MY FOLLOWERS

Wednesday, August 3, 2016

Artikel - 3 Perkara Besar Yang Mengubah Kehidupan

Kredit kepada: Yahoo Finance
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Kalau ada seseorang beritahu anda "Saya dah pokai.", ia boleh membawa banyak makna. Mungkin juga perlu jual beberapa barangan kesayangan yang berharga mahal atau berhenti minum (tahu takpe...).


Di sini disenaraikan tiga daripada perkara penting yang boleh memberi kesan mendalam kepada kewangan anda. Gagal merancang dalam perkara ini boleh menyebabkan anda bankrap.





Sakit dan kemalangan

Satu perkara yang menakutkan sesetengah pihak, kalaulah berlaku kemalangan ketika di tempat kerja atau seumpamanya yang memerlukan seseorang itu bercuti sementara bagi tempoh yang panjang, contohnya seminggu atau dua minggu; dan terpaksa berehat di katil hospital dan perlu pula membayar kos rawatan yang tinggi. Boleh jadi juga menghidap sakit yang kronik yang memerlukan rawatan berterusan seumur hidup. Bebanan bayaran kos rawatan mungkin kurang bagi mereka yang mempunyai perlindungan insurans. Walaubagaimanapun, setiap perlindungan yang diberi itu akan ada hadnya.

Langkah boleh diambil antaranya meningkatkan taraf kesihatan diri seawal mungkin. Rakyat negara ini juga ramai yang kurang mementingkan bab ini sehinggalah ia terlambat. Sudah banyak kempen kesihatan yang menyeru rakyat supaya menjaga pemakanan dan kesihatan namun selagi tidak sakit, selagi itulah mereka seakan memandang perkara ini sebelah mata.



Dibuang kerja, dipecat!


Lainlah cerita kalau sepanjang hidup anda menjadi seorang manusia bertuah, bermula dari mendapat biasiswa sewaktu bersekolah, kemudian dengan mudahnya mendapat kerja dan gaji besar. Bagaimana pula dengan manusia yang bertaraf biasa-biasa sahaja seperti kebanyakan orang? Satu perkara yang akan menjejaskan kewangan sememangnya kalau dibuang atau diberhentikan kerja. Tiada kerja maka tiadalah duit masuk. Lagi teruk kalau masalah diberhentikan ini berlaku ketika masih muda dan masih dalam proses untuk merasa gaji dan simpan duit. Kalau sudah berpengalaman bagi tempoh lama dan ada gaji besar, menghadapi cabaran tidaklah sukar. 

Golongan profesional terlatih berdepan cabaran getir menggantikan pendapatan mereka yang hilang, hanya 49% sahaja yang mendapat semula kerja dalam tempoh 6 bulan dan hanya 40% mereka mendapat kerja yang setara dengan gaji sebelumnya.


Jika perbelanjaan mencapa ke tahap akan membawa masalah lebih besar yang akan memaksa bergantung kepada gaji yang kecil untuk terus hidup, maka lebih baik mulakan simpan duit sebagai persediaan jika berlaku keadaan yang buruk di masa akan datang. Ramai pekerja tahu kepentingan ada banyak kemahiran yang akan memudahkan dapat kerja jika perlu, dan perlu ada Plan B. Jangan cerewet sangat memilih dan tidak kisahlah berapa tahun pengalaman yang sudah ada.

Kalau selama ini dapat gaji katakanlah RM2500 sebulan, simpanlah RM500 mulai sekarang sebagai langkah keselamatan jika berlaku keadaan diberhentikan kerja. Paling tidak, adalah sedikit duit untuk tampung keperluan sebelum mendapat kerja lain atau sebagai modal kalau mahu mulakan bisnes kecil-kecilan. Kalau pandai merancang, menyimpan dan melabur ketika zaman kemuncak kerjaya, maka beban ketika ketiadaan kerja tidaklah begitu terasa. Gagal merancang dan kehidupan kerjaya bertahun-tahun menjadi sia-sia.





Ada anak sesudah berkahwin

Daripada anak pertama lahir hinggalah yang entah ke berapa, semuanya tetap memerlukan duit. Mahu membesarkan anak hingga ke peringkat universiti tetap ada kosnya. Bermula dari lahir, caj hospital kerajaan sahaja sebenarnya sudah sekitar RM2000 tanpa subsidi kerajaan. Kalau sudah subsidi, pesakit hanya perlu membayar sekitar RM50 sahaja untuk ibu dan anak.

Janganlah dikira berapa jumlahnya kalau hingga dewasa, nanti ada yang pening!

Maka adalah penting juga kepada para ibu bapa untuk tahui mengira dan buat perubahan pada gaya hidup supaya mereka boleh bersedia menanggung beban kewangan kelak tanpa menjejaskan rancangan persaraan nanti.

Kuncinya ialah rancangan persaraan yang telah disusun seawal mungkin. Sebaiknya sebelum lahir anak pertama lagi. Buatlah kajian sendiri tentang subsidi dan kewangan.



Simpan duit banyak-banyak:   SINI   |    



No comments: