa itu kali pertama mereka membandingkan DNA Neanderthal dalam genom populasi keturunan Eropah dewasa sekitar 28,000 orang serta rekod perubatan mereka bagi menunjukkan kesan signifikan tetapi tidak etara dalam biologi manusia moden. Artikel itu ditulis oleh John Capra, ahli genetik evolusi dan profesor pembantu bagi sains biologi di Universiti Vanderbilt.
"Penemuan kami menunjukkan DNA Neanderthal mempengaruhi ciri klinikal bagi manusia moden. Kami temui kaitan antara DNA Neanderthal dan pelbagai ciri termasuk immunologi, dermatologi, neurologi, psikiatri dan penyakit reproduktif." katanya.
Kajian mendapati DNA manusia moden mempunyai 135,000 varian gen yang datang dari Neanderthal yang telah hilang 30,000 tahun yang lalu. Mereka juga mendapati varian ini dihubungkan dengan 12 penyakit berisiko tinggi termasuk depresi dan sakit jantung. Secara spesifik, gen Neanderthal ada hubungan dengan ketagihan nikotin berisiko tinggi. Sedikit DNA Neanderthal dikaitkan kesan psikiatri dan neurologi. Sesetengah varian gen pula meningkatkan risiko depresi manakala yang lain merendahkan risiko.
"Otak sememangnya organ yang kompleks, maka adalah munsabah untuk menjangkakan jika memperkenalkan perubahan daripada laluan evolusi berbeza akan memberikan kesan negatif." kata Corinne Simonti, pembantu penulis dan penuntut perubatan di Universiti Vanderbilt.
Kesan lain dapat dilihat dalam darah. Sesetengah varian Neanderthal membawa kepada peningkatan penggumpalan darah yang mungkin membantu dalam penyembuhan luka yang lebih cepat dan mengelakkan patogen daripada memasuki badan. Namun hari ini, mereka yang berdarah pekat berdepan risiko lebih tinggi untuk diserang strok, embolisme pulmonari dan komplikasi kehamilan. Neanderthal tinggal di Eropah dan Asia Barat sekitar 200,000 tahun lalu sebelum tibanya era manusia moden.
Pengkaji percaya bahawa populasi moden hari ini masih mengekalkan DNA Neanderthal kerana ia membantu berdepan persekitaran luar dari Afrika. Namun banyak ciri ini tidak lagi berguna dalam persekitaran moden. Kajian terdahulu diterbitkan dalam American Journal of Human Genetics untuk bulan Januari mendapati bukti bahawa gen Neanderthal juga berkaitan dengan sesetengah penyakit imun seperti asma dan alahan.
Sumber genetik berantai-rantai: SINI |

No comments:
Post a Comment