Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner
Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum.....
Bahagian sayap atau fletcher pada anak panah berfungsi untuk membantunya 'terbang' ke sasaran dengan baik. Paling tidak pun kene ada dua helai. Kalau 3 atau 4 helai pun tiada masalah.
Yang biasa ada di pasaran, kebanyakannya didatangkan dengan 3 helai fletcher. Bermacam rekaan dan warna. Paling tidak mesti ada satu warna, cuma susahnya ketika mahu memanahnya. Sebabnya satu bulu fletcher ini kena menghala ke luar supaya tidak langgar busur ketika dilepaskan. Sebaiknya kena ada jenis dengan 2 warna, tidak kisah warna apa pun.
Dalam foto sebagai contoh, bulu putih adalah sebagai penanda ia kena berada di luar, dengan bahagian knocking belakang tegak untuk masuk pada tali.
Kalau didapati fletcher yang berwarna lain itu salah kedudukannya, boleh tukarkannya sama ada mencabut dan pasangkan semula pada kedudukan dikehendaki atau boleh catkan sahaja.
Membaiki anak panah bukannya susah.....
No comments:
Post a Comment