MY FOLLOWERS

Saturday, May 16, 2015

Hidupan Liar - Angkara Gaduh Kucing

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Asalnya saya berada di bilik menemani anak saya yang baru selesai mengurus diri sebelum mahu mengalihkan kenderaan.

Dahulunya kucing ini ketika sihat, ia adalah antara yang kerap datang ke dapur rumah keluarga dan diberi makan, badannya sihat dan bulunya kuning penuh dengan bulu pada ekornya kembang seperti ekor tupai sehingga keluarga memanggilnya 'ekor kembang'. Jinak dan biasanya sering datang bersama adik-beradiknya. Jika tiada sesiapa di rumah, rumah jiran terdekatlah yang ditujunya.








Pada mulanya tidak perasan itulah kucing yang biasa datang sebelum terlihat bulu ekornya. Alangkah terkejutnya bila menemui kucing ini baru-baru ini dalam keadaan lapar, kotor, kurus dan tidak bermaya, lagi mengejutkan bila kelihatan luka di kepala dan belakang badan seperti dibelasah teruk! 

Tubuhnya cengkung tidak sebagaimana selalu. Cara ia berjalan dan membuka mata juga lemah dan menyedihkan. Sewaktu menjumpainya, darah masih membasahi sebahagian lukanya sehingga terpalit di lantai sewaktu ia duduk. Daripada lukanya, keadaannya agak teruk sehingga kelihatan kulit merah pada kepala, telinga dan tengkuknya. Telinganya seperti hilang secebis bahagiannya mungkin digigit ganas si pihak lawan. Mungkin dia bergaduh dengan kucing lain yang lebih besar di tempat lain sebelum melarikan diri ke rumah kami.

Menurut keluarga saya, ini bukanlah kepulangannya ke rumah kami yang pertama setelah lama menghilangkan diri. Sebelum ini lukanya sudah disapu minyak gamat, jika tidak lagi teruklah lukanya. Namun selepas diberi makan dan berehat seketika, ia pergi semula meninggalkan kami. Barangkali mencari makan di tempat lain. Wallahualam...

Harap-harap tidak terlibat dalam insiden pergaduhan lagi...

P/S: Sayangilah haiwan peliharaan anda sebagaimana Rasulullah juga menyayanginya.

No comments: