Kredit kepada: Enterpreneur.com
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Percutian yang merehatkan di Langkawi atau Pulau Perhentian, dapat menderma berjuta-juta RM dan bersara awal pada bila-bila masa yang disukai. Itulah antara perkara yang biasa bermain dalam fikiran bile dengar sahaja perkataan 'jutawan'.
Kalau jadi orang biasa-biasa, itu semua hanya dalam mimpi. Kalau betul anda mahukan semua itu seperti diangankan, maka anda perlulah melepasi segala macam halangan yang cuba menghentikan anda untuk menjadi jutawan. Setiap halangan ada bezanya dan memerlukan anda bertindak segera untuk mengatasinya.
1. Tidak faham bagaimana duit bekerja.
Duit bukanlah perkara rumit tetapi hanya sebahagian yang faham bagaimana ia bekerja. Maka adalah menjadi tanggungjawab sendiri untuk cari dan belajar dari mana datangnya duit itu, bagaimana ia dilabur dan bagaimana ia disimpan dan dijaga.
Jutawan biasanya tahu duit bukanlah didapati, dimenangi macam loteri atau dicipta begitu sahaja. Kekayaan bukanlah satu kemalangan atau nasib tetapi satu tindakan (action). Kekayaan itu dibina ibarat bangunan. Kena bina dari bawah.
Untuk tahu lebih banyak, anda disarankan untuk baca buku-buku ini:
Rich Dad, Poor Dad by Robert Kiyosaki
The Total Money Makeover by Dave Ramsey
The Richest Man in Babylon by George Clason
Jangan setakat baca, ambil juga pengetahuan yang dikongsi dalam buku-buku ini. Ada manfaatnya. Kewangan peribadi boleh dipelajari. Bila sudah mahir, anda akan sedar bahawa kekayaan itu sebenarnya mudah sahaja dibina berbanding apa yang anda sangkakan.
2. Anda tidak hargai pendidikan yang diperolehi.
Bagi usahawan, banyak perkara perlu dikorbankan untuk berjaya, yang utama adalah masa. Mereka yang kaya tidak akan berhenti belajar di samping meneruskan bisnes yang diusahakan. Banyak video temubual dan seminar yang dikongsi di laman media. Bila dengar video itu, dengar dan ambil tips-tips yang dikongsikan. Luangkan sedikit masa setiap hari sama ada sebelah pagi sebelum pergi kerja atau malam selepas pulang. Janganlah fikir kerana asyik sibuk sepanjang masa sehingga tiada masa berbuat demikian, kerana anda akan rugi dengan ilmu yang dikongsikan.
3. Belanja lebih sangat...
Jutawan yang sebaiknya tidak akan menunjuk sangat dengan apa yang diperolehi. Hidup mereka mudah sahaja, bukanlah bermaksud menjadi kedekut dengan duit yang banyak yang didapati. Berbanding menghabiskannya dengan bina rumah besar atau beli kereta mewah, mereka yang bijak akan meletakkan duit mereka dalam pelbagai bentuk pelaburan contohnya hartanah atau saham.
Selepas ini, tengok semula penyata akaun bank bagi bulan-sulan sebelum ini dan perhatikan ke mana mengalirnya setiap RM dalam akaun, susunkan semua senarai yang ada mengikut kategori. Kemudian sediakan bajet untuk yang akan datang.
4. Anda tidak simpan aset.
Kerja makan gaji memang tidak akan jadikan anda kaya raya, begitu juga kalau simpan semua gaji dalam tabung. Lalu bagaimana cara untuk bina kekayaan itu?
Jawapannya, mula simpan aset.
Aset sebagaimana definisi Investopedia.com, adalah sumber dengan nilai ekonomi yang dimiliki atau dikawal oleh individu, badan korporat atau negara dengan harapan ia akan mendatangkan manfaat di masa hadapan.
Aset boleh jadi bisnes yang menguntungkan, portfolio stok yang berkembang atau pelaburan dalam hartanah.
Kereta, rumah, gajet canggih bukan aset tetapi liabiliti yang akan mengurangkan nilai kekayaan.
Kalau sudah boleh bezakan antara liabiliti dan aset, maka berhentilah kumpul liabiliti dan mulalah kumpul aset yang akan menjana duit untuk anda bagi jangka masa panjang.
Untuk lebih mudah, buat senarai antara aset dan liabiliti dalam hidup anda, termasuk nilai semasa. Bila sudah tahu, rancanglah untuk kumpulkan aset dan kurangkan beli segala yang menjadi liabiliti.
Menjadi jutawan bukannya susah. Ia mudah bila anda ada masa dan pengetahuan untuk lakukannya. Namun ia masih perlukan anda untuk atasi halangan. Sekalipun kalau anda sudah mendapat pendapatan jutaan RM, teruskan belajar tentang permainan duit, hargai pendidikan yang diperolehi, jangan membazir duit dan mula kumpulkan aset.
Sumber nak dapat duit banyak-banyak: SINI |

No comments:
Post a Comment