MY FOLLOWERS

Friday, May 15, 2015

Artikel - Kebaikan Martial Arts

Kredit kepada: Evolve MMA
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....


Banyak manfaatnya, bukan setakat dapat belajar kaedah pertahanan diri bila di luar sahaja. 




Kurangkan berat badan dan bakar lemak - Bila anda tendang kicking pad atau berlatih tewaskan lawan, anda sebenarnya membakar lemak tanpa disedari. Bila anda terus sahaja fokus dengan berlatih melakukan teknik, membakar lemak akan menjadi seperti bonus :-)

Membakar lebih 1000 kalori sejam - Kajian menunjukkan berlatih seni beladiri membantu membakar lemak melalui gerakan berulang dan latihan tempur. Ini termasuk ketika sesi pemanas badan dan mengakhiri sesi. 

Membentuk tubuh sebaiknya - Berlatih ke tahap lebih tinggi sudah menjadi kebiasaan. Ini melatih diri anda untuk bekerja lebih keras yang berbaloi secara mental dan fizikal. 




Bersedia sebelum ke dunia sebenar - Ilmu tempur membantu anda bersedia jika berlaku kejadian di luar, dengan cara melatih naluri dan minda bawah sedar anda untuk bertindak balas dengan cepat dalam situasi tidak dijangka. Ilmu kombat yang dipelajari dalam kelas boleh digunakan ketika di luar. 

Membina keberanian dan keyakinan - Mengetahui anda sudah boleh pertahan diri daripada ancaman luar atau mungkin lawan yang lebih besar memberikan keyakinan untuk berdepan pelbagai keadaan bila perlu. Ia memberi anda keberanian untuk berdepan cabaran.




Membentuk kekuatan mental, disiplin dan fokus - Setiap kali berlatih, anda sebenarnya menguji kemampuan diri. Mungkin agak mengecewakan, kita sebenarnya mendesak diri sendiri ketika situasi paling lemah. Bagaimana cara untuk terus hidup menentukan sejauh mana kita pergi dalam hidup dan dalam latihan. 

Menjana perkembangan diri yang berterusan dari segi mental, fizikal, emosi dan spiritual - Setiap latihan berbeza datang dengan cabaran berbeza, menggalakkan diri untuk melangkah dan berkembang. Ini membantu menukar tabiat buruk kepada lebih baik dan semakin mencapai matlamat. 

Membentuk semangat wira untuk menguasai lawan - Setiap kali kalah perlawanan, kita jadi lebih kuat. Kekuatan ini membantu berdepan apa yang datang dalam hidup tidak kira baik atau buruk.

Mengurangkan stres dan meningkatkan paras tenaga - Salah satu cara mengurangkan stres. Tiada cara melepaskan enforfin selain tumbukan dan tendangan!

Membina jaringan persahabatan - Apabila anda dikelilingi oleh mereka yang sealiran, mereka boleh jadi kawan anda walaupun di luar waktu latihan.

Jomm semua! Marilah sama-sama dapatkan manfaatnya.


Sumber tumbuk-tumbukan: SINI  |   


No comments: