Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Satu paradigma baru dalam rawatan cakera tergelincir.
Hanya
satu suntikan, cakera tergelincir (slipped disc) anda akan mengecut dan
anda tidak akan rasa sakit lagi. Malah rasa sakit yang menjalar turun
kekaki cepat sembuh hanya selepas beberapa jam selepas suntikan. Menarik
bukan? Bagi anda yang mengidap sakit belakang yang berpunca daripada cakera
tergelincir atau stenosis spina, anda perlu baca artikel ini kerana
kaedah rawatan suntikan (tanpa pembedahan) terbaru ini dikenalpasti amat
berkesan.
Rawatan ini dinamakan Pengecutan Cakera
Radiofrekuensi Intradiscal Secara umumnya kaedah haba radiofrekuenci
digunakan untuk mengecutkan cakera yang tergelincir. Bagi mereka yang
takut atau ragu-ragu untuk menjalani pembedahan tulang belakang, maka
rawatan suntikan ini merupakan pilihan yang paling tepat. Kajian terbaru
dijalankan di HUSM mendapati rawatan suntikan ini mampu memberi kejayaan
sehingga 90%. Satu angka yang belum pernah dicapai dalam sejarah
rawatan kesakitan tulang belakang.
Apakah itu Rawatan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal (Intradiscal Radiofrequency Disc Decompression)?
Rawatan
Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal ini menggunakan kaedah
haba radiofrekuenci untuk mengecutkan cakera yang tergelincir. Sebatang
jarum khusus akan disuntikan kedalam cakera yang tergelincir. Seterusnya
cakera tersebut akan dipanaskan pada suhu tertentu dengan menggunakan
tenaga elektrik radiofrekuensi yang disalurkan melalui hujung jarum
tadi. Cakera akan memberi reaksi pengecutan bila dipanaskan dengan serta- merta. Bila cakera tersebut mengecut maka tekanan pada akar saraf dapat
di alihkan. Maka hasilnya tiada lagi sakit seperti renjatan elektrik,
kebas atau mencucuk (sciatica) yang turun ke kaki. Kaedah ini hanya
mengecutkan sebahagian kecil cekera yang bermasalah, oleh itu ia tidak
akan mengganggu kestabilan tulang belakang.
Sakit belakang yang bagaimanakah sesuai untuk kaedah rawatan ini?
Sakit
belakang yang disebabkan oleh cakera tergelincir (orang muda) atau
stenosis spinal (orang berusia) yang terpilih. Biasanya sakit dalam kedua
keadaaan ini pesakit akan mempunyai gejala sakit belakang yang menjalar
turun kekaki.
Bagaimanakah prosedur suntikan ini dilakukan?
Prosedur
ini dilakukan dalam dewan bedah dibawah kawalan mesin X-ray. Anda
dikehendaki baring meniarap atas katil bedah sepanjang suntikan
dilakukan yang mengambil masa hanya setengah jam. Suntikan ubat bius
setempat dilakukan pada kulit belakang anda sebelum jarum radio frekuensi
dimasukkan terus ke dalam cakera pada tulang belakang anda. Anda tidak
perlu risau akan rasa sakit kerana ubat bius setempat akan ditambah jika
perlu. Anda akan sedar dan perlu berinteraksi bersama doktor semasa
suntikan dilakukan. Ini adalah untuk menjamin keselamatan dan menghalang
dari kesan sampingan yang tidak dikehendaki.
Adakah saya akan rasa sakit selepas prosedur dan apakah hasil yang dijangkakan?
Kebanyakan
pesakit tidak merasa apa-apa sakit yang signifikan selepas suntikan
kerana jarum yang digunakan kecil dan hanya satu atau dua tempat
suntikan dilakukan. Malah semasa haba disalurkan ke dalam cakera (disc)
kebanyakan pesakit tidak merasa apa-apa kesakitan. Kebanyakan pesakit
memberikan hasil kelegaan besar yang dramatik, iaitu dalam masa satu
hari selepas suntikan dilakukan.
No comments:
Post a Comment