Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner
Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum.....
Satu masalah yang tiada pada kereta dengan gear manual ialah kesukaran untuk kereta bergerak mulakan perjalanan pertama sesudah masuk gear.
Seperkara kena ingat buat mereka yang memandu kereta bertransmisi automatik, selain minyak hitam atau minyak silinder, minyak gear berserta gasket juga perlu diganti bila tiba masanya iaitu setiap 30,000 km atau 40,000 km. Kalau minyak silinder, biasa ditukar pada setiap 5,000 km atau 10,000 km bergantung kepada jenis minyak silinder yang digunakan.
Boleh kira sendiri dengan melihat jumlah km perjalanan menerusi meter km/h pada papan pemuka.
Pengalaman saya, bila kereta akan kerap menghadapi masalah tidak terus bergerak ke depan sesudah masuk gear D pada setiap kali hidupkan enjin kali pertama hari itu. Kalau cuba tekan minyak sekuat hati pun tidak selesaikan masalahnya. Maka, perlu tunggu hingga beberapa minit selepas hidupkan enjin sebelum boleh bergerak ke depan. Bila berlaku keadaan ini, mula-mula sekali kena rujuk pada mekanik yang mahir. Masalah biasa boleh jadi sama ada minyak gear kotor atau kotak gear (gearbox) perlu dibersihkan atau overhaul.Minyak gear berwarna merah akan bertukar hitam apabila kotor.
Untuk tahu lebih lanjut, maka kena tukar dahulu minyak gear dan gasket.
Selesai proses gantian ini, lakukan pemanduan seperti biasa untuk beberapa hari. Jika kereta sudah boleh bergerak tanpa tersekat, maka kereta sudah kembali pulih. Jika sebaliknya, perlu kembali ke bengkel untuk overhaul kotak gear.
Untuk tahu lebih lanjut, maka kena tukar dahulu minyak gear dan gasket.
Mula-mula, minyak gear yang sudah lama dikeluarkan. Selepas melepasi 30,000 km biasanya ia akan jadi hitam. Kelancaran kemasukan gear ketika pemanduan bergantung juga pada minyak ini.
Gasket pada bahagian bawah yang tampung minyak gear digantikan juga.
Minyak ATF (Automatic Transmission Fluid) yang digunakan
Minyak ATF (Automatic Transmission Fluid) yang digunakan
Selepas bahagian gasket baru dipasang semula, minyak gear baru dituangkan.
Selesai proses gantian ini, lakukan pemanduan seperti biasa untuk beberapa hari. Jika kereta sudah boleh bergerak tanpa tersekat, maka kereta sudah kembali pulih. Jika sebaliknya, perlu kembali ke bengkel untuk overhaul kotak gear.
No comments:
Post a Comment