Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned
Gambar ihsan: Owned
Assalamualaikum.....
Keselamatan si kecil ketika di rumah antara perkara yang perlu sentiasa
diambil berat. Tidak kiralah sewaktu dia bersendirian mahupun bersama
ahli keluarga yang lain, kemalangan adakalanya tidak dapat dielakkan.
Dalam Islam, itu adalah sebahagian daripada takdir yang perlu diterima
dengan redha. Walaubagaimanapun, manusia masih punya akal untuk
berfikir. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Mungkin juga Allah mahu kita
agar sentiasa alert dan tidak mudah mengambil ringan mengenai perkara
berkaitan dengan keselamatan insan tersayang.
Kecomelan sebelum cakaran
Kecomelan selepas cakaran
Gambar-gambar ini diambil secara kebetulan yang ada dalam simpanan memaparkan keadaan muka sebelum dan selepas insiden dicakar kucing yang berada dalam rumah kami. Bukan setakat mengusap, malahan si kakak yang pada waktu ini masih kecil pada awalnya dikatakan turut menepuk-nepuk dan berbaring di atas badan si kucing berkenaan (iskk..isskk..iiiisskk) :-D
Sehinggakan pernah juga pada satu hari, kami sekeluarga ketika itu masih bertiga pergi ke sebuah restoran makanan segera di sini ditegur oleh seorang staf tempat saya belajar dahulu. Ditanya tentang kesan cakaran ini adakah sebab bergaduh dengan abangnya? Mana dia ada abang sebab dia satu-satunya ketika itu. Haha....
Gambar ini dirakamkan pada shot yang berlainan. Baju yang sama hanyalah kebetulan :-)
No comments:
Post a Comment